Pelakon kelahiran Ipoh, Perak Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi anugerah lakonan filem terkemuka di SAG.Selepas memenangi trofi Golden Globe Awards, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh sekali mencipta sejarah apabila merangkul trofi Female Actor In A Leading Role di Screen Actors Guild Awards (SAG).
“Saya rasa jika saya bercakap (pasti) hati saya akan meletup. SAG- AFTRA, untuk mendapatkan ini daripada anda yang memahami apa (yang diperlukan) untuk sampai ke sini, anda semua tahu perjalanan ini, umpama menaiki roller-coaster, naik dan turun.
“Tetapi yang paling penting kita tidak pernah berputus asa. Saya berterima kasih. Ini bukan hanya untuk saya, ini untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti saya,” kata Yeoh yang sebak.
Anugerah SAG telah lama dianggap sebagai salah satu ramalan yang paling boleh dipercayai untuk seseorang meraih anugerah berprestij Oscar pula. Lakonan Michelle Yeoh dalam filem indie Everything Everywhere All At Once telah berjaya meraih banyak anugerah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Ads
Manakala pelakon gandingannya, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan juga membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Terdahulu, Michelle Yeoh merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada Anugerah Globe.
Ads
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Michelle atau nama sebenarnya, Michelle Yeoh Choo Kheng menewaskan aktres hebat Hollywood lain seperti Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejelitaan aktres ini jelas terpancar lebih-lebih lagi saat bercerita tentang keluarganya. Isteri kepada pemain bola sepak Zaquan Adha ini kelihatan makin ceria bercerita tentang kehadiran puteri sulungnya, Laura Zuleykha yang dinanti selama ini. Wajah manis anak ketiganya ini persis Ayu yang sentiasa tersenyum telah menyerikan kehidupan bersama suami di samping dua orang abangnya, Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryann. Namun, Ayu sedikit terkilan kerana tidak mampu menyusukan puterinya secara eksklusif.
“Memang saya tidak dapat menyusukan Laura secara eksklusif lagi lantaran saya terlantar sakit tempoh hari akibat apendiks. Mula-mula saya sendiri tak tahu ada apendiks kerana selama ini saya tak pernah sakit perut yang luar biasa. Tiba-tiba saya sakit perut sehingga nak bernafas pun tidak mampu. Ingatkan saya mengandung lagi kerana rasa loya dan nak muntah. Kemudian saya muntah sehingga keluar air hijau.
Suami ajak pergi klinik dan apabila sampai klinik doktor hanya bagi ubat angin sahaja. Tapi saya tetap rasa tak selesa. Lepas suami balik daripada training, dia ajak pergi ke hospital dan akhirnya saya terus ditahan. Rupa-rupanya apendiks saya sudah pecah tanpa disedari. Lepas pembedahan apendiks biasanya dalam dua hari sudah elok. Tapi saya masih rasa sakit. Bila doktor buat pemeriksaan nyata saya demam. So bila demam ada something wrong. Apabila buat ujian darah dan x-ray semula terdapat infeksi di paru-paru.
Ketika itu saya bagaikan di ambang maut. Terasa betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT. Bila-bila masa Allah SWT boleh ambil apa yang ada pada kita dan kita tak mampu nak berbuat apa-apa. Melalui ujian sebegini baharu kita sedar apa yang kita ada semua pinjaman semata-mata. Rasa syukur sangat selepas kembali sihat,” terang Ayu tentang pengalamannya selama 11 hari ditahan di wad hospital.
Ternyata tahun ini Ayu begitu teruja menyambut Syawal kerana beraya di rumah baru. “Saya begitu teruja beraya tahun ini kerana beraya di rumah baru di Seremban. Biasanya tahun-tahun sebelum ini saya sibuk menyediakan kelengkapan raya seperi baju raya dan kuih raya sahaja. Namun, tahun ini tugas saya sedikit berbeza apabila perlu menyiapkan dekorasi kediaman yang baharu diduduki.
Saya gemarkan gaya dekorasi moden glam atau klasik yang gelap dan cosy. Alhamdulillah saya mempunyai cita rasa yang sama dengan Zaquan. Biasanya jika ada masa terluang kami berdua akan keluar bersama-sama untuk membeli barang kelengkapan rumah. Zaquan ini jenis orang yang suka duduk di rumah oleh itu saya perlu pastikan dekorasi rumah umpama kawasan rehat yang sedap untuk dihinggapi,” terang Ayu tentang perbezaan lebaran tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon versatil lagi berkaliber, Datuk Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera bin Halim yang popularitinya semakin meningkat naik selepas muncul dalam filem terbitan anak tempatan yang paling laris, Mat Kilau kini diangkat menjadi Ikon Pemuda BN Selangor.
Ini disahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantarannya di Facebook yang berkata “Menerima kunjungan hero Mat Kilau pelakon tersohor yang juga merupakan sahabat saya Datuk Adi Putra. Banyak perkara dibincangkan termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dikalangan anak-anak muda masa kini”.
Ujar beliau lagi, selain menjadi ikon, itu juga akan membantu jentera Pemuda BN negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanah air dengan penuh penghayatan. Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Insya-Allah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU-15 nanti,” kata Asyraf di Facebooknya hari ini.
Selain itu, Asyraf juga memberitahu, Adi Putra tidak hadir ke pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini kerana berada di Tanah Suci. Adi Putra, 41, adalah bintang teraju utama filem yang diinspirasi daripada kisah pahlawan Melayu berjuang menentang penjajahan British seterusnya menjadiakan dirinya ikon paling sesuai bagi menebalkan semangat cintakan negara di kalangan belia.
Usianya baru 27 tahun namun sudah pun memiliki apa yang didambakan oleh setiap wanita antaranya ialah keluarga yang bahagia, sukses dalam perniagaan bersama suami, berpenampilan menarik, berpendidikan tinggi serta mampu berdikari.
Inilah ciri-ciri wanita inspirasi yang wajar dicontohi khususnya oleh gologan muda seperti YM Tengku Norhanim Tengku Othman atau lebih mesra dengan sapaan Hanim. Ibu kepada dua cahaya mata perempuan berusia 5 tahun dan 11 bulan ini merupakan anak jati Kelantan.
Sesibuk mana pun, Hanim dan suami tetap akan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Justeru, dengan memilih perniagaan sebagai fokus utama adalah sangat tepat. Setidak-tidaknya dapatlah mereka memanfaatkan masa yang lebih fleksibel bersama keluarga.
KAHWIN MUDA
“Saya dan suami kenal dalam masa singkat. Ketika itu saya masih menuntut di Universiti Malaya dan suami baru tamat pengajiannya dalam jurusan Automatif di TOC The Automative College. Selepas berkahwin barulah bermula fasa mengenali hati budi masing-masing.
Alhamdulillah walaupun berkahwin pada usia muda namun perkahwinan kami masih bertahan. Tahun ini genaplah enam tahun usia perkahwinan kami. Saya yakin suami adalah insan terbaik buat saya dan anak-anak. Suami sentiasa berada bersama walau dalam apa jua keadaan.
Walaupun cerewet suami seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan faham kesibukan saya menguruskan perniagaan. Jika saya tidak sempat memasak suami tidak pernah memaksa. Sebab itulah suami menyediakan pembantu rumah.
Berkahwin di usia muda memang banyak cabarannya. Masing-masing ada ego tetapi itu semua tak akan ke mana kalau kedua-duanya tak mahu mengalah. Suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Apa yang membuatkan saya terpesona dengan sikap suami ialah ketenangannya yang menyejukkan jiwa.
Suamilah teman paling rapat dengan saya. Tak pernah saya memandang rendah terhadap segala nasihat yang diberikan oleh suami apatah lagi untuk menyesal atau merungut kerana sedar kami saling melengkapi. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Selain bertolak ansur kami juga saling jujur dalam perhubungan. Jika berselisih faham biasanya kami akan tunggu keadaan kembali reda kemudian barulah kami berbincang secara baik,” ungkap Hanim.
PERNIAGAAN
Pemilik jenama Adeliciousz Crispy Choco Jar ini sangat komited dalam apa jua yang dilakukan, baik dari segi urusan keluarga mahupun perniagaannya. Adeliciousz Crispy Choco Jar yang bermula sejak tahun 2014 kini bukan hanya dikenali di Malaysia bahkan telah pun memasuki pasaran global seperti Thailand, Brunei dan Singapura.
“Adeliciousz Crispy Choco Jar adalah nadi kesungguhan saya dan suami dalam mengemudi perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Selepas melahirkan anak sulung, Adelea, kami memulakan perniagaan ini. Idea untuk berniaga sebenarnya datang daripada suami.
Setelah yakin produk ini banyak permintaan maka suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Atas permintaan yang sangat menggalakkan telah mencetuskan lagi semangat kami untuk berniaga secara online dari rumah.
Saya dan suami sangat komited serta mahu legasi perniagaan ini bertahan lama. Biarpun turut merasa tempias kegawatan ekonomi namun Adeliciousz Crispy Choco Jar masih mampu bersaing dalam pasaran,” bual Hanim sambil tersenyum.
KONGSI REZEKI
“Tak dinafikan wang sangat penting ketika ini. Untuk hidup harmoni dan bahagia kita perlukan wang. Kalau tak ada wang bagaimana kita hendak menggembirakan keluarga, pergi bercuti dan memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak? Maka segala-galanya wang. Namun apa yang penting jangan jadi hamba duit.
Sebab itulah saya dan suami bertungkus lumus daripada sekarang. Kejar betul-betul peluang yang ada selain bekerja keras idem masa depan keluarga seterusnya dapat memberikan manfaat buat orang lain untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.
Dari situ dapat lihat produk kita mampu menjadi sumber rezeki buat mereka yang ingin mengubah nasib diri serta keluarga menjadi kepada lebih baik,” akhiri graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur dari Universiti Malaya ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!