Cekalnya jiwa wanita hebat bernama Nor Albaniah Raffie. Menginjak usia 53 tahun pada Februari lalu, pelakon wanita yang popular era 90an ini masih aktif mewarnai industri seni dan cukup positif orangnya.
Disifatkan seorang yang tak lekang dengan senyuman, tidak hairanlah Nor Albaniah atau mesra disapa Nor dalam kalangan rakan-rakan artis tampil awet muda meskipun usianya sudah mencecah lebih 50 tahun.
Ads
Walau kedutan halus jelas kelihatan di raut wajahnya namun tak dinafikan Nor cantik dan jelita dalam kelas tersendiri. Pendek kata, memang natural beauty.
Malah dia pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik pada lewat tahun 1980. Patutlah selebriti ini pandai menjaga penampilan diri dan sering kelihatan bergaya.
Menelusuri kerjaya seninya, dia mula menceburi industri pada tahun 1989. Difahamkan Nor bergelar pelakon seawal usia 19 tahun ketika ditawarkan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 oleh Ahmad Fauzee.
Sejak detik itu hingga, Nor antara pelakon veteran wanita yang masih aktif berlakon sampai ke hari ini.
Jelitawan ini juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta iaitu Sudarman Daud pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Syarra.
Kira-kira dua tahun bergelar isteri, Nor diduga dengan pemergian suami tercinta pada 10 Jun 1996.
Kongsinya di media sosial sambil mengenakan sut racing milik arwah suami pada 10 Jun lalu, “Tidak kesampaian nak sambung legasi racing. Ketika itu hanya sempat untuk pulihkan diri. Hari ni boleh pakai baju yang dikira mencari rezeki dan hobi dia.
Masa dah berlalu. Orang cakap jangan toleh ke belakang. Tapi saya cakap, selalu ada di depan mata. Tak toleh pun. Ingatkan baju/sut ni tak bererti.
Ads
Tapi bila selak-selak Instagram ada tertengok Reen Rahim dan Shukri Yahaya pakai sut racing untuk race...kakak pun ada.
Tapi baju dari legend Sudarman Daud. Sut ni sangat berharga bagi kakak yang mengenali Sudarman jer yang faham. Handal waktu jalan yang basah dan hujan. Al-fatihah.”
Anak tunggal Nor iaitu Syarra yang berusia 28 tahun merupakan lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).
Bagaimana pun pada Jun lepas figura ini diduga dengan kes anak tersayang yang menjadi perhatian masyarakat.
Ads
Pun begitu, ibu ini reda dengan ketentuan takdir dan terus melangkah laju mendepani masa mendatang.
Memetik kenyataannya kepada media, sejak ‘kehilangan’ suami tersayang dia tidak berkahwin lagi hingga sekarang. Cekalnya jiwa pelakon filem Vik2ria Secret berkenaan!
Sepanjang pembabitan Nor sebagai pelakon, dia sudah membintangi pelbagai filem dan drama. Antaranya filem Main-Main Hantu, Kekasih Awal dan Akhir, Gerak Khas, dan Nenek Bongkok Tiga.
Moga Nor Albaniah terus tabah menjalani kehidupan dan sentisa memberi aura serta semangat positif buat kaum wanita.
Tanggal 18 April lalu, genap 17 tahun usia Suri Cruise, puteri tunggal Katie Holmes dan bekas suaminya, Tom Cruise. Pada usia 17 tahun, kejelitaan Suri Cruise benar-benar terserlah dan banyak mewarisi kejelitaan ibunya, Katie Holmes.
Umum mengetahui, hubungan Suri Cruise dan Tom Cruise tidak berjalan dengan baik di mana hubungan anak-beranak ini terputus sejak 11 tahun yang lalu. Usai perceraian Tom Cruise dan Katie Holmes, aktor tersebut dikatakan tidak lagi memiliki akses untuk menemui Suri. Pasangan tersebut bercerai pada tahun 2012 yang lalu.
Malah dalam perjanjian perceraian antara Tom Cruise dan Katie Holmes ada menyebut bahawa aktor tersebut bersetuju memberikan sejumlah USD 400 ribu setahun sehingga Suri mencecah usia 18 tahun.
Pada usia 17 tahun, Suri Cruise dikatakan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan kelibat figura Tom Cruise sebagai seorang bapa tidak kelihatan dalam perjalanan puterinya itu melangkah ke alam universiti.
Malah sumber mengatakan kedua-duanya sudah lama tidak bertemu dan hubungan bapa dan anak itu renggang. Suri Cruise menetap di New York, manakala bapanya menetap di Los Angeles.
