Sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi pastinya mengundang perasaan kurang enak bukan sahaja kepada individu terlibat malah orang di sekeliling. Selain menimbulkan reaksi tidak selesa, sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna juga boleh mengakibatkan masalah bau mulut. Keadaan bertambah teruk apabila kotoran ini terus mendap dan sukar dibersihkan dengan hanya memberus gigi.

IKLAN

Sebelum menjadi karang gigi, praktikkan cara membersihkan sisa yang terlekat di celah gigi dengan flos pergigian iaitu sejenis benang yang unik. Walaupun berbentuk seperti benang tetapi ia tahan lasak dan tidak mudah terputus. Tujuan flos ini adalah untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.

Disebabkan kedudukan gigi yang sangat rapat, memberus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan sempit ini. Oleh itu, penggunaan flos sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang sukar ditanggalkan ketika memberus gigi.

JENIS-JENIS FLOS GIGI

  • Flos berlilin atau tanpa lilin
  • Flos berperisa (lazimnya pudina) atau tanpa perisa
  • Pita gigi
  • Super flos

Kebiasaannya, amalan menggunakan flos dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya sebelum tidur.

FLOS, Alternatif Jika Takut DENTAL SCALING! Pelajari Teknik Yang Betul Sekarang Untuk Elak Plak Gigi

CARA MENGGUNAKAN FLOS

  • Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian, lilit di kedua-dua jari tengah dan tinggalkan jarak kira-kira 1 inci di antara kedua-dua jari tadi. Regangkan flos
  • Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali. Seterusnya di sekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi
  • Bersihkan juga permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang
  • Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih dan ulang langkah sama

 

GUSI BERDARAH KETIKA FLOS?

IKLAN

Ada beberapa sebab terjadi keadaan ini. Salah satunya adalah kerana teknik yang tidak tepat hingga menyebabkan gusi tercedera. Selain itu, pendarahan kecil berlaku kerana petanda gusi kurang sihat (gingivitis). Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah doktor pergigian.

SUMBER: www.myhealth.gov.my

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI