Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan saja dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari Adira juga gemar memuat naik momen bersama anak-anak tersayang.
Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial peserta program Famili Duo ini!
Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!
Lapan tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata comel.
Ads
Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka dan 10 Mac lalu genap enam tahun usia puteri sulung Adira ini.
Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.
Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”
Ads
Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.
Manakala anak ketiga pula dinamakan Anggun. Begitu juga anak bongsu yang lahir pada September tahun lalu yang diberi nama Ayub. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.
Walau sudah mempunyai empat anak namun penyanyi berusia 32 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes.
Tengok Sheera Iskandar terus ingat Gerak Khas. Memang namanya sudah cukup sinonim dengan drama kepolisan berkenaan. Malah, takdir Allah juga telah mempertemukan Sheera dengan seorang anggota polis sebagai suaminya. Kuat betul penangan Gerak Khas dalam diri pelakon cantik ini sampai bertemu jodoh pun dengan anggota badan beruniform tersebut!
Semakin diulit bahagia sejak bergelar isteri pada tanggal 3 Mei 2021, Sheera bukan hanya aktres yang dikurniakan raut wajah cantik malah dia juga memiliki keperibadian yang menyenangkan. Melihat wajah jelitanya pasti mengingatkan peminat kepada pelakon veteran yang juga ibu Sheera, Aznah Hamid.
Di samping sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan, Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar pada Disember lalu dilihat sanggup turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.
Ini selepas dia menerima pelbagai DM (direct message) daripada followers di media sosial yang meminta bantuan ketika insiden tersebut melanda beberapa daerah di Lembah Klang. Alhamdulillah, moga usaha murni Sheera jadi ikutan ramai.
Masih aktif mewarnai dunia seni biarpun selepas mendirikan rumah tangga, Sheera turut memanfaatkan masa dengan berniaga. Dedahnya, dia ligat berniaga secara online ketika PKP lalu memandangkan tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.
“Sepanjang lockdown memang tak dapat keluar bekerja. Ikutkan lepas kahwin kena mula shooting tapi tergendala sebab PKP. Walau macam mana pun alhamdulillah saya ada produk dan bisnes online Tomasoap yang boleh diusahakan.”
Ditanya bagaimana terdetik untuk berniaga, isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani ini berkata semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila dia meminta pihak kilang mengeluarkan sabun pencuci muka untuk kegunaannya sendiri.
“Sebelum ini memang saya cari produk untuk rawat kulit muka. Tambah-tambah bila pakai tudung, area dagu dan dahi akan mudah naik jerawat. Disebabkan susah nak cari produk yang sesuai, saya minta kilang hasilkan satu produk yang tidak mengandungi chemical dan boleh pakai tiap hari. Setelah buat beberapa kali kajian, akhirnya ada penyelesaian untuk masalah kulit muka saya.
Mula-mula Tomasoap ada sabun je dan saya test dekat diri dulu. Saya tak nak jual sebab risau kesannya mungkin tak sama bagi sesetengah orang. Lepas percaya dengan keberkesanan Tomasoap, baru saya berani jual pada tahun 2018. Dari sabun, kami keluarkan krim muka dan kemudian serum. Alhamdulillah sejak tahun 2018 sampai sekarang kami dah ada regular customer.”
Ujar Sheera lagi, “Bahan utama Tomasoap ialah tomato dan hanya menggunakan ramuan semula jadi. Sepanjang guna Tomasoap, perubahan kulit saya makin cantik dan ia juga sesuai untuk remaja. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Sebab yakin dengan Tomasoap, saya selesa turun padang dan jual sendiri produk ini di booth bagi pelanggan tengok sendiri kesannya di kulit saya.
Soal packaging, saya serahkan kepada keluarga dan adik-beradik sebab kami usahakan bisnes ini secara kecil-kecilan. Tambahan pula, saya masih perlu belajar selok-belok dunia bisnes. Sehingga ke hari ini, kami sudah mempunyai agen di Singapura dan Brunei.
Beberapa bulan ‘terkurung’ di rumah kerana PKP, Sheera sambil berseloroh berkata dia kini makin pandai memasak. Memandangkan peningkatan usia, pelakon yang pernah popular menerusi drama Halimah Jongang kini mengakui lebih prihatin menjaga pemakanan.
“Bila umur makin meningkat, saya amalkan penjagaan kulit wajah dengan penggunaan pelembap dan dalam masa sama menjaga kesihatan dalaman. Saya pun baru je nak jaga makan sekarang. Fast food dan makanan berminyak dah kurang ambil. Selain itu, saya amalkan pengambilan supplement seperti fish oil dan folic asid.
Sebelum ini saya pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu juga doktor dapati saya turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS. Alhamdulillah sekarang dah ok cuma kena jaga makan. Kalau makan nasi sedikit pun, saya mudah naik berat badan.
Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Dari situlah doktor perasan ada ketulan di ovari dan boleh besar lagi kalau tak dibuang. Remaja pun terdedah dengan cyst ni. Memang tak ada sebarang rasa sakit sebelum doktor sahkan saya ada cyst tapi itulah pentingnya kita buat check up.”
Sementara itu bercerita tentang perkenalan dengan suami pula Sheera berkata dari mula berkenalan dengan jejaka tersebut dia mula rasa keserasian di antara mereka. “Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.
Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon.. jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon. Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap,” jelas Sheera sambil ketawa.
“Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin. Malah, layanan ayah mertua terhadap isterinya yang berkerusi roda juga buat saya percaya mereka adalah dari keluarga yang baik-baik.”
Moga rumah tangga yang dibina terus bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
Kredit foto: Instagram Sheera Iskandar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita amat mementingkan kesempurnaan wajah. Kalau boleh, mahu saja kulit yang halus, bersih dan putih tanpa perlu memikirkan soal jerawat, kulit berminyak dan juga bintik hitam di muka. Siapa la yang tak rimas dengan lambakan whitehead dan blackhead di muka kan? Lagi-lagi yang di sekeliling hidung tu. Kalau tengok cermin rasa macam nak picit-picit je keluarkan sehingga puas.
Tidak kira berapa umur anda, lelaki atau perempuan, semua orang pasti mengalami masalah bintik hitam ini yang paling kerap belaku bila masuk awal remaja dan dewasa. Masalah ini terjadi akibat dari persekitaran, makanan. pertukaran hormon dan juga penggunaan produk kosmestik yang berlebihan.
Ini ada cara untuk hilangkan bintik hitam dan bintik putih menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan ada di rumah.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Lakukan 3-4 kali seminggu secara konsisten.
Sumber: Facebook Zana Mokhtar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?
Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.
SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.
KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.
YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.
BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!