Kemelut yang melanda rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana meletus apabila baru-baru ini dia mengumumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, nyata mengejutkan dan menerima pelbagai respon dan maklum balas.
Namun yang menariknya secara tidak langsung membuatkan nama pelakon kacak Edika Yusof, 55, kembali ‘trending’, menjadi bualan warganet di media sosial dek kesetiannya pada isteri yang dikahwininya sejak 18 tahun lepas.
Malah melihat pada ruangan Instagram nya, Edika tidak pernah sesekali lupa meraikan hari jadi isterinya, malah sering kali memuat naik momen dan gambar sama ada berdua dengan isteri mahupun dengan keluarga.
Walau diuji sakit di mana isterinya Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua namun Edika tidak pernah beranjak dari sisi Hidayah dan setia menemani malah melayannya bak permaisuri.
Ads
Apatah lagi Edika sendiri mengakui pernah digoda dan didekati apabila isterinya lumpuh, tetapi Adika tetap setia bersama isterinya walaupun Hidayah pernah menyuruhnya untuk berkahwin lain.
“Saya pernah suruh suami kahwin lagi tetapi suami beritahu untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair (kerusi roda) ini saya tolak,” katanya.
Ads
Sementara itu, mengintai akaun instagram Edika pula, rata-rata pengikutnya memuji kesetiaan pelakon itu menjaga isterinya serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya supaya berkekalan dan dirahmati.
NONA mendoakan agar perhubungan dan rumahtangga Adika Yusof dan isteri sentiasa di dalam lindungan Allah hendaknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak punya masa! Itu alasan yang sering diberikan kebanyakan orang apabila diajukan persoalan tentang senaman. Namun, tahukah anda senaman Tabata yang diilhamkan seorang ahli sains Jepun, Dr Izumi Tabata membuka dimensi baru tentang senaman?
Hanya empat minit sahaja diperlukan untuk melengkapkan senaman yang dicipta di Tokyo pada tahun 1996 ini. Bukan sekadar mudah untuk dipraktikkan malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing. Untuk mendapatkan hasil optimum, lakukan senaman Tabata dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
Juga digelar ‘senaman orang malas’ kerana hanya memerlukan tempoh empat minit, kesan senaman ini dipercayai memberi kesan sangat efektif terhadap kesihatan tubuh badan. Ini dibuktikan oleh kajian pakar senaman, Dr Michele Olson yang mengatakan senaman Tabata mampu membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak dua kali ganda.
KONSEP SENAMAN TABATA
Senaman Tabata lazimnya diselang-selikan di antara satu rutin senaman selama 20 saat dengan rehat sebentar 10 saat. Kemudian, set senaman tersebut diulang sebanyak lapan kali mengikut rutin senaman yang berbeza atau sama mengikut kemahuan. Ini bermakna setiap satu set akan mengambil masa 30 saat. Dan jika dihitung, lapan set rutin senaman hanya memperuntukkan empat minit sahaja.
Cadangan rutin senaman pula membabitkan pergerakan kumpulan otot besar seperti:
Squat
Burpees
Mountain Climbers
Plank
Tekan tubi
Lompat setempat @ lompat bintang
Kebiasaannya, tubuh akan berasa sangat penat dan bernafas laju selepas selesai melakukan senaman Tabata. Reaksi yang diterima tubuh seolah-olah telah menjalani sesi senaman berjam-jam lamanya. Selain konsep yang lebih santai dan bebas memilih rutin yang diinginkan, ia tidak memerlukan peralatan senaman khusus.
Secara ringkasnya, Tabata sangat baik untuk individu yang sibuk. Bagi mereka yang jarang bersenam, disarankan agar melakukan rutin senaman ringan terlebih dahulu dan usah memaksa diri secara keterlaluan. Apabila sudah selesa dengan konsep senaman Tabata, boleh menambah masa senaman sehingga 12 ke 20 minit mengikut kemampuan diri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah. Filem yang sudah bermula pengambarannya sejak Ogos 2011 tersebut bakal ditayangkan menjelang Mei 2023.
Dilakonkan oleh Farid Kamil yang memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa pula membawa watak Wan Azizah. Ketika sidang media berkenaan, Acha yang berada di Indonesia sempat berkongsi pengalamannya berjumpa dengan isteri kepada perdana Menteri Malayia tersebut.
Acha Septriasa menyifatkan Wan Azizah sebagai wanita yang mempunyai sifat keibuan tinggi. Malah beliau bersyukur dihadiahka seutas tasbih dalam satu pertemuan sebelum menjayakan karakter ahli politik berpengaruh itu dalam filem Anwar, The Untold Story, malah sempat merasai sendiri masakan yang dimasak figura politik terkemuka tersebut.
“Ketika bertemunya di sebuah hotel, dia membekalkan saya dan Farid Kamil dengan lauk-pauk yang dimasak sendiri. Azizah juga memberikan saya gelang tasbih untuk selalu mengingati Allah dan secara tidak langsung mengingati dirinya.” Jelasnya menurut sumber Kosmo.
Acha berkata demikian menerusi panggilan secara maya pada majlis sidang media filem lakonan terbaharu lakonannya berjudul Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, semalam.
Selain Acha, filem arahan Viva Westi tersebut turut dibintangi aktor hebat lain seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Dewi Irawan, Piet Pagau dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendidikan agama sememangnya asas utama dalam pembentukan keperibadian seorang kanak-kanak. Ia merupakan tunjang atau asas keperibadian yang sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.
Malah semakin ramai di kalangan ibu bapa menyedari kepentingan untuk mendedahkan anak-anak terhadap Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) untuk kesinambungan pendidikan mereka dalam aliran agama di peringkat menengah kelak.
Menyedari kepentingan ini dan dalam usaha memberi pendedahan sepenuhnya akan hala tuju Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK), baru-baru ini Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam HatiMurni mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen UPKK 2023 – Hala Tuju Peperiksaan UPKK Tahun 5 bagi memberi pencerahan akan peri pentingnya peperiksaan ini kepada masa depan pelajar.
Menurut Ketua Bahagian Operasi Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam HatiMurni, Ustaz Zulkarnain Ramlan, sijil UPKK merupakan salah satu syarat wajib bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah aliran agama dan ia terpakai bagi sekolah agama seluruh Malaysia.
“Program ini dianjurkan untuk memberi pemahaman dan membuka mata ibu bapa hala tuju anak-anak apabila mengambil UPKK. Program ini turut menjemput panelis seperti Ustaz Mohd Faizal Mohd Norza (Penyelia KAFA, Unit Pengurusan Kurikulum Bahagian Pendidikan JAWI) dan Ustaz Misron Ali (Penolong Pengarah Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) bagi memberi maklumat yang lebih tepat dan lengkap mengenai UPKK. Seramai 1000 peserta mengambil bahagian pada program tersebut.
Ketua Bahagian Operasi Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustaz Zulkarnain Ramlan
Untuk info, UPKK merupakan peperiksaan untuk kelas KAFA dan ia mula diperkenalkan pada tahun 1994. Sijil peperiksaan ini berguna sebagai salah satu elemen atau syarat untuk ke sekolah menengah aliran agama. Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Hatimurni pernah menerima pengiktirafan NONA Superwoman 2020 melalui kategori NONA BEST ISLAMIC EDUCATION AWARD. Tidak hanya memberi fokus kepada kelas harian dan secara dalam talian, ulas Zulkarnain, HatiMurni turut berperanan menjalankan pelbagai program secara bersasar untuk pelajar tahun lima yang bakal menduduki UPKK.
“Kami serius dalam mengambil inisiatif mendidik pelajar tahun lima khususnya yang mengambil UPKK dengan pelbagai program seperti UFC – UPKK Final Countdown di mana kami kumpulkan 1200 peserta untuk sesi pecutan akhir menuju ke UPKK.
“Malah kami turut mengadakan program Bootcamp Hatimurni bersama pelajar bagi berkongsi teknik menjawab soalan dan sesi motivasi,” ulasnya lagi.
Konvensyen UPKK 2023 yang berlangsung di Dewan Azman Hashim Anjung Razak, UTM Kuala Lumpur baru-baru ini turut menundang penceramah bebas, Syamsul Debat untuk sesi perkongsian tentang adab dan pengurusan emosi keluarga.
Pusat Pendidikan Islam Swasta – Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil dengan fokus utamanya untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.
Hatimurni beroperasi di tiga pusat iaitu di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7 Shah Alam. Hatimurni turut menawarkan kelas pendidikan agama secara dalam talian yang bersifat universal di mana ia bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malah dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar. Untuk maklumat lanjut tentang kelas yang disediakan Hatimurni, boleh hubungi 019-6664225 atau 013-3044225.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!