Pernah tak anda rasa seperti hendak keluar rumah tanpa secalit make up pun? Maklumlah apabila sudah biasa tampil berseri dengan make up setiap hari, diri seakan kurang yakin dengan penampilan wajah yang polos.

Jika sesekali munculnya perasaan malas atau tiada mood untuk bersolek itu sebenarnya isyarat agar anda membiarkan seketika untuk kulit bernafas tanpa sebarang halangan. Bebas solekan sebenarnya memberi banyak kebaikan terhadap kulit. Jom semak 7 perubahan yang akan berlaku.

IKLAN

KULIT BEBAS BERNAFAS

Memakai make up yang tebal setiap hari tidak ubah seperti memasukkan bahan kimia yang boleh menyebabkan pori-pori wajah tersumbat. Seterusnya kulit akan mudah berjerawat. Setiap kali anda tidak menggunakan make up ini bermakna anda membiarkan kulit wajah bernafas lega. Kulit menjadi lebih bersih daripada jerawat.

PORI-PORI SEMAKIN SAMAR

Salah satu tabiat buruk ialah tidak membersihkan make up dengan sempurna atau malas hendak mencucinya sebelum tidur. Seharian kulit wajah anda terdedah dengan segala jenis kotoran sehingga mengakibatkan pori-pori semakin membesar. Atasinya dengan merehatkan seketika wajah anda daripada make up. Bukan saja pori-pori kembali mengecil bahkan kian samar. Kedutan juga kian berkurangan.

KULIT KELIHATAN LEBIH SIHAT DAN BERSIH

Ada yang berusaha untuk menutup jerawat dengan solekan tebal. Tindakan ini sebenarnya semakin menggalakkan kemunculan jerawat di wajah. Menghentikan penggunaan bedak asas semala seminggu dapat membantu membersihkan jerawat dan ruam pada wajah. Kulit lebih bersih dan terhindar daripada kuman.

MENGELAKKAN JANGKITAN MATA

IKLAN

Penggunaan eyeliner dan maskara dapat menyebabkan jangkitan pada mata. Tahukah anda, dalam bekas maskara sebenarnya tersimpan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan mata seperti konjungtiviti. Ia kian parah jika anda saling berkongsi dengan orang lain.

TERHINDAR DARIPADA KEKERINGAN KULIT

Kandungan bahan kimia juga boleh menyebabkan kulit wajah semkain kering dan kusam. Ini kerana bahan kimia boleh melambatkan proses regenerasi sel kulit baru yang sepatutnya menggantikan sel kulit mati. Membiarkan wajah tanpa make up menjadikan proses ini lebih maksimum.

IKLAN

MENGURANGKAN ALERGI

Kebanyakan bahan solekan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, sulfat dan logam. Bahan-bahan ini mudah menyebabkan reaksi alergi. Maka, gunakan make up mengikut keperluan dan pastikan anda menyemak tarikh luputnya sebelum membeli. Bagi mengelakkan daripada alergi, kurangkan penggunaan makeup secara bertahap.

TERSERLAH KECANTIKAN ASLI

Walaupun pada awalnya anda kelihatan pucat dan kurang percaya diri tetapi anda sebenarnya menunjukkan kecantikan asli anugerah Allah SWT. Setiap manusia itu diciptakan dengan kecantikan yang tersendiri sekaligus menampakkan anda lebih muda. Tenang saja, lama kelamaan anda akan terbiasa dan semakin percaya diri untuk keluar tanpa make up.