Adakalanya dalam sebuah hubungan percintaan sering diwarnai dengan air mata dimana wanitalah yang seringkali menitiskan air mata berbanding lelaki. Sebab wanita sering menangis kadangkala membuatkan si lelaki sebagai kekasihnya menjadi buntu dan rungsing.
Pastinya wanita mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sering menangis dalam perhubungan. Berikut merupakan 5 alasan dan sebab mengapa wanita sering menangis!
1. MARAH
Apabila seorang wanita itu marah, ia lebih cenderung untuk mengeluarkan air mata sambil berkata-kata dalam nada yang agak tinggi. Hal ini membuatkan orang di sekelilingnya terutama kekasihnya mendapat tempias dari amarahnya.
Jika keadaan ini berlaku, kebiasaanya, seorang wanita ingin sekali didampingi oleh insan-insan kesayangannya termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan pasangannya. Cara ini dapat meredekan amarahnya kerana wanita merasakan kekuatan dari orang-orang yang faham akan situasinya.
Ads
2. TERINGATKAN SESUATU
Teringat kenangan silam juga adalah salah satu yang mendorong wanita itu menangis. Lagi-lagi perkara yang menhyedihkan yang pernah dilaluinya. Lazimnya, bagi kaum wanita, jika teringatkan kenangan manis, tentunya mereka akan tersenyum manis dan ingin kembali ke masa itu. Tetapi, jika teringatkan perkara-perkara yang menyedihkan, sikapnya juga boleh berubah tanpa diduga dan air mata pun mulai menitis membasahi pipi.
3. FAKTOR HORMON
Ads
Setiap kali masuk pra menstruasi atau PMS, wanita cukup cenderung kepada sikap yang sensitif seperti sering marah-marah, cepat berkecil hati dan cepat tersentuh dengan hal-hal yang berkaitan dengan perasaan.
Maka dari itu, wanita yang sedang mengalami saat pra menstruasi kadangkala tidak mampu mengawal emosinya dan boleh menyebabkan orang di sekelilingnya terutama sekali si kekasih hati kebingungan menghadapi sikap tersebut.
4. INGIN MEMANIPULASI KEADAAN
Ads
Rasa bersalah atau malu seringkali diungkapkan oleh wanita dengan menangis, hal ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari sang kekasih agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya.
Hal ini tidak mencerminkan sikap matang dan kedewasaan didepan pasangan, namun sebahagian wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki, menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan maaf atau sekadar untuk bermanja-manja dengan kekasihnya.
5. PERASAAN EMOSI
Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti stres, sakit hati atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi solusi yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama kaca mata, Bolon, menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang terbaharu. Kali ini, koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik. Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri).
Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dan jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di segenap rantau Asia Pasifik.
Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang elegan dan berkualiti tinggi serta penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik. Juga, Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon dengan teknik kemahiran terkini dapat menjamin keaslian produknya di samping memberi keselesaan penglihatan si pemakai.
Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak selain menampilkan koleksi menarik optik untuk wanita dan lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan kaca mata dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.
Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi agar si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Kak KM atau nama penuhnya, Liana Rosli. Seorang usahawan yang tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi.
Dan baru-baru ini, usahawan kosmetik perniagaan Jamu Mak Dara yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Liana Rosli semalam mengumumkan perkhabaran sedih apabila anak ketiganya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.
Kak KM berkongsi kisah sedihnya di media sosialnya di mana asalnya dia ingin memohon insurans buat Rania dan perlu melalui pemeriksaan kesihatan namun keputusannya benar-benar mengejutkan dirinya.
“Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu. Lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat,” jelas Kak KM dalam videonya.
Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Kak KM menangis teresak-esak selain memohon doa orang ramai agar kesihatan anaknya itu bertambah baik. Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya.
“Apa yang membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri. Kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan.”
Difahamkan, semenjak Rania lahir, doktor telah memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah injap jantung berlubang namun hanya menunjukkan simptom jelas seperti kesukaran bernafas apabila meningkat dewasa.
Sebentar tadi, Kak KM memaklumkan perkembangan terkini anaknya yang kelihatan lebih baik dan bersyukur serta berterima kasih dengan semua yang mendoakan kesejahteraan anaknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaik! Siapa sangka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam memancing ikan. Mana tidaknya, Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.
Turut berangkat, paduka anakanda Seri Paduka Baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung restoran tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Selebriti jelita, Paula Verhoeven sering tampil glamor. Namun, di sebalik glamor dan kemewahan dunia hiburan, Paula turut berperanan penting sebagai ibu kepada dua anak...