Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan dan jodoh sememangnya ketentuan Allah SWT. Menjadi tugas kita sebagai hambaNya untuk sentiasa berdoa dan berusaha dalam mencari jodoh. Usah hanya menanti jodoh datang tanpa sebarang usaha dan setiap usaha mestilah diiringi dengan doa kepadaNya. Nona ada kongsikan beberapa tips untuk anda yang masih sedang aktif mencari jodoh.

 

IKLAN

1. LUASKAN PERGAULAN

Kalau diperhatikan, individu yang lambat jodohnya kebiasaanya mempunyai personaliti yang pendiam dan pemalu. Sangat sukar untuk memulakan bicara atau menghulurkan salam perkenalan. Rajinkan diri untuk menghadirkan diri ke majlis atau acara keramaian seperti majlis hari jadi, kenduri kahwin dan mungkin reunion sekolah. Mana tahu, bertemu jodoh dengan rakan sekolah yang selama ni terputus hubungan.

Lagipun, dalam era yang serba moden ni tak ada masalah rasanya untuk meluaskan pergaulan melalui teknologi dan kemudahan internet yang ada. Kewujudan social media yang popular seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp nampaknya sangat membantu dalam proses anda mencari jodoh. Ada saja pasangan yang berkenalan melalui social media kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin.

Ini 5 Cara Orang Single Perlu Buat Untuk Segera Dapat JODOH, Cepat Nanti Melepas!

Jadi, luaskan pergaulan anda dan cuba cari seramai mungkin kawan dalam kelompok yang berbeza dan mungkin dari situ anda akan berjumpa dengan pasangan yang sesuai dan serasi dengan jiwa anda.

 

2. MINTA BANTUAN ORANG LAIN

Andai kata masih belum menemui jodoh walaupun sudah berusaha mencari sendiri, jangan malu untuk meminta bantuan orang lain carikan jodoh untuk anda pula. Tak ada salahnya kalau meminta bantuan dengan keluarga mahupun rakan-rakan terdekat dan nyatakan hasrat anda. Mereka mungkin lebih mengenali diri anda yang sebenar dan lebih mudah untuk mencarikan soul mate yang betul-betul ‘ngam’.

 

3. JANGAN MEMILIH

IKLAN

Jangan terlampau mengejar kesempurnaan dan memilih dalam hal memilih pasangan kerana diri kita juga tidak sempurna. Kadang-kadang kita nak bakal suami kita ni kaya, ada kereta besar, ada rumah besar, hidung mancung dan bermacam-macam lagi kriteria. Tapi, cuba ukur dengan kemampuan diri sendiri dahulu, adakah diri sudah cukup sempurna dan cocok dengan lelaki itu? Memadai hanya dengan meletakkan ciri-ciri dan syarat-syarat ringkas untuk mencari pasangan seperti rupa yang sedap mata memandang, soleh dan mampu membuat kita bahagia.

Ini 5 Cara Orang Single Perlu Buat Untuk Segera Dapat JODOH, Cepat Nanti Melepas!

 

4. PERBAIKI DIRI SENDIRI DULU

IKLAN

Cuba kesan apa yang kurang pada diri anda terlebih dahulu kalau masih belum menemui jodoh. Menjadi asas dalam mencari jodoh dalam kalangan orang yang baik-baik ialah anda harus merubah diri menjadi seorang yang baik terlebih dahulu. Perbaiki ibadah dan akhlak diri sendiri dahulu.

 

5. BERUSAHA, DOA DAN SABAR

Usaha, doa dan sabar ini adalah perkara penting yang harus dipratikkan dalam diri. Berusaha dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berulang kali kepada Allah SWT. Berdoa untuk bertemu dengan jodoh yang soleh dan boleh membimbing kita. Adakalanya, doa yang termakbul mengambil masa yang lama dan usaha seterusnya adalah bersabar. Ada pengakhiran yang indah untuk orang yang bersabar.

Ini 5 Cara Orang Single Perlu Buat Untuk Segera Dapat JODOH, Cepat Nanti Melepas!

Sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah dan jangan terlalu sangat memikirkan tentang soal jodoh. Sebaiknya perbaiki diri terlebih dahulu dan belajar untuk menyayangi diri sendiri dan Allah SWT. InsyaAllah kemudiannya, akan bertemu cinta sejati.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI