SONG HYE KYO

Drama bersiri Autumn in My Heart yang disiarkan pada tahun 2000 telah melonjakkan nama Song Hye Kyo. Selain lakonan mantap dan jalan cerita drama berkenaan, raut wajah cantik milik Hye Kyo turut membuatkan dia semakin diminati.

Lebih 20 tahun berada dalam industri, pelbagai anugerah telah diraih aktres jelita ini dan Hye Kyo berada di kelas tersendiri.

IKLAN

Dilahirkan pada 22 November 1981 di Daegu, Korea Selatan, ketika dilahirkan Hye Kyo dilaporkan sakit dan doktor tidak menyangka dia mampu kembali sihat. Ibu bapa Song Hye Kyo dikatakan bercerai ketika dia masih kecil. Sejak itu, dia dibesarkan oleh ibu tersayang.

Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO!

Bintang yang bakal meniti usia 40 tahun ini mula meminati dunia lakonan sewaktu kecil. Ketika baru berusia 14 tahun, Song Hye Kyo berjaya memenangi pertandingan model dan menjadi model untuk sebuah syarikat pakaian seragam sekolah.

Secara tidak langsung, kejayaan itu sekaligus membuka peluang buat dirinya untuk melangkah lebih jauh untuk bergelar anak seni.

Walau terkenal dan mempunyai jutaan peminat, namun sejak awal pembabitan Hye Kyo hingga hari ini… dia sangat menjaga privasi diri. Bahkan peminat di sana pun masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Hye Kyo sepenuhnya.

Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO!

Selepas kejayaan drama Autumn in My Heart, Hye Kyo membintangi drama komedi romantik Full House bersama pelakon lelaki tersohor Korea Selatan, Rain. Popularitinya terus meningkat apabila menjayakan drama Descendents of the Sun bersama aktor tampan, Song Joong Ki.

Keserasian Hye Kyo bergandingan bersama Joong Ki menarik perhatian dan bibit-bibit cinta mereka mula dihidu peminat. Pasangan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2017. Bagaimana pun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun dan berpisah pada 2019.

IKLAN

Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO! Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO!

Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO!

Saat namanya sedang berada di puncak sekitar tahun 2003, Hye-Kyo memilih untuk berehat seketika dari dunia seni selama dua tahun kerana mempelajari Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat.

IKLAN

Selain ingin menguasai dan fasih berbahasa tersebut, dia juga mempelajari Bahasa Kantonis apabila terpilih membintangi filem pengarah terkenal China, Wong Kar-Wai pada tahun 2013 menerusi The Grandmaster.

Selain dikurniakan bakat lakonan yang hebat, Hye-Kyo juga antara selebriti tercantik di Korea Selatan. Disebabkan rupa paras komersial yang dimiliki, wajahnya sering menghiasi kempen promosi jenama-jenama mewah antaranya Chaumet, Dior dan Levi’s.

Sepanjang penglibatannya sebagai anak seni, Hye-Kyo berjaya membuktikan kemampuan diri menjadi pelakon yang versatil hingga menerima anugerah Grand Prix iaitu pengiktirafan tertinggi buat pelakon di Korea Selatan. Kejayaan tersebut diberikan kepada Hye-Kyo menerusi lakonannya dalam drama That Winter, the Wind Blows.

 

Sumber: Hong Kong Tatler

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI