Walau sudah tiga tahun Allahyarham Ashraf Sinclair kembali ke rahmatullah namun ingatan Bunga Citra Lestari (BCL) terhadap arwah suami tercinta tidak pernah pudar. Sama ada ketika tarikh pemergian Allahyarham Ashraf, Hari Raya mahupun ulang tahun kelahiran, pasti penyanyi popular Indonesia ini datang menziarahi pusara bersama anak tersayang dan keluarga mentua.
IKLAN
18 September lalu merupakan hari lahir Ashraf dan seperti rutin kebiasaan selepas kehilangan suami tercinta, BCL berkongsi momen berkenaan di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, BCL tampil berbusana batik sedondon dengan anaknya iaitu Noah. Turut kelihatan dalam gambar berkenaan ialah mentuanya, Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.
Dalam pada itu, BCL turut memberitahu putera tunggal mereka iaitu Noah Sinclair bakal menginjak usia remaja pada 22 September.
Meskipun Ashraf sudah tiada tetapi hubungan mereka dengan BCL dan Noah tetap terjalin akrab. Begitu juga adik-beradik arwah yang sering mengunjungi BCL di Indonesia.
Kehidupan pelantun lagu Cinta Sejati ini menjadi perhatian peminat di Malaysia lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Cekal mendepani hidup, Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang meniti usia 13 tahun.
Baru-baru ini, pelakon dan pelantun lagu Gatal, Janna Nick ada berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya, Kissya Nick di sebuah restoran terkemuka. Hantaran tersebut nyata mengundang perhatian peminat Janna yang kagum melihat keakraban keluarga Janna.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon dan model, Dini Schatzmann.
Menurut kepsyen yang ditulis Janna, dia ada menitipkan kata-kata istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta mendoakan adiknya berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti. Menjengah akaun Instagram Nurul Balqish sendiri, dia kinipun sudah memiliki hampir 63 ribu pengikut.
“Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish,” tulisnya.
Selain sebiji kek, turut kelihatan Janna dan ahli keluarganya memberikan kejutan menghadiahkan sebuah iPhone 14. Yang turut menarik perhatian warga maya juga adalah kecantikan dua adik beradik ini yang nyata manis kerana sudah tentu diwarisi daripada ibu mereka.
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.
Ramai peminat drama dan filem tempatan membesar dengan drama dan filem terbitan Hong Kong. Carina Lau yang kini berusia 54 tahun bersama suaminya, Tony Leung antara pelakon A-List di Hong Kong yang berjaya kekal relevan sehingga kini.
Bayangkan sejak awal tahun 1980 mereka sudah berlakon, susuk tubuh mereka yang kini berusia 50-an bagai tak dimamah usia. Kekal cantik dan serta awet muda!
Nama Tong Leung kembali diperkatakan apabila muncul dalam filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, melakonkan watak Xu Wenwu. Walaupun sudah menginjak ke usia 59 tahun namun lelaki ini masih mempunyai aura dalam melakonkan watak yang diberi kepadanya terutamanya filem aksi.
Pasangan selebriti ini juga menerima jolokan Selebriti Asia Paling Berjaya kerana mempunyai pendapatan yang lumayan. Kisah cinta pasangan yang masih kekal cantik dan bergaya ini memang mencuri tumpuan ramai.
Khabarnya pelakon terkenal Hong Kong ini berjumpa kali pertama pada tahun 1984 semasa sama-sama berlakon dalam filem The Replica. Lima tahun kemudian mereka mula berpacaran dan mengambil masa 19 tahun untuk mendirikan rumahtangga.
Perkahwinan pasangan selebriti yang berlangsung pada 21 Julai 2008 telah mencipta sejarah yang tersendiri. Memilih negara yang paling bahagia iaitu Bhutan atau lebih tepat di Uma Paro resort sebagai lokasi perkahwinan. Majlis gilang gemilang ini telah menelan belanja lebih daripada HK$30 juta dan dihadiri oleh tetamu VIP serta rakan artis pasangan ini.
Tony Leung juga pernah memenangi anugerah Taiwan’s Golden Horse Awards dan The Hong Kong Film Awards. Menariknya pasangan ini jarang memuat-naik gambar bersama di media sosial masing-masing. Mungkin platform media sosial mereka adalah untuk tujuan karier masing-masing.
Mereka diibaratkan pasangan pemimpin paling ideal di mata masyarakat. Bukan hanya kerana isteri memiliki rupa paras menawan bahkan sang suami juga kacak dan cukup berkarisma. Apatah lagi, sejak Justin Pierre James Trudeau dilantik sebagai Perdana Menteri Kanada pada tahun 2015. Ia sekaligus membuatkan gerak-geri Sophie Gregoire Trudeau dan Justin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Meskipun sudah hampir lima tahun bergelar pemimpin utama Kanada namun Justin dan isteri enggan mengubah cara hidup lama mereka sebelum menjadi keluarga diplomat. Tidak hairanlah kehidupan suami isteri ini sentiasa diulit bahagia kerana mereka masih mengekalkan amalan gaya hidup sama seperti pada awal perkahwinan dahulu.
Menelusuri perkenalan awal Justin dan Sophie, mereka dikatakan mula mengenali satu sama lain ketika zaman kanak-kanak lagi. Waktu itu Sophie merupakan rakan sekelas Micheal iaitu adik lelaki Justin. Siapa sangka, apabila sudah meningkat dewasa mereka dipertemukan semula dalam satu majlis amal yang menyaksikan pasangan sejoli ini menjadi pengacara bersama pada tahun 2003.
Memetik laporan CTV News, majlis kutipan amal Montreal Grand Prix yang berlangsung pada bulan Jun 2003 tersebut menjadi detik permulaan bibit-bibit cinta di antara mereka.
Tertarik dengan personaliti Sophie, Justin tanpa berselindung meluahkan hasrat hati dan ingin menyunting wanita berkenaan sebagai isteri pada temu janji pertama. Hebatnya aura Sophie! Bermula dari detik itu, mereka dilaporkan menjalin hubungan cinta selama beberapa sebelum bertunang pada Oktober 2004 dan berkahwin pada Mei 2005.
Yang pasti, First Lady Kanada berusia 45 tahun ini bukan calang-calang wanita. Sophie memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang perdagangan di McGill University dan berhasrat mengikut jejak langkah bapanya sebagai stockbroker. Namun selepas menyedari ia bukan impian yang didambakan selama ini, Sophie memilih melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi di l’Universite de Montreal.
Selepas beberapa tahun berada dalam bidang komunikasi, beliau akhirnya memilih untuk menceburi industri radio dan televisyen sebaik menamatkan pengajian peringkat ijazah di Ecole de radio et television Promedia di Montreal. Tidak lama selepas berkahwin dengan Justin, Sophie mendapat tawaran kerja sebagai wartawan budaya Quebec di CTV’s etalk iaitu sebuah program yang mengetengahkan kisah penglibatan dan aktiviti kebajikan para selebriti. Ia nyata mengujakan Sophie memandangkan jiwanya yang sudah sebati dengan kerja amal dan sensitif terhadap kehidupan insan kurang bernasib baik.
Disifatkan wanita berdedikasi dan ceria, Sophie turut dilaporkan pernah berdepan masalah bulimia yang dialaminya sejak berusia 17 tahun. Gangguan masalah tersebut berterusan sehingga Sophie berusia awal 20an dan meminta bantuan ibunya untuk mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan. Selain aktif berkongsi pengalaman yang dideritai, beliau juga cukup bersemangat memberi ceramah berkaitan keyakinan wanita dan keganasan terhadap golongan berkenaan.
Menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14 mereka baru-baru ini, kehidupan Justin dan Sophie lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata. Anak sulung, Xavier James Trudeau dilahirkan pada Oktober 2007, anak perempuan Elle-Grace Margaret Trudeau pula dilahirkan pada Februari 2009 sementara anak bongsu, Hadrien Trudeau dilahirkan pada Mac 2014.
Difahamkan, Sophie pernah menjadi suri rumah selama beberapa tahun dan hidup normal seperti kebanyakan kaum ibu lain dengan melakukan tugas seperti memasak, mendidik, dan menghantar anak-anak ke sekolah. Beliau juga dipercayai mahu kesemua anaknya fasih menguasai Bahasa Inggeris dan Perancis, sama seperti dirinya dan Justin dibesarkan.
Ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia pada pertengahan Mac lalu, Sophie turut disahkan positif jangkitan Covid-19 dan berjaya sembuh seperti sediakala selepas mendapatkan rawatan lanjut daripada pihak perubatan.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...