Abang Viva dan seluruh kesederhanaannya, menyentuh hati rakyat Malaysia. Pertolongan lelaki itu cukup menyedarkan kita bahawa pada saat bencana, nilai perhatian bererti masa, dan misi menyelamat nyawa lebih dari sebatas menerima arahan ketua.
Kini selepas kembali ke kampung halaman, hero banjir kesayangan Malaysia yang terkenal dengan panggilan Abang Viva, Azwan Omar sudi menerima panggilan Majalah Nona tentang aktiviti terbarunya.
Dalam perkembangan terbaru, Azwan kini mengakui sudah kurang sibuk berbanding waktu banjir melanda Selangor dan Pahang tempoh hari.
Hero banjir Malaysia
Potret keluarga Azwan Omar
“Alhamdulillah banjir di Melaka dah surut. Saya sekarang masih meneruskan misi bantuan sambil-sambil jumpa orang ramai yang berhajat untuk bertemu.” Azwan Omar
Suaranya yang mesra dan menyenangkan seperti memberi gambaran sifat happy go lucky yang dimiliki anak bongsu ini. Orangnya suka ketawa, sekaligus menjadikan perbualan kami lebih santai seperti kawan lama.
“Lepas ni saya akan teruskan lagi misi bantuan. Mungkin selagi badan sihat dan ada rezeki lebih. InsyaAllah.
Ads
Plan masa depan saya nak teruskan. Kalau boleh, saya nak ada sebuah team NGO sendiri, mungkin Kelab Abang Viva, untuk bagi bantuan waktu-waktu bencana alam begini.” Azwan Omar
Seorang yang merendah diri dan sentiasa bersederhana
Mendapat penghargaan APM
Tidak pernah menyangka viral sekelip mata, lelaki berusia 29 tahun itu cukup berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghargai usaha ikhlasnya.
Jasa Abang Viva turut diberi penghargaan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Hujung tahun lalu, dia diberikan sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah.
Ads
“Hanya ayat yang ringkas. Tapi ikhlas dari hati saya. Terima kasih.
Jujurnya saya sendiri pun macam tak percaya. Macam-macam saya fikirkan, bangga ada, takut pun ada.
Ketika bagi bantuan, saya tak terfikir langsung soal keselamatan diri dan kenderaan yang dibawa. Hanya terbayang nasib mereka yang terperangkap dalam banjir, kesejukan, mungkin ada anak kecil atau warga tua yang ketakutan.
Saya cuma tawakal dan redah. Dalam hati ini cuma berserah pada Allah Taala untuk jagakan keselamatan saya. Bila dalam misi menyelamat tu, yang saya fikir cuma pertolongan ini ibarat membantu ahli keluarga saya sendiri.” Azwan Omar
Ads
Foto: Sinar Harian
JIWA
Prihatin dengan bencana banjir yang melanda Shah Alam, bayangkan dia yang bekerja sebagai operator mesin sanggup memohon cuti kecemasan semata-mata mahu membantu mereka yang terperangkap banjir.
Berbekalkan sebuah kereta Perodua Viva hitam dan bot yang diikat pada bumbung kereta, Azwan meredah segala halangan demi menghulurkan bantuan sedaya-upayanya.
Dia berkali-kali meminta mangsa yang terperangkap supaya berkongsi lokasi, supaya dia dapat datang menyelamatkan dengan bot yang dibawa.
Antara mangsa banjir yang diselamatkan adalah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.
Sungguh, keprihatinan lelaki itu melangkau batas pangkat dan gelaran. Jiwanya amat luar biasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai terkejut apabila Angelina Jolie umum menamatkan perkhidmatannya sebagai duta khas agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) baru-baru ini.
Mana tidaknya, selebriti jelita tersebut memang sinonim dengan kerja amal menerusi agensi berkenaan.
Akui Jolie, dia akan membawa haluan sendiri selepas dua dekad bersama PBB. Namun akan kekal sebagai aktivis kemanusiaan.
Kredit Instagram @angelinajolieKredit Instagram @angelinajolieKredit Instagram @angelinajolieKredit Instagram @angelinajolie
Sepanjang khidmat tersebut, penglibatan Jolie dengan aktiviti amal cukup sebati dalam diri. Buktinya, dia sudah menjalankan lebih 60 tugasan di lapangan selama 21 tahun bersama UNHCR dan bertegas mahu terus bekerja dengan pelarian di luar badan global itu.
“Selepas 20 tahun bekerja dalam sistem PBB, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bekerja dalam ruang lebih besar membabitkan diri secara langsung dengan pelarian dan organisasi tempatan serta menyokong advokasi mereka untuk penyelesaian,” kata Jolie dalam satu kenyataan berhubung pengundurannya dari UNHCR.
Jolie sudah menjadi duta khas UNHCR sejak 2012. Tahun ini dia berkesempatan melawat Yaman dan Ukraine untuk bertemu dengan orang yang terpaksa berpindah.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, Filippo Grandi mengucapkan terima kasih atas khidmat, komitmen dan perbezaan yang dilakukan Jolie untuk pelarian dan orang yang terpaksa melarikan diri.
“Selepas sekian lama bersama UNHCR, saya menghargai keinginannya untuk usaha lebih besar dan menyokong keputusannya.
“Saya tahu membantu pelarian akan kekal dekat di hatinya dan saya pasti dia akan membawa semangat dan perhatian yang sama kepada portfolio kemanusiaan yang lebih luas.”
Angelina Jolie sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor kacak Hollywood, Brad Pitt.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tenang dan sejuk je mata memandang bila menatap gambar raya Arni Nazira sekeluarga di Kuala Terengganu.
Biarpun sedikit lewat memuat naik gambar-gambar rayanya itu namun ia tetap membuatkan para pengikut serta peminatnya teruja.
Turut kelihatan dalam hantarannya di Instagram ialah dua anak dara Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha. Kedua-duanya tampil ayu dengan berbaju kurung lengkap bertudung. Manis dan ayunya! Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Arni sekeluarga memilih rona sedondon untuk busana raya mereka sekeluarga.
“Beberapa gambar raya tahun ni buat kenangan. Tak sempat nak upload,” tulis Arni ringkas.
Selain terpesona dengan kecantikan Arni yang tak makan dek usia, para pengikut dan peminatnya turut teruja melihat kemeriahan serta keharmonian keluarga besarnya.
ANAK-ANAK DARA WARISI KECANTIKAN
Sedar tak sedar dah semakin dewasa puteri-puteri Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya, Puteri Aleefa dan Wan Ayesha Maserra. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa kini masing-masing berusia awal 20-an.
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Arni dengan bekas suami, Datuk Awie.
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, Wan Ayesha Maserra dan Wan Muhammad Mushrief.
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik.
Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
Selain mewarisi raut wajah ibu, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa juga bertuah kerana memiliki kulit yang putih bersih serta mulus. Agaknya apa petua kecantikan yang Arni perturunkan kepada puteri-puterinya itu?
Memetik perkongsian Arni kepada Nona:-
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang.
“Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,” kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 45 tahun.
Sekadar info, sekitar 90-an Arni pernah popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’. Kini hampir 16 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: Instagram Arni Nazira
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengettahui Rafael Nadal diberi penghormatan untuk bergandingan dengan Roger Federer dalam penampilan terakhir legenda tenis Switzerland itu pada Piala Laver hari ini.
Gandingan Nadal-Federer menentang pasangan Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe-Jack Sock dalam kejohanan berpasukan yang menemukan Pilihan Eropah dengan Pilihan Dunia.
Biarpun ia detik istimewa, namun Nadal mengakui, beraksi dalam perlawanan terakhir Federer sesuatu yang amat menyedihkan dan cukup beremosi buat mereka.
Roger Federer berkata dia telah melalui ‘perjalanan menakjubkan’ selepas perlawanan terakhir dalam karier sebagai pemain tenis berakhir dengan kekalahan ketika bergandingan dengan Rafael Nadal dalam acara beregu di Piala Laver awal pagi tadi.
Juara Grand Slam 20 kali, 41, dan Nadal, bermain untuk Pasukan Eropah, tewas 6-4, 6-7 (2-7), 9-11 menentang pemain Team World, Frances Tiafoe dan Jack Sock.
“Ia saat yang sangat menyedihkan tetapi begitulah keadaannya. Itulah kehidupan.
“Saya doakan yang terbaik buatnya. Terbaik daripada yang terbaik dalam setiap perkara. Dia berhak mendapatnya (kesihatan, keluarga, kejayaan) dan segala-galanya,” kata pemilik 22 gelaran Grand Slam, Nadal.
Dear Roger, my friend and rival.
I wish this day would have never come… it’s a sad day for me personally and for sports people around the world. I said it to you when we spoke and now it’s here.
It’s been a pleasure but also an honor and privilege to share all these years with you, living so many amazing moments on and off the court.
We will have many more moments to share together in the future, there are still lots of things to do together, we know that.
For now, I truly wish you all the happiness with your wife, Mirka, your kids, your family and enjoy what’s ahead of you. I’ll see you in London at the @lavercup
Jaguh Sepanyol tersebut mengakui, dia sedih tetapi bangga dan gembira dapat terlibat dalam perlawanan akhir pemain berusia 41 tahun itu.
“Kami sentiasa mempunyai hubungan yang sangat mudah dan positif.
“Saya tidak tahu tetapi sejak awal, saya rasa perasaan positif, malah telah berkembang dengan cara yang lebih baik selama ini.
“Di dalam dan luar gelanggang kami sering bersama, jadi kami dapat membina hubungan dengan cara yang sangat positif,” katanya.
Mengulas gandingannya bersama Federer, yang memiliki 20 gelaran Grand Slam, Nadal secara jujur menyifatkan ia akan menjadi aksi yang sukar untuk dikendalikan.
“Saya fikir ia detik yang tidak akan dapat dilupakan. Saya bangga dan gembira berada di sebelahnya pada saat istimewa ini,” katanya.
Federer telah mengumumkan persaraannya daripada tenis minggu lalu kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak bermain sejak Wimbledon 2021.
Selain Nadal dan Federer, pasukan Pilihan Eropah turut dibarisi juara Grand Slam 21 kali, Novak Djokovic dari Serbia.
Jaguh Britain yang juga pemilik tiga kejuaraan Grand Slam, Andy Murray melengkapkan barisan bintang Eropah dalam aksi di London itu. – AGENSI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.