Nuansa natural seperti putih dan krim mendominasi ruang. Setiap perabot disusun kemas di tempatnya lalu menciptakan satu suasana yang begitu mendamaikan. Ruang yang terhad kelihatan lebih luas bukan hanya dengan penggunaan warna malah brass mirror yang digunakan turut menghasilkan refleksi khususnya di bahagian dapur untuk kesan ruang yang lebih luas.

IKLAN

ELEGAN

“Konsep dekorasi kediaman ini ialah moden dan kontemporari. Saya memilih konsep ini kerana ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan konsep ringkas, tidak sarat dan tampil dengan gaya eksklusif dan elegan. Faktor kewangan yang membuatkan saya memilih untuk mendekorasi sendiri berbanding mengupah pereka hiasan dalaman.

Idea dan konsep daripada saya sendiri. Saya juga membuat lakaran bagi setiap sudut sebelum membeli sebarang perabot. Malah, saya turut membuat senarai barang yang diperlukan bagi setiap sudut rumah beserta harga agar selari dengan bajet kami.

Idea Sendiri Lebih Beri Kepuasan Buat FAZILAH Untuk Menghias Kediaman!

Idea Sendiri Lebih Beri Kepuasan Buat FAZILAH Untuk Menghias Kediaman!

Idea Sendiri Lebih Beri Kepuasan Buat FAZILAH Untuk Menghias Kediaman!

Saya lebih suka rona pastel yang mampu memberi ketenangan pada kami sekeluarga. Walaupun mempunyai anak-anak yang masih kecil namun ia tetap tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menata rias kediaman dengan warna pastel.

Saya sentiasa memastikan anak-anak mengemas kembali barang-barang mainan mereka atau apa saja barang yang bersepah setelah selesai bermain,” kongsi Fazilah Ali yang merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

IKLAN

Fazilah sekeluarga sudah pun mendiami kediaman yang berkeluasan 21×76 kaki ini hampir dua tahun dan merupakan kediaman kedua mereka.

Idea Sendiri Lebih Beri Kepuasan Buat FAZILAH Untuk Menghias Kediaman!

Idea Sendiri Lebih Beri Kepuasan Buat FAZILAH Untuk Menghias Kediaman!

IKLAN

RUANG LEBIH LUAS

“Saya memilih jenis kediaman ini kerana keutamaan kepada anak-anak yang suka dengan keadaan yang luas dan lapang untuk bermain. Tambahan pula, saya suka bercucuk tanam. Dengan adanya sedikit ruang membolehkan saya untuk bercucuk tanam dengan pokok-pokok bunga serta tanaman buah-buahan dan sayuran.

Kekerapan menukar dekorasi bergantung kepada keadaan. Jika barang atau perabot telah rosak terlebih dahulu saya akan pastikan ia masih boleh digunakan ataupun tidak. Jika masih elok saya akan membaikinya. Sebulan sekali saya akan menukar kedudukan perabot atau warna hiasan seperti kain alas dan langsir.

Hanya dengan sedikit sentuhan warna mampu merubah keadaan rumah. Sekali sekala juga saya akan menambah item baru jika dirasakan sesuai,” ungkap Fazilah yang memilih ruang tamu kedua sebagai sudut paling digemari.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI