Terinspirasi dengan gaya hidup aktif dan sihat Aishah Sinclair. Sudah pun meniti usia 40an, penampilan penyampai radio dan pengacara popular ini yang langsing dan anggun sentiasa menjadi perhatian khalayak.
IKLAN
Ditambah pula dengan rupa paras cantik yang dimiliki Aishah, tak puas mata memandang.
Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Mohamed Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.
Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu.
Adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
15 Ogos lalu, Aishah menerusi media sosial berkongsi foto dirinya di samping anak sulung bersempena ulang tahun kelahiran permata hati kesayangan yang ke-13.
“My little pumpkin turns 13 today! Not so little anymore, no more chubby cheeks but will forever be my first born baby,” kongsinya.
Difahamkan Aishah gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian dan marathon. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu.
Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai pelbagai aktiviti marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun.
Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp kira-kira empat tahun lalu.
Selain berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, rupa-rupanya selebriti cantik Janna Nick turut mempunyai bakat terpendam sebagai pelumba kereta. Terlibat secara langsung dalam Toyota Gazoo Racing dari musim pertama… kemenangan akhirnya berpihak kepada Janna apabila dia berjaya naik podium setelah bergelar Juara di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad lepas.
Merupakan satu-satunya pelumba wanita Top 3 dalam perlumbaan tersebut, gadis berusia 24 tahun ini berpeluang mengalahkan Nabil Ahmad dan Aiman Tino selaku pemenang tempat kedua dan ketiga. Antara rakan artis yang turut serta dalam Toyota Gazoo Racing pada 23 dan 24 Februari lalu termasuk Akim Ahmad, Datin Diana Danielle dan Wany Hasrita.
Berkongsi detik kemenangan bersama para peminat, Janna turut berkongsi foto dirinya memakai suit pelumba sambil ditemani ibunda tersayang. Jelasnya, “I can finally call myself a professional racer!!! Nanti bila aku ada anak, aku nak bagitau dia… dulu mak racer tau.”
Turut gembira dengan kemenangan tersebut ialah pengajar teknikal sukan permotoran, Shazly Farith Ilias yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Janna Nick sepanjang berada di litar lumba.
Janna di samping instructor, Shazly
“Setelah hampir 6 pusingan dan 13 perlumbaan berhempas pulas berkongsi ilmu, sedih tawa Bersama Janna Nick bermula dari sesi latihan musim pertama Toyota Gazoo Racing 2017 hingga musim kedua akhirnya membuahkan hasil pada TGR pusingan kali ini di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang. Tahniah Janna atas prestasi yang amat membanggakan.”
Sebelum ini, aktres dan isteri kepada Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle juga pernah memenangi perlumbaan kereta Toyota Gazoo Racing Musim Pertama.
Kredit: Instagram Janna Nick & Shazly Farith Ilias
Ramai di antara kita melakukan senaman setiap hari. Jika tidak waktu pagi, kebiasaannya waktu petang atau malam pasti menjadi pilihan untuk bersenam sebaik mungkin. Seperti biasa melakukan senaman akan membuatkan badan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak.
Walaupun anda selesai melakukan rutin, namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam. Ini kerana jika anda melakukannya ia boleh membuatkan senaman anda hanya sia-sia sahaja.
SAMBUNG BUAT RUTIN BERAT
Tidak tahu mengapa sesetengah orang seakan tidak tahu akan had tubuh badan mereka sendiri.
Sudah habis melakukan rutin normal ingin sambung dengan senaman yang lebih berat.
Tahukah anda melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
******************************
Inginkan tidur yang berkualiti? Dapatkan tilam Bellissa Posture Spring Mattress (Single) yang pasti menjamin tidur yang nyenyak. Guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
ENGGAN MAKAN
Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori selepas bersenam. Jangan disebabkan sudah habis bersenam anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik.
Tubuh anda memerlukan tenaga gantian yang baik. Paling penting anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.
TIDAK ‘WARM DOWN’
Sebelum melakukan senaman anda pasti lakukan warm up, bukan?
Begitu juga bila sudah habis melakukan rutin, anda perlu melakukan warm down bagi membantu fizikal melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik.
Jangan pula selepas lakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja.
TIDAK TUKAR BAJU & MANDI
Pakaian senaman direka khas untuk membuatkan badan berpeluh dengan baik; ia juga boleh menyerap peluh dengan baik.
Namun pakaian senaman juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit.
Jadi pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baharu. Bukan sahaja baju malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar.
MAKAN JUNK FOOD
Bagaikan menuang air ke daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai jaga makan.
Junk food dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sebaliknya pilihlah snek sihat seperti baby carrot atau snek semula jadi.
Seronok dengar motherhood journey Neelofa! Dalam majlis berbuka puasa bersama Neelofa dan Haris, memang terserlah sisi keibuan selebriti cantik tersebut. Lebih-lebih lagi apabila bercerita mengenai permata hatinya, Muhammad Bilal. Terus berseri-seri wajah isteri kesayangan Haris Ibrahim atau lebih dikenali sebagai PU Riz ni!
Teruja berkongsi pengalaman dan rutin sebagai ibu, Neelofa yang sebelum ini seorang wanita yang bekerja keras dalam kerjaya kini lebih fleksibel dan sanggup ‘mengorbankan’ masa semata-mata mahu melihat anakanda tersayang membesar di depan mata.
Mengulas lanjut, Neelofa berkata, “Buat masa ini saya masih lagi ada Confinement Lady (CL) yang menjaga saya. Patutnya 100 hari, jadi ada lagi few weeks lah. Ramadan kali ini mencabar sebab saya menyusu badan. Jadi ada hari yang sukarlah, mesti ibu-ibu faham kan dari segi pengeluaran susu berkurang waktu berpuasa.
Lofa ada juga kawan-kawan yang melahirkan anak dalam masa yang lebih kurang sama dengan saya. Masa saya mengandung, ada dalam lima orang kawan rapat yang mengandung juga. Anak mereka pun lahir bulan yang sama tapi hari lain-lain. Jadi kami banyak share experience.”
Kata Neelofa lagi, dia bersyukur kerana Bilal tak banyak ragam dan mudah dijaga. “Bilal for the first two month sangat senang dijaga, tak banyak nangis. Alhamdulillah. Cuma bila malam tu dia nak adjust waktu tidur malam lebih panjang dari siang, adjustment tu mencabar sedikit.
Sekarang je dia start menjerit sedikit-sedikit. Iyalah, dah besar. Meniarap dah hampir boleh. Lepas tu dia dah pandai gelak, pandai senyum dan dia pun dah cam muka-muka orang yang jaga dia. Kalau tegur sedikit pun, dia dah gelak-gelak sampai nampak gusi semua. Dia sangat ‘berlapis-lapis’ sebab kuat menyusu. Bayi lelaki kan.”
JAGA ANAK
Ditanya keadaan Haris sejak kehadiran Bilal, sambil tertawa Neelofa mendedahkan sikap suaminya sebaik saja bergelar bapa.
“Haris sangat supportive lah. Macam malam tu awal-awal Bilal lahir, dia bangun bagi kita semangat. Walaupun dia tak bantu dari segi macam apa yang kita buat, kehadiran dia bangun dan teman tu bagi kita kekuatan. Dia bangun, dia akan duduk dan tunggu.”
Sementara itu, Haris yang setia di samping Neelofa turut mengakui ada membantu isterinya menjaga anak termasuk menukar lampin. “Ada (tolong), tak sebanyak mak dialah. Saya ucap tahniah dekat ibu-ibu di luar sana yang sangat cekal jaga anak-anak. Kita (sebagai kaum bapa) kena cuba. Sesekali kena cuba.”
WAJAH BILAL
Diaju pertanyaan mengenai wajah anak mereka kepada peminat, ini jawapan jujur Haris. “Tak dedah wajah Bilal sebab consider dari segi keselamatan dan kesihatan. Ada sekali tu Bilal pernah sakit dan kami sedih. Untuk sementara waktu, kita jaga dulu kesihatan Bilal. Tak mahu menyusahkan orang dan orang tak menyusahkan kita. Jadi sama-sama kita jaga dulu awal-awal ni.”
Difahamkan Neelofa dan Haris sayu melihat anak mereka yang kelihatan kurang sihat tidak lama dulu selepas selesai mengambil suntikan. Dari detik itu, mereka sangat berhati-hati dengan keadaan dan kesihatan Bilal.
KERJAYA
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya dan bisnes, Neelofa dalam nada teruja berkata dia bakal kembali dalam sebuah program bual bicara. “Saya akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi. Masih dalam proses perbincangan. Nanti kita akan share. InshaAllah, tak lama lagi. Lepas raya ni akan ada sharing about it.
Fokus lebih kepada bisnes, priority kami adalah Bilal. Lofa pun tak nak macam Bilal lama-lama dengan helper. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu lebih daripada yang lain. Kalau bisnes pun mudah sebab boleh buat dekat rumah, jarang-jarang kena pergi meeting atau shooting.”
Mengulas kerjaya Neelofa selepas berstatus ibu, Haris memberi ‘lampu hijau’ kepada isteri tersayang untuk meneruskan minatnya dalam bidang yang diceburi.
“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ni secara detail. Setiap perkara, dengan imej agama yang dia bawa, kena berhati-hati dan sebagainya. Dan lofa alhamdulillah boleh ikut dari segi pakaian pun, dia taat pada perintah Allah SWT.Jadi kita bagi dia ruang, berkarya dalam benda-benda yang dia biasa buat.”
Semoga Neelofa dan Haris terus cekal dalam membesarkan anak. Di samping sukses dalam setiap bidang yang diceburi agar menjadi sumber inspirasi ramai.