Nampaknya industri   hijab di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama hijab yang menjadi pilihan hijabi masakini. Walapun masih baharu dalam industri hijab di Malaysia, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.

IKLAN

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

Keunikan jenama Roos Scarves terletak pada namanya yang mempunyai kisah menarik bagaimana jenama ini tercetus. Menurut Pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021. Ketika itu,  isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.

“Dalam tempoh lebih setahun  mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” ujar Safiudin ketika ditemui di majlis eksklusif Roos Scarves baru-baru ini.

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media serta pelanggan setia mereka. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gilang-gemilang.

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.

Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.

IKLAN

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab BaharuPada majlis pelancaran juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini. Setiap satunya dijual pada harga antara RM93 – RM105.

IKLAN

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf,  ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu

Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.

Tambah Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI