Salah satu sebab Rasulullah menggalakkan kita bersedekah di bulan Ramadan adalah kerana hikmahnya yang lebih hebat berbanding bersedekah pada bulan-bulan lain. Di antara kehebatannya adalah dapat melipat gandakan pahala ibadah, lebih-lebih lagi jika tujuannya untuk menyantuni golongan susah.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengajak orang ramai agar bersedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor sempena Kempen Jom Sedekah Ke Dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan ini.

IKLAN

Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk menambah dana tabung bagi keperluan anak yatim agar lebih banyak program dapat dilaksanakan terutama membabitkan program sosial dan kebajikan khusus kepada anak-anak ini.

Hebatnya Sedekah Di Bulan Ramadan, Ini Cara-Cara Mudah Santuni Anak Yatim Dari Rumah

 

Hebatnya Sedekah Di Bulan Ramadan, Ini Cara-Cara Mudah Santuni Anak Yatim Dari Rumah

 

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyantuni anak yatim di Negeri Selangor, MAIS memperuntukkan dana daripada Baitulmal MAIS sebanyak RM500,000.00 setiap tahun bagi tujuan kebajikan anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS selaku penyelaras anak-anak yatim dan rumah pertubuhan anak yatim di Negeri Selangor.

Melalui dana yang terkumpul itu, ia akan digunakan untuk kebajikan anak-anak yatim seperti sumbangan bantuan hari raya dan sebahagiannya juga dimanfaatkan untuk pengurusan rumah-rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE.

Menerusi kempen ini, MAIS mengajak badan korporat dan umat Islam di Negeri Selangor untuk turut sama-sama membantu kebajikan anak-anak yatim sebagai tanggungjawab sosial bersama.

IKLAN

Hebatnya Sedekah Di Bulan Ramadan, Ini Cara-Cara Mudah Santuni Anak Yatim Dari Rumah

 

Hebatnya Sedekah Di Bulan Ramadan, Ini Cara-Cara Mudah Santuni Anak Yatim Dari Rumah

 

IKLAN

Sehingga kini, seramai lebih 8,000 orang anak yatim di Negeri Selangor yang telah berdaftar melalui YIDE. Antara program yang dilaksanakan untuk anak yatim melalui YIDE ialah Sumbangan Hari Raya, Bantuan Pra Persekolahan, Berkhatan Perdana, Kem Motivasi dan Riadah Santai.

BERSEDEKAH DARI RUMAH

Zaman ini semuanya di hujung jari. Daripada asyik online shopping setiap masa, bagaimana jika beramal pula bulan ini dengan bersedekah ke Tabung Amanah Anak Yatim Selangor.

Caranya pun lebih kurang sama. Salurkan wang sumbangan anda kepada link MAIS (klik sini). Setiap sedekah yang disumbangkan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Selamat beramal!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI