Alahai so sweet! Sedar tak sedar dah lebih 10 tahun usia perkahwinan Nana Mahazan bersama suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah.
Pada 6 Jun 2023 genaplah 14 tahun pasangan ini melayari bahtera rumahtangga.
Nana Mahazan atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan berkongsi rasa syukur dan gembiranya bersama pengikut serta peminat di Instagram peribadi.
Nana turut berterima kasih kepada suami kerana menerima seada dirinya dan setia hingga kini.
“Today is our day. Thank you for accepting me for who I am. Thank you for the 14 years of incredible love and happiness you bring into my life.
“Here’s to many more beautiful years together com. I love you endlessly @raqeembrian “
Ads
Nana Mahazan bernikah dengan Mohamed Raqeem Brian yang berasal dari Sarawak serta berketurunan Cina-India itu pada 6 Jun 2009. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea dan Aaqib.
Ads
Menjengah ke Instagram suaminya pula, berikut ucapan yang dititipkan buat Nana. So sweet!
“Happy Anniversary to us @nanamahazan Alhamdulillah it’s been such an amazing 14 years filled w beautiful memories.
“Thank you for being my better half. Just remember that I still have a big crush on you k”.
Rata-rata para pengikut termasuk rakan artis menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat Nana dan suami.
Sejak ‘penghijrahannya’ pada Ogos 2021, Nana mula menjadi perhatian ramai. Malah pengacara, penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 ini makin cantik dan berseri-seri.
Sejak bertudung, rezeki Nana kian mencurah-curah. Selain aktif dalam dunia seni, Nana juga kini rancak mengusahakan perniagaan sendiri iaitu Selauk Nana dan Nana Mahazan Beauty.
Semoga Nana terus istiqamah, perniagaan terus maju dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: IG Nana Mahazan & Raqeem Brian
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami dan isteri pasti mengharapkan kehadiran zuriat sebagai penyeri hidup dan penyambung kasih sayang. Begitu juga dengan selebriti Siti Elizad Mohamad Sharifuddin. Wanita ini sentiasa positif bila berbicara tentang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat.
Baru-baru ini, wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini telah mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Menurut wanita yang berusia 36 tahun ini, perasaan teruja dan gementar ketika melalui proses tersebut dan berharap agar usahanya kali ini berbaloi.
Elizad mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali. “Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.
Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.
Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi sebelum doktor buang rahim yang sebelah ini saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata.
Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Sempena malam Nisfu Syaban, Elizad telah berkongsi amalan doa yang diamalkan olehnya bersama suami, Shamsul Baharin Rahman. “Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa,”.
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna: sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Selain dari doa-doa lain untuk diberi kesihatan, kebahagiaan dan kita semua dijauhkan dari segala penyakit, kami suami isteri juga akan terus berdoa yang ‘SATU’ ini,” coret Elizad di laman Facebooknya.
Semoga doa Elizad dimakbulkan oleh Allah SWT dan memberinya peluang untuk bergelar seorang ibu.
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya tertunai hasrat seorang pesakit leukemia apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menziarahinya di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Selain ingin bertemu dengan Seri Paduka baginda berdua, Mya Zara Damia Faizal yang berusia 15 tahun ini juga berhasrat untuk merasa ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong.
Ketika keberangkatan tiba Seti Paduka berdua, Mya Zara kelihatan amat gembira dan meminta untuk memakai baju kurung yang dipinjam daripada jururawat.
Terdahulu, kunjungan tersebut merupakan usaha bersama perkhidmatan Pediatrik Hematologi dan Onkologi HPKK serta Make-A-Wish Malaysia bagi merealisasikan impian Mya Zara yang mengidap leukemia akut berisiko tinggi untuk bertemu Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sejak dari kecil.
Sebagai Raja Permaisuri yang kasih dan sayang akan rakyatnya, baginda berkenan untuk menunaikan impian Mya Zara merasai masakan baginda.
Manakala Agong pula bertitah agar Mya Zara menjaga pemakanan, berehat secukupnya serta mendoakan Mya Zara sembuh seperti sedia kala seterusnya dapat kembali bersekolah dan bertemu rakan-rakan.
Memetik laporan Bernama, Mya Zara menyatakan, pada awalnya dia berhasrat untuk melawat dan melihat sendiri Istana Negara namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan kerana masih dalam rawatan.
“Walau tidak dapat masuk Istana Negara, Permaisuri Agong titah akan masak makanan untuk saya.
“Saya amat teruja kerana sebelum ini sering melihat di televisyen Permaisuri Agong masak makanan orang lain. Selepas ini saya pula dapat rasa air tangan Tunku Azizah.”
Semoga Mya Zara terus kuat dan Allah SWT memberi kesembuhan buatnya agar dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajahnya sering kelihatan di majlis-majlis rasmi. Dengan penampilan sederhana dan tidak lekang mengukir senyuman, keperibadian Datin Seri Shamshida Taharin cukup menyenangkan. Bertentang mata dengan isteri kepada Menteri Besar Selangor ini ketika menjayakan sesi fotografi bersamanya dan ahli keluarga sekitar tahun 2017 ternyata satu pengalaman yang cukup manis. Melewati usia perkahwinan selama 29 tahun di samping Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pasangan ini telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana (27), Mohamed Ameer Shazrin (25), Farah Amira (24), Farah Afifah (22), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (17) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (15).
Hampir 3 dekad berkongsi hidup bersama Dato’ Seri Mohamed Azmin yang kini menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sudah pasti Datin Seri Shida cukup masak dengan sikap suami tercinta. “Dia di mata saya, seorang lelaki yang sangat beradat, beradab, pengemas dan sangat terperinci. Mungkin kerana terlalu mahir dalam matematik, dia mempunyai skil ketepatan dan ingatan yang amat kuat. Contohnya kalau dia bertugas di luar negeri, semua baju yang dipakai akan dilipat kembali, begitu kemas sampaikan saya keliru mana satu yang bersih atau kotor!
Pernah seorang pegawai Dato’ maklumkan pada saya, dia ni seorang yang sangat kemas dan kuat ingatan. Di atas meja, dia akan susun dokumen dengan cermat dan jika dia telefon dari luar negara, dia akan ingat di mana sesuatu dokumen itu disusun sebelum bertolak. Baris ke berapa, ditindih dengan apa. Tepat. Sebab tu kita tak boleh suka-suka alihkan barang dia.
Selain itu, Dato’ juga seorang yang pandai memasak, malah mungkin lebih handal daripada saya. Saya fikir dengan cara dia dibesarkan, banyak ilmu kepakaran memasak ibu mertua diturunkan kepadanya. Teringat ketika kami belajar di Amerika Syarikat dulu, dia juga yang memasak dan hantar juadah itu ke rumah saya. Bayangkan juga kaedah orang dulu-dulu buat nasi impit, tekan padat-padat dengan buku… Hah, macam itulah dia buat,” imbau Datin Seri Shida sambil tertawa.
Momen perkenalan pasangan genius ini menjadi perbualan kami seterusnya. “Sebagai anak guru, saya memang sentiasa didedahkan tentang pentingnya pelajaran oleh ibu bapa. Terutama sekali ibu saya, Puan Siti Rahmah Ismail (80). Alhamdulilah, ketika di Sekolah Menengah Sains Bukit Mertajam, Pulau Pinang, saya selalu menjadi top student dan mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester. Saya juga pernah ditawarkan untuk mendalami bidang perubatan tapi akhirnya saya menolak.
Saya masih ingat pertemuan dengan Dato’ buat pertama kali. Hari itu dia datang ke tempat saya di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Bukit Gambang, bersama wakil universiti bagi memilih pelajar terbaik ke University of Minnesota. Tanpa disangka, saya terpilih dan menerima biasiswa MARA untuk ke American Degree Program. Maka bermulalah kisah hidup saya sebagai anak perantau di Amerika.
Sayangnya ketika tiba di sana, bagasi saya hilang. Pihak syarikat penerbangan pula mengambil masa yang lama untuk mencari dan memulangkan bagasi itu. Maka secara tidak sengaja, bermulalah perkenalan kami dengan lebih rapat. Dia sebagai ketua pelajar, bertanggungjawab untuk mencarikan apartmen kami termasuk menguruskan hal ehwal pelajar baru Malaysia.
Pensyarah kami pernah mengusik. Katanya suami saya telah memilih saya dari awal untuk dijadikan isteri. Mungkin kerana selepas saya menamatkan baki pengajian dua tahun di Malaysia, tidak lama kemudian Dato’ pun masuk meminang. Tapi sebenarnya kami percaya pada jodoh dan alhamdulilah berkekalan sehingga ke hari ini,” kata Datin Seri Shida yang berbeza usia hanya setahun lebih muda daripada Dato’ Seri Azmin.
Selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat, Datin Seri Shida seterusnya bergelar pelatih di syarikat pembinaan EMKAY selama enam bulan dan di Malaysia Airlines sebagai management trainer selama enam bulan. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Dato’, beliau menyertai Phileo Allied Bank sebagai konsultan. “Kini selain menumpukan perhatian pada anak-anak, masa saya lebih banyak terisi dengan program sendiri. Saya merupakan Pengerusi di Rumah Puteri Arafiah (di bawah kelolaan PEKAWANIS) yang merupakan sebuah rumah pemulihan dan perlindungan remaja bermasalah di antara usia 12 ke 21 tahun.
Saya dan anak-anak juga aktif berhubung melalui grup Whatsapp. Itulah cara kami bersembang dan mengeratkan hubungan bila masing-masing jauh di mata. Dato’ pula tidak memiliki Whatsapp dan saya fikir tak perlu pun kerana dia sudah begitu sibuk dengan tugasnya.
Sebenarnya sepanjang hidup suami saya, dia memang seorang yang selalu sibuk. Dari seorang ahli politik, sehingga bergelar ADUN, Ahli Parlimen dan sekarang, Menteri Besar, tingkat kesibukannya semakin lama semakin tinggi. Sebagai teman hidup, saya cuma mengikut apabila kehadiran diperlukan. Tapi sebenarnya saya suka berjumpa rakyat dan melalui program-program tertentu, saya seronok dapat menyalurkan amal jariah serta membantu golongan susah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.