Zahiril Adzim & Shera Aiyob Rai Anniversary
Zahiril Adzim & Shera Aiyob Rai Anniversary

Pejam celik, usia perkahwinan pasangan selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sudah pun menjangkau 14 tahun. Lebih sedekad bergelar suami isteri, kedua-duanya semakin bahagia dan matang melayari alam rumah tangga. Meskipun Zahiril dan Shera cukup dikenali dalam industri seni namun pasangan romantis ini selesa menjalani hidup ‘low profile’.

Sepanjang perkahwinan, jarang dengar cerita kurang enak mengenai mereka. Cukup bijak menjaga privasi keluarga, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob akui tumpuannya kini lebih terarah kepada suami dan anak tunggal.

Apatah lagi sejak berkahwin, wanita berusia 38 tahun tersebut mengambil keputusan untuk memperlahan aktiviti seni demi keluarga tersayang. Sebelum berkahwin, Shera juga seorang pelakon dan pengacara televisyen.

Artikel https://www.nona.my/cantik-low-profile-13-tahun-kahwin-suri-hati-zahiril-adzim-ini-pernah-jadi-pelakon-pengacara-tv/

Zahiril Adzim Titip Ucapan Romantis Buat Shera Aiyob

“I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)

Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-14 pada 20 November lalu, Zahiril tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. Sambil memuat naik momen indah di samping isteri tercinta sepanjang menjadi suami isteri.

“14 years through thick and thin. I won’t stop loving you. Thanks for choosing me every day, even on the days I wouldn’t choose myself. Happy anniversary, love Shera Aiyob.”

Shera sah bergelar suri hati Zahiril Adzim pada tanggal 20 November 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 19 Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.

Ads

Baru-baru ini Nona berkesempatan bertemu Zahiril dan Shera dalam majlis pelancaran butik terbaharu Siti Khadijah di Bangsar. Mengulas situasi semasa berkaitan pasangan selebriti yang berkongsi kemelut rumah tangga di media sosial, suami isteri ini memilih untuk enggan campur tangan.

“I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki!

“Saya dengan Shera ambil pendekatan yang kita tak campur kes siapa-siapa (selebriti). Satu, sebab kita ada rumah tangga yang kita nak kena jaga dan lebih baik kita jaga rumah tangga kita. Instead of kita sibuk pasal orang ni dan orang tu.

Kita ambil tahu isu tu tapi kita fikir, jangan cakap pasal orang, baik kita jaga diri sendiri.”

Isteri Zahiril Adzim

Sebagai isteri, Shera cuba untuk tidak memburukkan pasangan jika diuji. Katanya, “Dalam mana-mana rumah tangga sekalipun memang akan ada pasang dan surutnya. Cuma cabaran kita pada zaman kini ialah kita mempunyai sosial media.

Ads

Handphone tu ada dekat tangan kita jadi kita kadang-kadang bila terlalu emosi, kita susah nak kawal perbuatan kita.

Jadi sebab itu, saya kalau ada rasa tak puas hati ke apa, saya akan fikir banyak kali. Handphone tu memang ada dekat tangan kita tapi should I tulis benda ni?

Walaupun kadang-kadang sakit tu, kita kena tahan. Dekat dunia ni memang tempat manusia diuji. Tapi kalau kita dah tulis tu (di media sosial) apa kesudahannya? Kepuasan? Lepas tu? Ia tidak ada solution.

“I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki! “I Won’t Stop Loving You,” Rai Anniversary Ke-14 Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bahagia Di Samping Anak Lelaki!

Diaju reaksi apabila suami bergandingan dengan pelakon wanita, ini jawapan jujur Shera Aiyob.

Ads

“Dengan siapa sparing dia tu, mostly yang saya kenal dan memang saya dah biasa dan saya sangat menyokong apa yang suami saya buat.”

Bercerita sama ada dia mahu kembali aktif berlakon, suri hati Zahiril ini memberitahu buat masa ini keutamaannya adalah suami dan anak.

“Saya terikat dengan rutin saya sebagai seorang isteri dan juga ibu. Jadi, saya yang uruskan hal rumah, hal anak. Saya ada buat je shooting untuk raya, cuma untuk episod yang panjang, tu yang akan saya fikir balik. Tapi suami takda tak bagi shooting ke apa. Boleh je cuma priority saya buat masa sekarang ni membesarkan anak.”

Mengimbas kembali pembabitan Shera dalam industri seni, dia mula aktif berlakon sekitar tahun 2007.

Antara karya yang pernah dibintangi Shera termasuklah filem Karak, Juvana, Perempuan Paling Bahagia dan Duri.

Selain aktif dengan kerjaya lakonan, Zahiril Adzim turut mengusahakan label pakaian miliknya iaitu Bobby San Supply.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads