Isteri kepada pelakon Ben Affleck dan penyanyi dan pelakon terkenal dunia, Jennifer Lopez sememangnya beruntung. Selain dianugerahkan bakat dan kekayaan, dari dahulu lagi Jennifer Lopez atau lebih mesra dipanggil Jlo menawan dunia dengan kecantikan semulajadinya.
Lihatlah saja pada kemunculan terbaru Jlo bersama Ben pada Anugerah Grammy 2023 baru-baru ini, nyata ramai yang tak keruan melihat kecantikan Jlo yang tetap nampak awet muda pada usia 53 tahun.
Jadi apa agak rahsianya? Yang pasti, ramai berspekulasi yang Jlo menggunakan jalan singkat mendapatkan seri wajah idaman dengan menyuntik botoks dan pembedahan plastik namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan punya badan.
Ini turut disokong oleh Dr Andrea Suarez atau lebih dikenali sebagai Dr Dray yang mendedahkan rahsia awet muda penyanyi lagu Lets Get Loud, menepis segala dakwaan nakal berhubung kejelitaan Jlo menerusi perkongsian di akaun Youtube nya. Yang pasti, Dr Andrea menjelaskan Jlo berupaya mendapat wajah muda remaja selepas mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda.
Dr Andrea Suarez
Ads
Rupanya Jlo sangat ‘particular’ dan menjaga disiplin mencegah kulit wajahnya dari terkena sinaran UV. Jelas Dr Day,
“Banyak faktor menyumbang kepada pembentukan kedutan pada kulit kita. Salah satu faktor penyumbang ini adalah pendedahan kepada sinaran UV dari matahari. Dan JLo sendiri telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda. JLo cukup berhati-hati mencegahnya sejak umur 22 tahun, dia benar-benar komited menggunakan pelindung matahari ketika di luar rumah,” jelasnya.
Selain itu, Dr Dray mengakui diet yang teratur dan sihat bagus untuk kesihatan kulit termasuk lemak yang sihat, mendapatkan protein, vitamin dan mineral yang mencukupi, dan vitamin C bagi membina kolagen.
Ads
Selain itu JLo juga terkenal dengan rutin senaman yang konsisten, ketat dan tarian tanpa henti. Bila badan aktif, kulit akan kelihatan lebih segar, bertenaga dan sihat. Ia juga dapat melancarkan peredaran dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Dr Dray turut menambah bahawa terdapat satu lagi faktor yang memainkan peranan besar dalam penampilan kulit, yang kita tidak mempunyai sebarang kawalan terhadapnya, dan itu adalah genetik.
Ads
“Tidak dinafikan genetik memainkan peranan dalam berapa cepat kulit dan jumlah badan akan menua. Malah persekitaran kita yang menyumbang kepada penuaan kulit. Kita mempunyai enzim berbeza dalam kulit yang membantu memerangi radikal bebas. Sesetengah genetik menjadikan enzim mereka lebih baik daripada orang lain.”
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jealousnya tengok Noor Nabila sekarang. Badan semkain langsing dan dia juga aktif dengan aktiviti sukan basikal, yoga serta pilates. Setiap kali Nabila memuat naik posting terbaharu, memang ramai yang akan memuji.
Sebelum ini pun Nabila begitu aktif dalam pilates, demi menjaga kesihatan dan tubuh badan. Walaupun dalam kesibukan menguruskan si comel Jebat Jayden dan menjadi Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Nabila masih dapat meluangkan masa menjalankan aktiviti yang diminati. Channel Youtube Nabila dan Rosix pun tak kurang meriahnya!
Bertuahnya Nabila apabila dirinya banyak dibantu keluarga tersayang. Sejak sebelum berkahwin lagi Nabila bersama ibunya Datin Noor Kartini sudahpun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
“Asalnya kami bukan orang senang. Saya pernah melalui zaman sewaktu perniagaan yang kami jalankan tidak berjaya. Makan gaji RM2,000 sebulan dan memandu sebuah kereta Vios, itulah antara pengalaman yang pernah saya lalui.
