Ads

“Ini Semua Isyarat Daripada Tuhan” Datuk Hussamuddin Yaacub Komited Gempur Rasuah Habis-Habisan!

“Tak mustahil segala musibah yang melanda negara adalah isyarat daripada Tuhan,” itu kata Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub kepada media hari ini.

Isu pandemik COVID-19, ekonomi, pereputan moral, perebutan atau salah guna kuasa, perpecahan kaum dan sebagainya… Ia berasas dari soal integriti dan rasuah yang berleluasa,” ujarnya yang turut merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf.

Dalam satu pertemuan khas dengan rakan media hari ini, Datuk Hussamuddin turut memperkenalkan pasukan teras Rasuah Busters yang membariskan para pemikir dan penggerak yang terdiri daripada warganegara Malaysia berbilang kaum, agama dan latar belakang.

“Ini Semua Isyarat Daripada Tuhan” Datuk Hussamuddin Yaacub Komited Gempur Rasuah Habis-Habisan!

 

Ads

Selain Datuk Hussamuddin, barisan pemikir Rasuah Busters turut diwakili Anas Zubedy, Fazrul Fahmee Ismail, Harmandar Singh, Chiew Ruoh Peng, Farah Hussamuddin, Marhaini Yusoff, Dr G Manimaran, Shah Hakim Zain, Jonson Chong dan Richard M Devaraj.

Sementara itu, Emir Research bertindak sebagai rakan utama penyelidikan dan perancangan strategik melalui Datuk Wira Dr Rais Hussin serta Sinar Harian sebagai rakan utama (media).

“Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menggempur rasuah habis-habisan, pasukan teras ini akan bekerjasama menyusun strategi, menguruskan komunikasi dan gerak kerja serta membentuk jalinan strategik bagi membanteras amalan tersebut.

Ads

Amalan rasuah yang tidak dibendung akan menghumban masyarakat Malaysia ke lembah kehancuran. Pelabur pun bimbang mahu berniaga di negara kita kalau budaya rasuah di kalangan ‘orang dalam’ tiada penghujungnya,” kata Datuk Hussamuddin dalam nada serius.

Tambah beliau, rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau ‘ikan bilis’ sehingga ke peringkat atasan atau ‘jerung’.

“Ini Semua Isyarat Daripada Tuhan” Datuk Hussamuddin Yaacub Komited Gempur Rasuah Habis-Habisan!
Datuk Hussamuddin Yaacub

 

Ads

MAK KATA JANGAN!

Untuk meneruskan lagi kesinambungan Sinar Untuk Malaysia, majlis turut melancarkan slogan kempen ‘Mak Kata Jangan’ sebagai strategi memperhebatkan misi #RasuahBusters. “Pelancaran slogan terbaharu itu menandakan fasa baharu dalam membendung rasuah di kalangan rakyat Malaysia.

Golongan ibu tidak kira apapun bangsa mahupun agama mereka mempunyai peranan yang cukup besar dalam memelihara karakter seorang anak,” akhiri Datuk Hussamuddin.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Amyra Rosli Bahagia Di Sisi Amar Baharin

Hampir Sedekad Kahwin & Tanpa Kontroversi, Amyra Rosli Bahagia Di Sisi...

Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.