MashaAllah, sejuk mata memandang anak perempuan Dato’ Sri Eizlan Yusof! Mewarisi gen cantik ibunya iaitu Vie Shantie Khan, gadis bernama Vie Zaara Khan ini genap mencecah usia 15 tahun pada 3 Mei. Makin menginjak usia, makin terserlah pesona Zaara.
Meskipun Dato’ Sri Eizlan dan bekas isteri Vie Shantie sudah berpisah kira-kira lapan tahun lalu namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik demi anak-anak.
Bahkan bersempena Syawal baru-baru ini, Dato’ Sri Eizlan dan isteri, Datin Sri Sasha turut diundang Vie ke kediamannya untuk menyambut Aidilfitri bersama anak-anak. Memang kagum dengan keakraban mereka.
Cukup profesional dan menghormati di antara satu sama lain!
Bersyukur dengan kurniaan amanah terindah atas kelahiran Vie Zaara 15 tahun lalu, Dato’ Sri Eizlan menerusi Instagram miliknya memuat naik video khas didedikasikan untuk anakanda tersayang sempena ulang tahun kelahiran.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata followers mengatakan wajah Zaara mirip rupa paras selebriti jelita Datin Lisa Surihani.
Ads
“Happy 15th birthday Kakak Lala, Vie Zaara Khan. Semoga Allah SWT akan sentiasa melindungi dan merahmati Kakak dunia akhirat. Aamiinn.”
Raut wajah lembut dan cantik Zaara nyata sering menarik perhatian peminat ibu dan bapanya. Tidak hanya dikurniakan rupa paras menawan, Zaara juga cemerlang dalam akademik dan fasih berbahasa Arab.
Dalam temu bual Nona bersama Dato’ Sri Eizlan di Nona On Air tidak lama dulu, usahawan ini mendedahkan dia gembira kerana impiannya untuk melihat anak-anak menguasai bahasa Arab akhirnya dimakbulkan.
“Dengan bekas isteri, saya pernah sampaikan hasrat nak semua anak-anak pandai cakap Arab. Alhamdulillah semua ok. Tak ada isu berat dengan bekas isteri. Isu antara kami tak melibatkan anak-anak. Hubungan kami baik sebagai kawan.”
Selain Vie Zaara, perkahwinan terdahulu Dato’ Sri Eizlan dan Vie Shantie Khan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Hasil perkahwinan dengan Datin Natasha Rosa pula, Dato’ Sri Eizlan dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Zaelynn Rosa.
Begitu juga Vie Shantie yang mempunyai seorang lagi anak perempuan diberi nama Vie Raissa hasil perkongsian hidup dengan seorang ahli politik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali pelakon berbakat besar, Fasha Sandha bukan? Yang pasti setiap kali raya Fasha tidak pernah tak tampil anggun bergaya menyambut Aidilfitri. Raya tahun ini juga tidak terkecuali di mana sejak taya pertama lagi, Fasha dah berkongsi gambar dirinya dan keluarga meraikan hari raya dengan persalinan yang cukup indah sekali.
Menurut sumber Utusan, Fasha sudah mempunyai 30 persalinan daripada pelbagai rekaan untuk digayakan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu juga mendedahkan tidak membelanjakan wang sebaliknya kesemua busana tersebut ditaja oleh sebuah jenama tekstil sempena pelantikannya sebagai duta baru-baru ini.
“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.
“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” kata pelakon berusia 39 tahun itu yang juga merupakan isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.
Fasha tuurt memaklumkan bahawa banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum bersetuju menjadi duta kepada mana-mana produk. Fasha turut memaklumkan dia hanya akan menerima tawaran sebagai duta sekiranya keberkesanan terhadap produk berkenaan diyakini.
Ini kerana pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu bukan hanya memikirkan bayaran tetapi mengambil kira kesan yang akan dialami oleh setiap pengguna. “Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.
“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” ulasnya lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai tugasan rasminya di Malaysia sebagai juri tetap Gegarvaganza, Hetty Koes Endang kembali ke pangkuan keluarga tercinta di Indonesia. Seronok melihat nenek kepada Arlo Astrodistira Arsanda ini melepas rindu pada cucu kesayangan. Namun lebih mengujakan pabila melihat wajah Bunda yang awet muda, bayangkan pada usia lebih separuh abad, beliau kekal cantik dan energetik!
Ketika bertemu Bunda di Telaga Bunga Spa, Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, banyak amalan kecantikan beliau yang dikongsikan kepada pengikut Majalah Nona. Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki kulit gebu dan mulus menjadi dambaan ramai wanita. Ada yang dikurniakan kulit cantik tanpa masalah sejak meniti usia remaja dan ada juga yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan bagi memelihara kesihatan kulit mereka. Apa yang pasti, jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan kulit yang cantik tanpa masalah pun boleh terdedah kepada pembentukan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi permasalahan kulit.
Ekstrak bahan semula jadi yang terkandung dalam sesuatu tumbuhan dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit. Pokok lidah buaya misalnya sudah begitu sinonim digunakan untuk kecantikan kulit. Selain mengamalkan petua lidah buaya, ramuan buah limau nipis juga penuh dengan manfaat untuk kesihatan kulit wajah.
1. CEGAH JERAWAT DENGAN PETUA LIMAU NIPIS
Ambil limau nipis dan perah airnya. Cukupkan sehingga sesudu teh.
Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian, bilas dengan air dingin.
2. MENGECILKAN LIANG PORI & KURANGKAN MINYAK
Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
Lalu gosokkan pada wajah perlahan-lahan, terutama pada bahagian hidung dan pipi yang mempunyai liang pori lebih besar.
Biarkan selama 15 minit.
Kemudian, bilas dengan air dingin.
3. CEGAH KEDUT
Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
Tambahkan 1 sudu makan, minyak kayu putih.
Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
Adun hingga rata.
Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam.
Cuci dengan air bersih
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai sebuah negara Islam dengan anggaran populasi sekitar 3 juta orang, Nona tertarik melihat keanggunan 'First Lady of Qatar' iaitu Sheikha Jawaher Al Thani. Berusia 38 tahun, gaya elegan dan kecantikan semula jadi Baginda Permaisuri mencuit perhatian, ditambah lagi sifat cintakan ilmu yang menebal dalam jiwa isteri Emir Qatar tersebut.