Memetik portal Dailymail.co.uk, Katie ingin Suri melanjutkan pelajaran di New York agar sentiasa berada dekat dengan dirinya. Suri sendiri dikabarkan ingin mengambil jurusan fesyen dan mendapatkan sokongan tanpa berbelah bahagia dari ibu tersayang.
Melihat penampilan remaja berusia 17 tahun ini, wajahnya saling tidak tumpah dengan wajah ibunya ketika di zaman remaja. Suri Cruise banyak mewarisi raut wajah Katie Holmes.
Malah bintang berusia 44 tahun itu menjaga diet dan rajin bersenam sebagai sebahagian gaya hidupnya. Katie juga menjaga kulit dengan menyapu bahan pelembap sebagai rutin penjagaan wajah. Katie mengambil pendekatan untuk menjaga kesihatan dari luaran dan dalaman dan meletakkan penggunaan kosmetik secara berlebihan di tempat kedua berbanding penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam usaha untuk mengekalkan kecantikan dirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar wanita yang berasal dari Kelantan semua cantik-cantik belaka. Kulit putih kemerah-merahan mengetar tulang rusuk apabila memandang. Wanita yang berasal dari Kelantan juga terkenal dengan sikap suka berdikari dan pandai berniaga.
NEELOFA
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor berusia 30 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Neelofa merupakan Juara Pencarian Dewi Remaja 2009/10 dan terus bergiat aktif dalam dunia seni selepas kemenangannya. Aura Neelofa terus berkembang sehingga menjadi pilihan jenama antarabangsa memilihnya sebagai duta. Neelofa juga mempunyai perniagaan sendiri iaitu Naelofar Hijab yang menjadi pilihan wanita bertudung.
NELYDYIA SENROSE
Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen berusia 25 tahun yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Merupakan anak ketiga daripada tujuk orang adik-beradik dan mula menceburi bidang seni ketika berusia 13 tahun. Nelydia juga mempunyai perniagaan sendiri dengan menjual pakaian, apabila Nelydia sendiri yang merekanya.
UQASHA SENROSE
Uqasha Senrose merupakan kakak kepada Nelydia Senrose. Mempunyai nama sebenar Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen kini berusia 27 tahun. Uqasha juga dilahirkan di Kota Bharu dan mula berkecimpung dengan industry seni selepas meninggalkan kehidupan sebagai pramugari di penerbangan Air Asia.
OKTOVIA MANROSE
Octovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Octovia Binti Wan Syahman merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Kini berusia 28 tahun mempunyai darah keturunan Kelantan di sebelah ibunya. Bergelar ibu tunggal kepada seorang anak lelaki dan kini giat berlakon dalam drama tempatan termasuk Kan Ku Kejar Cinta Kamu.
NORA ARIFFIN
Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Ariffin tetaap mengekalkan kecantikannya walau kini menjangkau ke usia 46 tahun. Kemerduan suara milik penyanyi yang berasal Dari Kota Bharu, Kelantan ini terbukti apabila menjuarai pertandingan Bintang HMI 1991. Kini Nora meneruskan perniagaan syarikat produksi milik keluarganya iaitu Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd.
CATRIONA ROSS
Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa). Berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan kini berusia 39 tahun. Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Catriona pernah belajar di Sekolah Menengah Naim Lil Banat, sebelum mengakhiri pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra. Catriona telah berkahwin dengan Shaharuddin Mokhtaruddin dan dikurniakan 3 orang anak.
NIENA BAHARUN
Niena Baharun atau Datin Amaniena binti Kamarul Baharun juga berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula terkenal setelah membawakan watak ‘Husna’ dalam drama Jangan Benci Cintaku. Kini berusia 26 tahun dan baharu sahaja melahirkan anak pertama. Niena juga mempunyai perniagaan secara atas taliannya sendiri iaitu Se7enScarves by NienaBaharun yang menjual telekung, rantai leher dan tudung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.
Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana ia perlu padan dengan baju yang dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.
Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
(a) Lipstik Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap.
Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
(b) Lipstik Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte. Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.
(c) Lipstik Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara.
Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.
(d) Pensel bibir
Pensel atau pengalit bibir berfungsi untuk membingkai bibir agar boleh melukis bentuk yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebalkan bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.
Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengasas jenama Leeyana Rahman selamat bersalin anak ketiga pada 11 November lepas. Lebih istimewa, dia dan suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid menerima kehadiran cahaya mata tersebut saat usia perkahwinan mencecah 10 tahun ...