Mungkin ada yang menyelar, ada orang yang hidupnya jauh lebih susah tapi ini saya bercakap bagi pihak saya. Pengalaman itulah yang membuatkan saya bangkit untuk terus berjuang dalam perniagaan.
https://www.instagram.com/p/CFYIMCBnLbz/
Alhamdulilah kini tuah menyebelahi kami. Dengan hadirnya Neelofar Hijab, perniagaan yang dijalankan terus berkembang. Kami cuba membawa nama Neelofar Hijab lebih jauh lagi malah hadir dengan koleksi lebih baik dan mesra pengguna.
https://www.instagram.com/p/CGAJRC4nVdD/
Kalau sebelum ini saya sibuk menguruskan Jayden di rumah sehingga terpaksa mengetepikan urusan pejabat, kini saya boleh memberi lebih komitmen lebih kerana Jayden beransur sihat. Dia juga semakin membesar dan pandai membawa diri. Saya tak risau sangat akan Jayden kerana saya tahu dia dijaga dengan baik.
https://www.instagram.com/p/CFLuLozDmvj/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas seharian berada di luar dan perlu melakukan banyak tugasan sehingga pulang lewat malam, tidak ada yang lebih nikmat lagi daripada dapat merebahkan diri di tempat tidur. Keadaan diri yang terlalu letih membuatkan seseorang wanita itu menjadi malas untuk membersihkan solekan yang ada di wajah selepas pulang ke rumah. Terasa macam diri dah melekat di katil kesayangan sehingga nak bangun pun tak larat.
Secara sengaja atau tidak sengaja, akhirnya mereka memilih untuk terus beradu tanpa membuang secalit pun make up yang anda di wajah. Kulit wajah yang sihat dan segar akan memberikan efek cantik dan tampil awet muda. Namun, jika tidur dengan solekan masih di wajah akan memberi kesan buruk dan boleh mencelakan kecantikan kulit wajah. Hal ini kerana, bukan tubuh badan saja yang perlu tidur dah rehat yang secukupnya, kulit wajah anda juga memerlukan hal yang sama.
KULIT WAJAH SUKAR BERNAFAS
Tabiat buruk ini akan membuatkan kulit wajah sukar untuk bernafas dan sukar diperbaharui. Make up yang tidak dibersihkan juga akan mengakibatkan liang pori tersumbat seterusnya akan timbul masalah seperti jerawat dan kulit berminyak.
BIBIR
Kesan gincu yang tidak ditanggalkan sewaktu tidur boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan seterusnya merekah. Lagipun, tidur dengan gincu masih dibibir akan meninggalkan kesan kotoran pada alas tempat tidur. Satu hal pula nanti kena cuci cadar dan sarung bantal.
MASKARA
Tidur dengan maskara boleh menyebabkan bulu mata gugur dan kegatalan.Jika tabiat ini berterusan, mata akan menjadi bengkak dan seterusnya dijangkiti kuman. Selain itu, eyeliner yang tidak dicuci juga akan membuat mata menjadi merah akibat jangkitan kuman.
IRITASI
Produk solekan yang sedia ada di pasaran sekarang mempunyai banyak bahan-bahan kimia ditambah lagi pula dengan kesan debu, habuk dan asap yang telah melekat pada wajah setelah seharian melakukan aktiviti luar. Jadi, bila wajah tidak segera dibersikan, akan timbul rasa selesa dan gatal pada wajah dan sekitar leher. Selain itu, hal ini juga akan menyebabkan kulit kemerahan dan kelembapan kulit akan terjejas.
sumber: hellosihat.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman remaja berperang dengan jerawat yang tumbuh tenggelam timbul kemudian timbul pula noda hitam di usia 20-an. Wajah yang putih sempurna menjadi idaman semua wanita lebih-lebih lagi wanita yang suka ber-selfie. Jom cuba 69 trik wajah yang segar sempurna ni!
Bagi menghilangkan kesan parut jerawat cuba rawatan chemical peel untuk tona kulit lebih sekata.
Jika setiap bulan berperang dengan perubahan hormon cuba kurangkan pengambilan bahan tenusu. Anda akan dapat lihat perubahan di kulit.
Kesalahan besar yang anda lakukan adalah tidur dengan wajah yang bersolek. Bersihkan wajah terlebih dahulu sebelum tidur.
Buah beri kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Selain itu buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah yang tidak menaikkan kadar gula dalam darah. Gula merangsang jerawat tumbuh dan buah beri dapat mengurang risiko jerawat.
Senaman penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Bersenam selama 15 minit sehari boleh membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan kulit yang sihat.
Guna krim pelindung suria untuk mengelakkan kedut dan noda hitam.
Bersihkan sebelum dan selepas bersenam bagi mengelakkan pori-pori tersumbat.
Hidrasi adalah kunci kepada kulit yang sihat dan segar. Dehidrasi menjadi punca kepada jerawat dan mengeluarkan minyak walaupun ia kering. Minum banyak air.
Jika jerawat muncul cuba hilangkan dengan menggunakan krim penghapus jerawat.
Buah grapefruit kaya dengan antioksidan. Oleh itu produk penjagaan kulit yang berasaskan buah ini boleh membantu memiliki wajah yang putih berseri.
Bagi mengelakkan jerawat tumbuh, bersihkan wajah dengan pembersih yang mengandungi asid salisilik.
Jika mahu memecahkan jerawat pastikan bersih tangan terlebih dahulu. Jika menggunakan jarum pastikan jarum tersebut telah disteril.
Minyak daripada rambut akan melekat di sampul bantal setiap kali selepas tidur. Tukar sampul bantal setiap minggu.
Rosewater boleh membantu kulit yang seimbang dan nyaman.
Merokok bukan sahaja membuat kulit kusam malah akan mengakibatkan pori-pori tersumbat dan kedut.
Jika mempunyai kulit bermasalah cuba jangan memegang dengan tangan. Kotoran dan minyak pada tangan akan memburukkan lagi keadaan.
Lebih baik menggunakan pelembap yang di dalam tiub berbanding dalam bekas. Pelembap yang di dalam bekas terdedah kepada bakteria melalui sentuhan.
Benzoyl peroxide boleh tahan tiga bulan selepas dibuka. Selepas tempoh tersebut bahan ini tidak aktif.
Stres akan terpancar di kulit atau wajah. Cuba sapu krim anti penuaan untuk mengelak kulit yang tidak bermaya.
Jika membuat temu janji untuk rawatan wajah pastikan tidak terdedah kepada cahaya matahari dua tau tiga hari sebelum tarikh tersebut.
Krim malam sangat berfaedah untuk kulit wajah yang segar selepas bangun tidur.
Jika jerawat yang serius menyerang terus berjumpa dermatologi untuk mendapatkan nasihat.
Jika kulit kering pilih rangkaian penjagaan wajah yang berasaskan minyak.
Sekurang-kurangnya dua minggu sekali sental kulit dengan scrub dan bukan setiap hari. Bagi kulit sensitif guna scrub yang lembut.
Jika mempunyai kulit yang bermasalah cuba guna rangkaian penjagaan kulit yang berasaskan susu kambing.
Dikatakan meletak Vaseline di wajah sepanjang malam dapat mengelakkan kedut. Namun, dengan lapisan yang nipis Vaseline boleh melembutkan kulit setiap pagi bangun dari tidur.
Makan coklat menjadi punca tumbuh jerawat? Sebenarnya jerawat tumbuh adalah akibat gula di dalam coklat.
Botox memang telah terbukti boleh membantu masalah kulit berjerawat. Ia membantu pengeluaran sebum dan mengecilkan pori.
Bersenam boleh mengurangkan stres dan jerawat. Wajib memasukkan senaman dalam rutin harian.
Elak sebarang produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol. Alkohol membuat kulit lebih kering.
Jika boleh elak produk penjagaan kulit yang ditambah pewangi. Pewangi akan membuat kulit merah dan reaksi alergi.
Alasan krim pelindung suria membuat kulit berminyak patut dibuang jauh. Dalam apa juga keadaan pakai krim ini.
Jika anda suka membuat DIY cuba lembapkan wajah dengan susu. Biarkan seketika kemudian bersihkan. Wajah lebih lembap dan bersih sempurna.
Krim pelindung suria bukan hanya dipakai ketika ke pantai. Ke pejabat juga perlu memakai krim tabir suria.
Cara moden untuk meminimumkan dan mengetatkan pori adalah rawatan mikro dermabrassion di spa.
Wanita yang mempunyai kulit wajah yang pucat boleh menggunakan krim illuminator untuk wajah yang segar.
Ketika bersiap untuk keluar adalah lebih baik merapi rambut sebelum bersolek. Kepanasan daripada alat pengering rambut boleh mencairkan solekan dan membesarkan pori wajah.
Jika mempunyai rambut yang tidak dikehendaki di bahagian wajah cuba lembutkan dahulu dengan wap panas baru dicabut dengan tweezer.
Jangan memegang wajah dengan tangan. Bakteria daripada tangan akan melekat di wajah.
Masukkan minyak kelapa dalam diet kerana boleh membantu lembutkan kulit.
Campur minyak kelapa dengan baking soda untuk dijadikan scrub.
Teh hijau kaya dengan antioksida dan menentang bakteria serta radikal bebas. Minum teh hijau sehari sekali.
Jika banyak terdedah kepada cahaya matahari guna pelembap wajah dengan SPF.
Vitamin E boleh membantu menutup kesan luka di wajah.
Penggunaan produk penjagaan wajah perlu mengikut perubahan cuaca. Jika anda melancong ke negara beriklim sejuk cuba guna krim yang sesuai.
Wajib bersih wajah sebaik selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
Krim malam boleh membantu memelihara kulit daripada dalam. Ini kerana ketika tidur berlaku proses detoksifikasi.
Cuba melakukan senaman yang boleh merehatkan tubuh seperti yoga untuk mengelak stres.
Penjagaan wajah yang menggunakan minyak tea tree sangat bagus untuk rawatan jerawat.
Bersihkan kaca mata dengan pembersih untuk mengelak bakteria melekat di kulit wajah.
Fringe rambut boleh menggalakkan minyak terperangkap di bahagian dahi. Oleh itu bersih rambut setiap hari jika anda mempunyai fringe.
Pastikan anda tahu apakah jenis kulit dan cara merawat jenis kulit yang bersesuaian.
Bersihkan berus solekan setiap dua minggu. Bakteria yang melekat di berus boleh menjadi punca kepada jerawat.
Jangan berlebih-lebih membersihkan wajah. Cukup dua kali sehari sahaja membersihkan wajah.
Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak. Minyak akan menyekat pori kulit yang menjadi punca jerawat.
Rutin penjagaan wajah adalah membersihkan, menyegar dan melembap.
Cuba elak makanan goreng. Lebihan minyak boleh menyuburkan jerawat.
Elak juga minuman berkarbonat dan lebihkan air dan jus buah.
Jika terlupa bersyampu pastikan akan mengikat rambut ketika tidur bagi mengelak rambut berminyak terkena wajah.
Letak ais bagi membantu kulit yang bermasalah seketika.
Jangan menjaga kulit wajah semata-mata. Kulit yang sihat dan segar merangkumi semua bahagian tubuh.
Jerawat juga boleh tubuh di bahagian belakang badan. Jadi pastikan baju dan bra dalam keadaan bersih sebelum dipakai.
Produk yang mengandungi kacang badan boleh membantu melembutkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Jika mempunyai kulit wajah yang sensitif cuba beli produk hypoallergenic untuk mengurangkan reaksi alergi.
Sekali sekala adalah baik untuk membelai wajah di spa.
Sebaik-baiknya dapat tidur tujuh jam sehari untuk mendapat kulit yang sihat.
Telefon bimbit mempunyai lebih bakteria berbanding mangkuk tandas. Oleh itu bersih telefon bimbit atau mungkin lebih baik menggunakan pembesar suara telefon tersebut.
Gunakan solekan mineral yang mengandungi zinc-oxide untuk menentang jerawat.
Jika anda seorang yang susah untuk minum air, apa kata letak segelas air di atas meja. Anda pasti dapat menghabiskan air tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.