Tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga Datin Fauziah Sarman. Bergelar isteri kepada penyanyi popular era 80an iaitu Dato’ ND Lala, Datin Fauziah yang juga ibu kepada penyanyi wanita berbakat besar Shila Amzah kelihatan awet muda dan jelita meskipun meniti usia 55 tahun.

IKLAN

Berkongsi rutin harian dan aktiviti di samping keluarga di media sosial miliknya, kebahagiaan Datin Fauziah dan suami tercinta jelas terpancar ibarat sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Ke mana saja suami pergi, pasti isteri setia menemani. Romantik!

Ibarat Kekasih Hangat Bercinta! Datin Fauziah Bahagia 35 Tahun Bergelar Isteri & Ada 4 Anak!
Kredit Instagram @mamazie68

Baru-baru ini, perkongsian Datin Fauziah yang memuat naik gambar seisi keluarganya meraih perhatian peminat.

“Satu hari nanti kita hanya menjadi sekeping gambar dan kenangan. Terima kasih Allah di atas segala nikmat dan kurniamu sampai hari ini. Jadikanlah setiap langkah kami selalu dalam kebaikan dan jadikanlah sisa-sisa umur kami penuh dengan barakah dan lindungilah kami semua dengan kasih sayangMu.”

Ibu penyayang ini mendirikan rumah tangga dengan Dato’ ND Lala selepas mereka berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Mekar Sejambak di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

IKLAN

Hasil perkongsian hidup selama 35 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Shahila atau dikenali sebagai Shila Amzah, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Ibarat Kekasih Hangat Bercinta! Datin Fauziah Bahagia 35 Tahun Bergelar Isteri & Ada 4 Anak!
Kredit Instagram @mamazie68
Ibarat Kekasih Hangat Bercinta! Datin Fauziah Bahagia 35 Tahun Bergelar Isteri & Ada 4 Anak!
Kredit Instagram @mamazie68
Ibarat Kekasih Hangat Bercinta! Datin Fauziah Bahagia 35 Tahun Bergelar Isteri & Ada 4 Anak!
Kredit Instagram @mamazie68
Ibarat Kekasih Hangat Bercinta! Datin Fauziah Bahagia 35 Tahun Bergelar Isteri & Ada 4 Anak!
Kredit Instagram @mamazie68
Ibarat Kekasih Hangat Bercinta! Datin Fauziah Bahagia 35 Tahun Bergelar Isteri & Ada 4 Anak!
Kredit Instagram @mamazie68

Biarpun sudah lebih tiga dekad melayari alam rumah tangga, kasih sayang di antara Datin Fauziah dan Dato’ ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh masih bertaut erat!

IKLAN

Dato’ ND Lala yang berusia 62 tahun dan terkenal dengan lagu-lagu dendangan seperti ‘Mat Tahir Mata Air’, ‘Diari YB’ dan ‘Syair Cak Pong’ dikurnia Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ sempena Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Oktober 2018.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI