Satu persatu kejayaan cemerlang diraih atlet paralimpik negara ini. Selepas berjaya mempertahan pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo acara lompat jauh (T20), sumbangan dan jasa Abdul Latif Romly terus mendapat perhatian selepas dia dianugerahkan gelaran Datuk!

Terbaharu, atlet kelahiran Perlis ini melakar satu lagi pencapaian apabila dianugerahkankan Ijazah Kehormat Sarjana Kemanusiaan. Ia bersempena Istiadat Konvokesyen ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Tahniah!

IKLAN

Berkongsi momen istimewa itu di media sosial, Datuk Latif Romly meluahkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut.

Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP! Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP! Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP! Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP!

“Syukur alhamdulilah terima kasih Ya Allah atas penganugerahan ini. Anugerah ini membuktikan atlet paralimpik masalah pembelajaran seperti saya juga mampu menggenggam segulung ijazah.

Terima kasih juga kepada UNIMAP atas anugerah kehormat ini. Terus bersemangat mengejar impian!”

Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP! Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP! Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP!

Awal tahun lalu, pencapaian membanggakan Datuk Abdul Latif menarik perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam Istiadat Pengurniaan Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan itu, jaguh sukan berkenaan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PWM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Perkara berkenaan dikongsikan Majlis Sukan Negara (MSN) di akaun Facebook rasmi mereka.

Dalam temu bual Nona bersama Datuk Abdul Latif bagi edisi Nona Superhero, beliau mendedahkan mula menceburi bidang sukan ketika zaman persekolahan lagi. “Saya mula serius ceburi sukan lompat jauh ini ketika di Tingkatan 3, umur 15 tahun. Banyak sukan yang saya masuk sebelum ini dan saya pilih lompat jauh atas saranan cikgu.

IKLAN

Mungkin cikgu nampak fizikal saya yang tinggi, sesuai dengan kategori sukan ini. Jadi, cikgulah yang nampak bakat saya di situ.

Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP!

Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP!

IKLAN

Harumkan Nama Negara Dalam Arena Sukan, DATUK LATIF ROMLY Terima Ijazah Kehormat UNIMAP!

 

Ikutkan dulu semua sukan saya main. Bola sepak, bola baling, bola tampar dan untuk olahraga pula saya pernah turut serta larian 100 meter, lompat kijang dan lompat tinggi. Lepas jurulatih nampak potensi saya, mereka bawa pergi buat ujian kecergasan sama ada layak masuk Majlis Sukan Negara (MSN) atau tidak.

Alhamdulillah saya diterima masuk MSN pada bulan Julai 2014. Dua tahun lepas tu, nama saya tersenarai sebagai atlet untuk Sukan Paralimpik Rio,” katanya yang menjadikan jaguh lompat jauh dunia, Aleksandr Menkov dan Datuk Wira Lee Chong Wei sebagai sumber inspirasi.

Datuk Latif Romly juga dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini bersama pilihan hatinya, Nabila Farhana Musaidi yang merupakan seorang pendidik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI