Wanita memegang posisi utama dalam sesebuah keluarga dan masyarakat. Tugasnya sebagai pendidik pertama, berlangsung sejak bayi dari dalam janin lagi. Inilah orangnya yang bertanggungjawab mempersiapkan generasi sebagai penyambung warisan seterusnya. Dalam perkembangan era globalisasi ini, wanita telah mula memperlihatkan aspek yang penting ini dan sejajar dengan kaum lelaki dalam pembangunan ekonomi dan negara. Kehebatan peranan wanita dapat dilihat melalui sumbangan wanita-wanita ini;
1. Timbalan Perdana Menteri Wanita PERTAMA Malaysia
YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail ialah Timbalan Perdana Menteri wanita PERTAMA dalam sejarah Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dr Wan Azizah berpengalaman selama 15 tahun sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan. Di peringkat negeri, Dr Wan Azizah pernah mencurah bakti berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang selama 4 tahun. Dr Wan Azizah bertanggungjawab mengemudi Parti Keadilan Rakyat sebagai Presiden Parti selama 19 tahun. Beliau juga merupakan Presiden Pakatan Harapan sejak penubuhannya sehingga kini.
FOTO: INSTAGRAM
2. Wanita PERTAMA Menjadi Juruterbang Pesawat Pejuang di Malaysia
Lt. Kol. Emilia Kamaruddin merupakan wanita PERTAMA menjadi juruterbang pesawat pejuang. Beliau mahir dalam mengendalikan jet-jet pejuang hebat seperti Skyhawk, Hawk, Pilatus PC-7, Aermacchi MB339 dan Aerotiga MD3. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1962, di Selangor, Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Bukit Nanas sehingga lulus Tingkatan Lima pada tahun 1979. Selepas itu, beliau mengambil A Level di Llandrillo Technical College, United Kingdom dan lulus pada tahun 1982. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil pada tahun 1985 daripada Loughborough University, United Kingdom. Pada tahun 1998, beliau mendapat Diploma dalam Pengajian Strategi dan Pertahanan daripada Universiti Malaya.
FOTO: FACEBOOK
3. Rakyat Malaysia PERTAMA Dilantik Sebagai Ketua Projek NASA
Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai ketua projek NASA. beliau mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan biologi dengan pelbagai disiplin yang cemerlang serta keupayaan bekerja dan berinteraksi dengan mereka dalam bidang lain menyebabkan beliau terpilih mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014.
Ads
FOTO: THE STAR
4. Wanita PERTAMA Negara Dilantik Sebagai Pegawai Memerintah Kapal
Leftenan Maritim Aida Arzahari, telah mencatat sejarah sebagai wanita pertama negara dilantik sebagai Pegawai Memerintah Kapal. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Februari tahun lalu.
FOTO: MALAYSIANREVIEW.COM
5. Ketua Polis Negeri Wanita Pertama
Ads
Dato’ Robiah Abdul Ghani merupakan Ketua Polis Negeri wanita PERTAMA yang telah dilantik pada tahun 2008. Memegang jawatan sebagai Keptua Polis Pahang, beliau telah menyertai PDRM pada tahun 1971. Selain itu wanita hebat ini pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai pegawai penyiasat di IPK Perak dan pegawai platun komander wanita di Ulu Kinta, Perak.
FOTO: MSTAR.COM.MY
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada golongan wanita, pihak media (Nu Ideaktiv bersama-sama badan korporat meraikan wanita daripada pelbagai peringkat umur dan kedudukan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac ini.
Showcase Amal Raikan Wanita
Ads
Majlis: Showcase Dunia Tanpa Wanita Tarikh: 30 Mac 2019 Masa: 2.00 petang hingga 5.30 petang Tempat: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur
Majlis Showcase Hi Tea eksklusif ini akan diadakan dengan pendekatan berhibur sambil beramal. Lebih istimewa, sambil berhibur sebahagian darpada hasil kutipan jualan meja akan disalurkan kepada dua (2) buah NGO yang merupakan pusat perlindungan wanita/remaja wanita, iaitu Rumah Kita dan Raudatus Sakinah.
Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti kempen Dunia Tanpa Wanita yang diterajui Mingguan Wanita bagi menyedarkan kita betapa pentingnya peranan wanita dalam kehidupan, pada masa yang sama sebagai satu usaha merealisasikan tanggungjawab sosial.
Majlis ini dianjurkan oleh Mingguan Wanita sebagai peneraju utama dan disokong oleh NONA, Hijabista, Media Hiburan, Kleuarga dan Pa&Ma. Showcase ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan stand-up comedy oleh selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskander, Kumpulan Zero, Elly Mazlein dan Mark Adam, serta dihiburkan dengan nyanyian merdu Dayang Nurfaizah. Nabil Ahmad pula akan bertindak sebagai pengacara majlis yang akan menggamatkan lagi suasana serta turut diadakan acara cabutan bertuah. Barisan selebriti terbaik bergabung menjanjikan persembahan luar biasa dalam majlis eksklusif ini.
Jadi jangan berlengah lagi, hilangkan tekanan, berhibur serta bergelak ketawa sambil beramal dalam majlis ini.
Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Tiga tahun berlalu pastinya pemergian insan tersayang mengundang kerinduan paling mendalam. Rindu pada yang telah tiada memang sakit, hanya doa pengubat jiwa.
Penyanyi era 80an, Azian Mazwan Sapuwan berkongsi satu hantaran di Instagram memaparkan gambar ‘throwback’ bersama arwah anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang maut kemalangan jalan raya pada Disember 2019.
Arwah merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Allah SWT ‘meminjamkannya’ selama 20 tahun sahaja hidup di dunia ini.
Tulis Azian di ruangan kapsyen: –
“Jumaat 16.12.2022 Genap 3 tahun anak Mama.. Allah sayang AQIL. Allahumaghfirlahu..warhamhu..waa’fihi Wa’fuanhu.. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..”
Menjengah di ruangan komen selain pengikut dan peminatnya, rakan artis seperti Datin Salwa Abdul Rahman turut menitipkan doa serta ucapan.
Memetik perkongsian Azian bersama Majalah NONA sebelum ini, arwah seorang yang ringan tulang dan gemar membantu orang lain. Itulah antara sikap arwah yang dirindui Azian.
“Arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motorsikal pada 22 November 2019. Ekoran kemalangan itu, arwah mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan.
“Hampir sebulan dirawat dan dalam keadaan koma akhirnya Mohammad Aqil temui ajal. Paling sedih, waktu itu arwah baru saja bergelar bapa. Anaknya, Aryan Zahfran baru berusia 11 hari.”
“Bohonglah kalau saya kata tidak merasa sedih dan menangis terutama ketika merasa rindu. Sebab itulah saya mahu arwah dikebumikan di Putrajaya agar rasa dekat dan dapat ‘berjumpa’ dengannya setiap hari.
“Setiap petang saya sering ke kubur arwah. Rasa tenang sangat, hilang rasa rindu. Kalau hujan pun saya akan duduk dalam kereta sekejap dan tengok kubur arwah dari jauh. Itu pun sudah cukup menghilangkan rasa rindu.”
“Sejak pemergiannya kami sekeluarga banyakkan bersedekah niat untuk arwah dan orang lain. Sumber kekuatan saya semestinya suami walaupun selepas kejadian dialah insan yang paling lemah walaupun luarannya nampak tenang.
“Sebagai seorang Islam juga saya tidak pernah putus berdoa dalam solat lima waktu. Saya juga sentiasa memastikan mendekatkan diri kepadaNya. Itulah penawar paling mujarab buat saya, jiwa akan lebih tenang.”
Al Fatihah (mohon dibacakan buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain).
Kredit Foto: Azian Mazwan Sapuwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya selepas membuat penerjunan di Australia tempoh hari Mira Filzah semakin selesa serta sedang gigih membuat latihan bagi penerjunan solonya. Mira turut berkongsi di laman Instagramnya; “Enjoying every minute! Training day 2! Moreeeeee trainings to come!,” kata Mira.
Melihat susuk tubuh genitnya serta sifat feminin Mira bagai tidak percaya pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini berani melakukan penerjunan udara lebih-lebih lagi secara solo. Bukan calang-calang wanita yang berani membuat penerjunan dari udara ini. Salute! Mira Filzah.
Sebelum ini Mira telah dilantik sebagai duta MyPA (Malaysian Parachute Association). Majlis menandatangani perlantikan Mira turut dikongsi oleh MyPA di laman Instagramnya.
“Alhamdulillah. Hari ini secara rasminya Mira Filzah menjadi duta MyPA.
Pelantikan beliau menjadi simbol dan contoh terbaik kepada belia dan wanita di negara ini dalam melibatkan diri dalam sukan ini. Ianya juga menjadi pemangkin kepada MyPA dalam membawa dan memberikan hanya yang terbaik untuk pembangunan sukan payung terjun tanah air.
Penglibatan beliau juga menjadi tanda sesuatu yang besar dan positif bakal berlaku untuk perkembangan dan kemajuan sukan payung terjun di Malaysia.
Hari ini tercipta satu lagi sejarah buat MyPA dan peminat payung terjun di Malaysia.
Perjuangan ini bukan mudah namun penghargaan kepada semua sokongan dan kritikan yang diberikan sehingga membawa MyPA mencapai satu lagi tahap yang membanggakan. Ini demi generasi akan datang,”.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah ibu yang melahirkan anak dalam keadaan koma akibat ketumbuhan di bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu telah menyentuh hati Datin Hajah Fouziah Gous yang juga bergelar seorang ibu.
Mahu melihat sendiri penderitaan wanita ini Datin Hajah Fouziah Gous yang juga merupakan seorang pelakon bersama suaminya usahawan Datuk Haji Zhafran Yusof telah menyantuni keluarga Kamareeah Arwae, 36 tahun.
Hati wanita mana yang tidak tersentuh apabila melihat ada ibu koma dan terpaksa melahirkan anak secara pembedahan. Kamareeah masih belum sedarkan diri dari koma lagi dan melahirkan bayi pramatang 53 hari yang lalu.
Menurut suami kepada Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44 tahun, mengharapkan keajaiban bahawa isterinya sedar lantaran doktor memberi jaminan bahawa isterinya akan sembuh. Namun, doktor tidak dapat memberi kepastian tempoh isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.
Sementara itu, tambah Datuk Zhafran, sudah lima tahun melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga yang memerlukan bersama isterinya. Tragedi Bah Kuning di Kelantan sekitar tahun 2014 adalah pencetus semangat pasangan sama cantik sama padan ini meneruskan aktiviti kemanusiaan ini.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban yang berlaku ke atas Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” kata Datuk Zhafran.
Menurut suami Kamareeah, Fairol Haziri, apa yang menyediahkan sebagai seorang bapa apabila terpaksa melihat anak bongsunya yang baharu berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya yang tinggal di rumah sewa di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!