Melihat kepada pangkat dirinya selaku doktor dan juga Instafamous, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say sememangnya berkemampuan untuk hidup mewah. Namun, doktor selebriti ini lebih selesa tampil sederhana termasuk soal memiliki kenderaan. Sembilan tahun ‘setia’ memandu kereta Perodua Viva ketika masih belum bergelar suami kepada Dr Azura Abas… doktor yang berasal dari Selangor ini yang pada mulanya tidak kisah tentang kenderaan yang dipandu, akhirnya akur memiliki kereta baru.

IKLAN

Tindakan itu dibuat semata-mata untuk memastikan isteri tercinta dan anak yang bakal lahir selesa untuk ke mana sahaja. Alhamdulillah, lambang suami mithali! Kalau ada wang lebih, apa salahnya tukar kereta baru. Lagipun ahli keluarga bakal bertambah tak lama lagi.

Cukup bersyukur kerana dikurniakan seorang wanita dan isteri yang sangat memahami dan tidak meminta-minta, jiwa lelaki Dr Say sangat tersentuh tatkala melihat pengorbanan isteri tercinta yang ikhlas menerima diri beliau seadanya. Ujar Dr Say, “Bini tak pernah request apa-apa dari saya. Siap kadang-kadang lepas event fancy, bini sendiri volunteer nak drivekan Viva tu.

Ini Rezekinya Bila Isteri IKHLAS Bersama Suami, DR SAY Hadiahkan Hyundai Tucson Kepada Isteri Sarat Hamil!Katanya, “Takpelah biar orang ingat ni kereta I instead of kereta u.” Semata-mata nak jaga air muka suami. Berjurai hati bila dengar bini sendiri cakap gitu. Maka saya bertekad yang it’s time to change. Cukup dah tengok bini bersusah nak masuk dan keluar kereta dan pegang perut each time langgar bump.

Kereta yang merupakan satu kehendak kini bertukar menjadi keperluan. Walaupun bini tak minta, it’s my responsibility to provide comfort & safety for my bini & my future baby.

Sejujurnya, ramai yang meluahkan rasa kagum dengan sikap prihatin Dr Say yang begitu matang melayari rumah tangga dan benar-benar memahami erti sebenar sebuah perkahwinan. “Kita semua ada kehendak masing-masing tapi depending on your kemampuan, utamakanlah keperluan dahulu yakni shelter for your loved one to rest, transportation for them to move & food for them to eat.

Kalau ada duit lebih maka boleh la upgrade mana-mana keperluan tersenarai tadi. Marriage is all about being responsible to your partner no matter what situation you are in cause you sign up for it when you lafaz your akad the day you marry her,” jelasnya tanpa berselindung.

IKLAN

Ini Rezekinya Bila Isteri IKHLAS Bersama Suami, DR SAY Hadiahkan Hyundai Tucson Kepada Isteri Sarat Hamil!

Untuk pengetahuan, kereta Perodua Viva yang dipandu Dr Say selama ini adalah kereta yang diturunkan daripada kakaknya sendiri. Meskipun bukan kereta baru, tapi ia bukan satu masalah buat doktor bertubuh tegap ini kerana tidak menjadi keutamaan buat dirinya.

IKLAN

“Sejak bini makin sarat ni, pendirian saya mengenai kereta mula goyang. Bila tengok dia bersusah-susah nak masuk kereta (agak sempit dalam Viva untuk yang sarat), bersusah-susah nak bangun bila sampai destinasi (Viva agak lowered) dan setiap kali terlanggar lubang / bumper, bini akan pegang perutnya (risau akan kandungannya) sayu saya melihatnya. Bini tak pernah langsung complain atau minta kereta baru dekat saya.”

Moga sikap toleransi dan prihatin Dr Say terhadap isteri tetap berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekaligus, memberi inspirasi kepada pasangan muda yang lain agar tidak terlalu mengejar kemewahan singkat dalam alam rumah tangga sebab kita tidak akan pernah tahu apa yang sedang menanti pada masa depan.

 

Kredit: Instagram Dr Say Shazril

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI