Untitled design - 2021-02-22T171359.289

Jika sudah jodoh tiada siapa yang dapat menghalang pandangan cinta di antara pasangan uda dan dara. Tiada siapa menduga dan tiada siapa menyangka daripada seorang model yang menjadi pilihan pereka jenama mewah antarabangsa ini sanggup meninggalkan dunia glamor demi sebuah cinta.

IKLAN
Foto: Instragram @beautiful.royals

Wanita yang dahulu hanya dikenali sebagai Kendra Spears, dilahirkan di Seattle, Washington Amerika Syarikat 32 tahun yang lalu telah bertemu jodoh dengan seorang putera daripada keluarga diraja Aga Khan.

Foto: Instragram @beautiful.royals

Kendra Spears, memulakan karier dalam dunia peragaan dan mudah mendapat perhatian pereka jenama terkenal antarabangsa. Memperaga jenama mewah terkenal di pentas fesyen di New York, Milan dan Paris. Malah wanita cantik ini turut terpilih sebagai penghias muka depan majalah berprestij di sana.

Foto: Instragram @beautiful.royals

Mengimbau perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini, dikhabarkan mereka telah diperkenalkan melalui seorang rakan rapat pasangan ini. Khabar angin yang bertiup kencang mengatakan rakan rapat yang dimaksudkan adalah Supermodel Noami Campbell.

IKLAN
Foto: Instragram @beautiful.royals
Foto: Instragram @a.royal.moment

Keluarga suaminya, Putera Rahim Aga Khan telah mengumumkan pertunangan anak sulung mereka ini pada bulan April 2013. Pasangan ini berkahwin kemudian berkahwin setelah 6 bulan bertunang. Perkahwinan gilang-gemilang pasangan ini berlangsung di Geneva, Switzerland. Sebelum berkahwin Kendra Spears telah dikurniakan dengan nama Puteri Salwa Aga. Kini pasangan ini telah dikurniakan dua orang putera, Putera Irfan, 4 tahun dan Putera Sinan, 2 tahun.

IKLAN
Foto: Instragram @a.royal.moment

*Katanya baju berjenama boleh dibeli di sini.