Banyak sebab mengapa mata menjadi sembap. Selalunya melibatkan perkara-perkara yang menyedihkan, kegagalan mahupun kekecewaan. Selalunya mata akan mudah menjadi sembap kerana seseorang itu menangis dalam tempoh yang lama.
Tak dinafikan menangis boleh memberikan manfaat kerana ia membantu meringankan stres yang dialami. Ketika menangis tubuh melepaskan adrenalin dan kortisol sekaligus mencetuskan rasa kelegaan.
Apa pun jangan menangis terlalu lama kerana selain mengganggu emosi, ia juga memberi kesan terhadap fizikal. Salah satunya hidung menjadi merah berair dan mata sembap. 5 cara berikut dapat membentu mengurangkan kesan tersebut.
TARIK NAFAS DALAM-DALAM
Setelah tangisan betul-betul reda, segera duduk tegak kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya dengan teratur. Seka sisa air mata di pipi, buang hingus dengan kain atau tisu.
AIR SEJUK
Tuang air setengah mangkuk kemudian masukkan 4-5 ketul ais. Ambil kain atau tisu celupkan ke dalamnya. Bermula dari bahagian dalam mata, tekan ke bawah kulit sehingga sudut luar mata. Urut lembut selama 5 minit. Ulangi cara ini beberapa kali.
Atau, boleh gunakan jari jemari anda, genggam beberapa ketul ais kemudian urut mata sembap dengan cara yang sama. Bagi mengurangkan kemerahan di mata putih, titiskan 1-2 ubat mata.
Ads
UNCANG TEH
Membantu menyempitkan pembuluh darah dan mengurangkan bengkak. Celup dua uncang teh ke dalam air bercampur ais selama 10 minit. Tekan ke kulit bawah mata sehingga ke sudut luar mata. Urut lembut selama 5 minit, ulangi cara ini beberapa kali.
HIRISAN TIMUN ATAU KENTANG
Sediakan 2 hirisan timun atau kentang segar, letakkan di atas kedua-dua mata. Biarkan selama 10-15 minit. Rasa sejuk dari timun dan kentang akan merangsang pembuluh darah.
Ads
Timun mengandungi antioksidan sementara kentang mengandungi enzim pencerah yang membantu mengurangkan sembap dan gelap bawah mata. Baring dan tinggikan kepala di atas bantal bagi mencegah cairan berlebihan terkumpul di wajah.
SUDU BESI
Masukkan sudu besi bersih ke dalam peti sejuk selama 10-20 minit. Kemudian ambil sudu dan tekan lembut di bawah mata bermula dari mata dalam mengarah ke luar mata. Lakukan bergilir-gilir dengan mata sebelah.
Pada masa sama urut lembut batang hidung beberapa minit sambil menutup mata. Lakukan dengan fokus. Ia membantu mengurangkan tekanan sinus yang mengurangkan pembengkakan.
Ads
CONCEALER
Anda juga boleh menyembunyikan sembap bawah mata dengan color correcting concealer rona kuning atau hijau. Sapu rata di sekitar sembap. Kemudian sapu bedak tabur atau bedak padat.
Nota: Jangan terus tidur selepas menangis kerana ia boleh mengakibatkan mata sembap menjadi lebih parah akibat pengumpulan cairan di wajah. Keadan ini menyebabkan mata tidak berkedip atau bergerak untuk mengeluarkan air mata. Sebaiknya, dalam posisi terlentang letakkan beberapa bantal di bawah kepala.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zakiah Anas memang cantik orangnya. Siapa yang tak kenal dengan personaliti televisyen popular ini. Bukan hanya berbakat dalam dunia pengacaraan, ibu jelita ini juga beruntung kerana dikurniakan rupa paras cantik.
Meskipun meniti usia lewat 50an, ‘maintain’ anggun dan menawan dalam kelas tersendiri.
Tidak lagi berkecimpung dalam dunia penyiaran di kaca TV, bekas pengacara 999 ini masih lagi aktif menerima tawaran sebagai emcee di majlis rasmi mahupun keraian seperti perkahwinan.
Meninjau media sosial Zakiah, dia akan ditemani kenalan rapat yang juga rakan setugas ketika bertugas di stesen televisyen suatu ketika dulu. Bahkan, suami tercinta pun turut serta menemani isteri tersayang.
Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Melihat perkembangan terkini Zakiah Anas yang cantik seperti sekarang jelas terbukti seolah-olah tiada apa yang berubah dalam dirinya. Melainkan penampilan yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain kehilangan ‘me-time’, masalah rambut gugur teruk pasca bersalin turut merunsingkan malah pengakuan jujur Rihanna yang kini berambut pendek raih pujian peminat.
Tampil dengan kejutan potongan rambut pendek keriting dan tanpa rambut palsu, imej terbaharu selebriti Rihanna baru-baru ini mencuit tumpuan.
Wanita yang baru sahaja melahirkan anak kedua, Riot Rose Mayers, pada Ogos 2023 itu rupa-rupanya mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.
Dalam sebuah temu bual dengan Refinery29 sempena majlis pelancaran Rihanna x Fenty Hair di LA, penyanyi dan usahawan jenama Fenty ini mendedahkan pengalaman keguguran rambut selepas bersalin.
Tonton video penuh bersama Rihanna di bawah…
“Saya tak sangka ia akan berlaku secara berterusan. Mulanya saya ingat ia berlaku sekali dan akan tumbuh semula. Namun, lama-kelamaan semakin teruk apabila rambut makin gugur di bahagian kepala yang berbeza pada setiap masa.
Jadi saya rasa cukuplah, enough is enough,” luah ibu kepada si comel sulung RZA Athelston Mayers itu kepada Refinery29.
Pengakuan Rihanna ini meraih pujian peminat yang rata-ratanya kagum dengan ketelusan beliau bercerita hal sebenar terhadap wanita selepas melahirkan.
Meskipun terkejut, Rihanna akhirnya menerima keadaan tersebut dan belajar untuk mengatasi masalah rambut gugur dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan memotong rambut pendek dan membuat perawatan terbaik untuk menyihatkan rambut.
Malah sesudah menemui solusi yang tepat, Rihanna turut melancarkan rangkaian penjagaan rambut Fenty Hair untuk menangani masalah serupa, sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat wanita beliau mendapatkan semula mahkota wanita yang sihat dan bersinar.
Masalah keguguran rambut selepas melahirkan atau postpartum hair loss merupakan keadaan normal dialami oleh ibu-ibu. Kondisi terjadi disebabkan oleh perubahan hormon estrogen selama kehamilan dan setelah bersalin.
Hormon kehamilan menyebabkan banyak rambut pada fasa pertumbuhan (fase anagen) memasuki masa istirahat (fase telogen) secara tiba-tiba, di mana rambut berhenti tumbuh.
Setelah bersalin, hormon tersebut menurun dan menyebabkan rambut memasuki fasa telogen. Ia diikuti dengan masalah keguguran rambut seperti yang dialami oleh majoriti wanita bersalin.
Mata adalah jendela hati yang sering menjadi pusat perhatian kepada wajah. Ada kalanya mata mampu membicarakan sesuatu. Kebanyakan jurusolek juga sering menekankan riasan di bahagian mata agar terkesan bicara itu sehingga membiaskan pesona yang memukau. Salah satu cara paling praktikal untuk memiliki bulu mata yang tebal, panjang dan lentik ialah dengan menggunakan bulu mata palsu. Selain menambahkan daya penarik, bulu mata palsu juga mampu merubah bentuk mata agar lebih menarik.
MATA SEPET TANPA KELOPAK
Bagi anda yang mempunyai bentuk mata yang agak sepet atau tanpa kelopak, pilihlah bulu mata palsu yang mempunyai helaian bulu yang rapat, panjang dan natural. Jenis bulu mata ini akan memberikan ilusi bentuk mata yang lebih besar.MATA BERBENTUK CEMBUNG
Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk mata jenis cembung? Sekiranya anda mempunyai bentuk mata jenis cembung, maka anda disarankan untuk memilih bulu mata palsu yang lebih tebal serta panjang. Ini kerana mata anda akan kelihatan lebih dalam dan cantik.
MATA KECIL
Bagi anda yang memiliki bentuk mata yang kecil, usah terlalu risau kerana anda juga boleh mendapatkan bentuk mata yang lebih besar. Caranya ialah dengan memilih bulu mata palsu yang mempunyai helaian bulu yang panjang semula jadi supaya bentuk mata kelihatan lebih besar dan panjang.
BENTUK MATA TURUN
Buat si pemilik bentuk mata seperti ini, anda disarankan supaya mengaplikasikan bulu mata palsu yang mempunyai helaian bulu yang panjang di sudut luar. Bentuk bulu mata palsu jenis ini akan memberikan kesan mata yang naik.
MATA DALAM
Mata dalam atau bentuk yang terlalu cekung ini sangat sesuai menggunakan bulu mata palsu yang mempunyai ketebalan yang semula jadi. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan kepada bahagian mata supaya terlihat lebih ketara.
MATA BESAR ATAU BULAT
Bagi anda yang memiliki bentuk mata yang besar dan bulat, cuba elakkan daripada memilih bulu mata palsu yang mempunyai helaian bulu yang tebal. Ini akan membuatkan bentuk mata anda menjadi lebih besar dan kelihatan tidak seimbang dengan bentuk wajah anda. Pilihlah bulu mata palsu yang mempunyai helaian bulu yang natural serta panjang di sudut luar supaya bentuk mata anda kelihatan lebih panjang dan cantik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!