Ramai mungkin tidak sedar yang mereka alah terhadap pewangi. Disebabkan fakta ini, maka semakin banyak jenama terkenal yang mengeluarkan produk tanpa pewangi kerana sesetengahnya sensitif pada kulit.
Pakar dermatologi kosmetik mengatakan bahawa punca utama alahan pada kulit adalah kerana PRODUK KOSMETIK ITU SENDIRI.
Bayangkan lebih 5,000 sebatian pewangi sintetik digunakan di dalam industri kecantikan dan kebanyakannya adalah BAHAN AKTIF yang bertujuan mengawal pigmentasi dan minyak wajah.
Ads
Disebabkan itu anda digalakkan untuk menukar produk penjagaan kulit yang tidak berasaskan pewangi bagi mengatasi keradangan.
Ads
Tiada Fungsi
Ads
Pewangi biasanya dicampur ke dalam produk kecantikan untuk menutup bau semula jadi yang kurang menyenangkan.
Walaupun ia memberi kepuasan kepada deria bau, tapi sebenarnya pewangi tersebut langsung tidak berfungsi.
Pewangi boleh menyebabkan keradangan kulit, alahan, gatal-gatal dan bengkak pada wajah.
Langkah Mengatasi
Periksa label dan senarai bahan yang digunakan.
Walaupun produk tidak berbau, tapi ia masih mungkin mengandungi pewangi jika terdapat perkataan ‘parfum’ dalam senarai.
Pewangi yang organik belum tentu baik untuk kulit. Lebih elakkan produk yang mengandunginya.
Sebelum memilih sesuatu produk penjagaan kulit, lebih baik bertanya kepada pakar bagi mendapatkan keserasian dan mengelakkan masalah kulit sensitif. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan seorang wanita tak hanya terhenti pada tahap umur tertentu. Keseluruhan hidupnya menjadi perhatian suami, keluarga dan teman. Jadi, biarpun usia meningkat, anda perlu tampil cantik ok!
Regimen penjagaan kulit dan tona solekan semakin berubah mengikut usia. Bukan bermakna pabila usia cecah 40’an, anda perlu tampil hanya dengan wajah polos dan kulit bibir kering dan pucat! Cara solekan akan berubah anda menjadi semakin tua atau semakin muda. Jom perhatikan satu per satu:
Primer
Jadikan primer sebagai teman baik anda. Primer wajah yang baik akan memenuhi ruang kedut pada wajah, menutup garis halus, menjadikan liang roma semakin kecil dan memperbetulkan kompleksi wajah.
Gincu bibir
Gincu bibir boleh menentukan usia anda. Pilih gincu yang mempunyai tona warna satu atau dua tahap lebih gelap dari warna bibir. Elakkan gincu matte kerana ia menutup garisan bibir. Apa kata cuba gincu bibir berkrim atau pengilat bibir.
Pengilat bibir bukan sahaja memberi ilusi lebih muda tetapi menjadikan bibir lebih mungil.
Pemerah pipi
Teruskan menggunakan pemerah pipi berkrim. Kulit tua biasanya kulit kering jadi pemerah pipi berkrim tidak mampu menyelesaikan masalah garisan halus dan kedut pada wajah . Produk berkrim cenderung ‘memejalkan’ kulit anda.
Penggaris mata
Penggaris mata membantu menonjolkan mata. Menggaris mata boleh menjadikan ia lebih galak. Melukis penggaris mata pada bahagian atas mata membuatkan bulu mata anda lebih cantik manakala garisan bawah mata member efek lebih kemas.
Tip untuk anda: Gunakan penggaris mata berona lebih gelap pada bahagian atas mata manakala penggaris mata lebih cerah pada bahagian bawah.
Selain itu, perhatikan juga:
Teliti perubahan kulit
Tentukan sama ada kulit anda memerlukan kelembapan atau tak. Pilih palet solekan yang sesuai dengan kulit.
Pilih bedak asas yang berbeza. Tak mungkin kulit anda hanya sesuai dengan satu tona warna sejak tiga dekad lalu kan?
Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda. Pastikan anda jangan over confident pula dengan solekan garang atau berwarna-warni pada usia 40’an ni.
Kontur
Tip kontur ini akan menjadikan anda jauh lebih muda dari usia. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.
Cara ini akan membentuk kedalaman palsu atau falsedepth pada wajah, dan paling penting ia memberi penegasan pada kawasan wajah yang lebih cerah.
TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak menggunakan gaya solekan.
Pencuci wajah anti penuaan
Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Tetapi, dengan cara penjagaan yang betul, anda boleh mengurangkan penglihatan wajah dalam soal usia. Guna pencuci wajah anti penuaan kaya nutrien kerana regim anti penuaan bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada semakin mengeringkan atau melembap kulit.
Pewarna rambut
Kurangkan uban rambut dengan mencari belahan yang sesuai pada wajah. Warnakan rambut untuk menutupi uban.
Gunakan warna-warna yang natural dan tidak terlalu menonjol.
Biarkan kening menebal
Warnakannya untuk menutup rambut putih yang ada. JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang mana boleh menyebabkan terdapat jarak di antara bulu kening, di mana ada bulu kening yang tidak tumbuh.
Gunakan krim malam yang kaya dengan nutrien
Pada usia 40’an, fiber kolagen mengental, memberi kesan kedut pada wajah.
Kuncinya..gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu.
Buang mindset “hanya pembedahan plastik boleh memberikan kecantikan yang saya inginkan!”
Minum air suam dan teh hijau
Ia membolehkan peredaran darah yang baik dan kulit lembut.
Masukkan facial menggunakan bahan semula jadi ke dalam regim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti.
Bersihkan hati
Ini akan membuatkan penglihatan anda lebih jelas dan meningkatkan metabolism
ELAKKAN produk tenusu, gandum atau gula selama lima hari. Gantikannya dengan menikmati sayur-sayuran hijau. Ia adalah cara mudah untuk membersihkan hati anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama penjagaan rambut mewah dan inovatif dari Jepun, Tsubaki mengumumkan kolaborasi baharu yang menarik dengan Doublewoot Fashion House, peneraju fesyen mewah dan gaya kontemporari.
Kerjasama ini menyatukan yang terbaik dari segi kecantikan dan fesyen, menjanjikan pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan dalam kedua-dua gaya peribadi dan rutin penjagaan rambut mereka.
Dengan menggabungkan kepakaran Tsubaki dalam kesihatan rambut dan kecantikan dengan rekaan fesyen terkini dari Doublewoot, kolaborasi ini bertujuan untuk merayakan keyakinan dan keanggunan wanita moden.
Dengan slogan “Beauty Crush in Power of Camellia,” kempen ini akan menonjolkan gabungan unik kepakaran penjagaan rambut Tsubaki dan inovasi fesyen Doublewoot.
Tumpuan kepada kolaborasi ini ialah Koleksi Kirei Curated Tsubaki x Doublewoot, satu barisan fesyen yang direka khas yang melambangkan kecantikan dan kuasa Camellia.
Koleksi ini mencerminkan intipati rangkaian produk Tsubaki, dengan setiap rekaan dibuat untuk melengkapi detik-detik istimewa dalam kehidupan seorang wanita.
Sama ada gaun untuk acara malam, sut kerja untuk pemberdayaan wanita, pakaian kasual untuk kegunaan harian, atau gaun pesta selepas acara, koleksi ini memenuhi pelbagai keperluan, memastikan setiap wanita dapat memperkayakan hidupnya dengan keanggunan Kirei.
Rangkaian Produk Tsubaki:
Formulasi khas bahan pembaikan emas—minyak camellia, royal jelly, dan protein soya—menguatkan dan menyuburkan setiap helai rambut sambil meningkatkan pembaikan, kelembapan, dan kilauan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dulu paras rupa wanita Caucasian dikatakan paling ideal bagi kebanyakan wanita di dunia, kini kiblat dunia kecantikan mula berpihak ke arah Timur. Tidak percaya?
Anda boleh bandingkan populariti label kecantikan Asia seperti Jepun dan Korea yang terdapat di pasaran Malaysia pada lima tahun lalu dengan sekarang, pastinya jauh berbeza.
Sudah terang lagi bersuluh, evolusi kecantikan di Korea kebelakangan ini sering menjadi rujukan dek penghasilan produk yang berprestasi tinggi.
Korea Selatan digelar sebagai pelopor kemunculan trend krim BB cair yang dikemas kini dalam bentuk span atau kusyen. Uniknya kompak kusyen ini, ia mampu berfungsi sebagai primer, suncscreen,BB cream atau foundation.
Ternyata, kompak kusyen ini menjadi salah satu item kecantikan pilihan wanita terutama bagi mereka yang sering berdepan kekangan masa untuk menata rias wajah selain mudah dibawa ke mana sahaja.
Bersifat ringan dan didatangkan dengan pek isian semula, kompak kusyen ini memberi solusi solekan berkadar segera, segar, praktikal dan cepat, malah bikin kulit tampak cantik sempurna, cerah bercahaya serta lembap sepanjang masa.
Seperti alat solekan yang memiliki ciri produk penjagaan wajah pada umumnya, kompak kusyen ini diperkaya dengan pelbagai formula untuk merawat kulit.
Antaranya, perlindungan terhadap sinar matahari dengan ciri anti-peluh yang sangat baik bagi memastikan krim BB sentiasa ada pada kulit walaupun berpeluh. Ada juga yang berfungsi untuk melembap dengan kandungan glycerine dan Ester Oil.
Selain itu, kompak kusyen yang ditambah bahan Adenosine pula memiliki fungsi untuk menentang penuaan. Kandungan Adenosine yang ada pada kusyen kompak membantu mengurangi kedutan serta garis-garis halus pada wajah.
Tambahan, sifat kompak kusyen yang kalis air dengan struktur rangkaian yang kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Lebih menarik, kusyen kompak yang dipasarkan di sini menawarkan pelbagai shades bagi melengkapi tona kulit wanita yang berbeza. Tidak seperti di Korea, warna kompak kusyen yang dijual terlalu putih.
Pilihan warna sedia ada terdiri daripada warna terang dengan tona kekuningan, adunan beige dan merah jambu, serta medium yang dipadukan rona coklat dengan tona abu. Keistimewaan kusyen kompak ini juga tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum.
Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Tip penjagaan kusyen (puff)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syafiqa Melvin uruskan 2 bayi serentak selepas bersalin namun tetap kuat turun padang berniaga. Kisah inspirasi ibu, isteri dan usahawan wanita yang tidak berhenti berjuang membina empayar bisnes sendiri.