
Dalam minggu ini, isu tiada air dan anak mula bersekolah menjadi topik utama. Kalau dilihat dari sudut positif, gangguan air yang berlaku di Selangor ini menjadi asbab untuk mulakan satu rutin baharu bersama keluarga. Melalui perkongsian Ustaz Ebit Liew, makan secara berjemaah banyak keindahannya.
https://www.instagram.com/p/B6VgSxRFkSu/?igshid=1dm1kjz4ndcln
Sejak berusia 12 tahun, ustaz diajar makan bersama dalam talam. Amalan itu jugalah yang dilakukan bersama anak-anak dan isterinya.
“Meh bidadari dan anak tercinta makan cepat. Ayah dah lapar makan nasi arab. Bestnya rasa. Terutama bila bidadari masak. Dapat suap bidadari best rasa. Kena gigit jari lak. Rindu agaknya. Meh anak ayah. Ayah suap semua kali. Berenam kami makan. Semua dah makan makanan sama. Bestnya Ya Allah. Terasa semuanya dekat dan rapat. “
Dalam perkongsian lain, sambutan hari lahir Ustaz Ebit disambut dengan makan berjemaah bersama isteri dan anak-anak sekembalinya beliau dari kerja luar kawasan.
“Syukur Allah beri saya capai umur 35 tahun. Dah menua saya. Terima kasih Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat sejadah tepi al-Quran. Ingat tak ada orang wish. Rindu mak. Dari dulu cuma mak je wish selamat hari lahir.
Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit. Berkasih sayang kerana Allah.”
Bagi seorang ibu, Jaja Ismail, nikmat makan berjemaah ini menjadi lebih indah apabila anak-anaknya memupuk rasa sayang, bertanggungjawab dan lebih rapat saat mulai diajar makan dalam talam.
“Isu gangguan air ini sebenarnya menjadi asbab sahaja. Di samping boleh mengurangkan penggunaan pinggan, dapat juga menyuntik sifat positif pada anak-anak. sejak kindergarten lagi anak-anak makan berjemaah. They love it and I can see that they became closer. Makan macam ni mengajar anak untuk tidak selfish.” Kata ibu kepada empat orang cahaya mata.
Kelebihan makan berjemaah:
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan
- Menyemai rasa kasih dan sayang
- Mengajar sifat tanggungjawab
- Boleh bertoleransi
- Belajar untuk tidak berebut dan mementingkan diri sendiri
- Belajar mendisplinkan diri
- Dapat memberi perhatian hanya pada makanan dan berbual sesama keluarga
Kredit foto dan video: Instagram Ustaz Ebit Liew dan Jaja Ismail
Ingin Cuba Berniaga & Berdikari, SERINA REDZUAWAN Pernah Bekerja Di Pasar Borong!

Siapa yang tidak kenal dengan puteri kesayangan Datuk Redzuawan atau Chef Wan ini. Serina Redzuawan sememangnya seorang wanita cekal, berani dan serba boleh. Statusnya sebagai ibu tunggal sedikit pun tak menjadi halangan untuk dia terus melangkah ke hadapan demi kelangsungan hidup bersama anak-anaknya iaitu Tristan Tareef ,6 dan Isabella Saffiya, 5 yang kini sedang membesar.
Selain bergelar penerbit, pelakon dan pengacara televisyen, Serina juga kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di syarikat miliknya iaitu Serina Food Empire (M) Sdn Bhd. Terbukti, Serina memiliki kesungguhan serta matlamat dalam kehidupan sebagai wanita sukses walaupun tanpa bantuan suami. Cukuplah bapa dan anak-anaknya menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan buat Serina untuk terus berdiri.
BERDIKARI
“Saya dah lali dengan detik susah senang sejak kecil. Papa banyak mengajar saya erti berdikari. Tiada benda senang di dunia ini. Ketika usia 17 tahun saya pernah bekerja di pasar borong di Selayang. Saya suka tengok orang berniaga dan mahu mencubanya.
Setiap hari pukul 3 pagi saya sudah ke pasar borong untuk menyiapkan barang jualan seperti kelapa dan keledek. Saya pernah menghantar keledek sebanyak 30 kg sampai badan pun sakit-sakit.
Pernah juga masuk hospital kerana kerja terlalu kuat. Saya bertahan selama empat bulan dan dibayar gaji harian. Selain itu, saya juga pernah bekerja di hotel sebagai operator,” kongsi Serina.
LIGAT USAHAKAN BISNES MAKANAN
“Fokus utama saya sekarang ialah perniagaan berasaskan makanan seperti homemade food yang saya masak sendiri di rumah dan hantar terus kepada pelanggan.
Antara menu yang saya sediakan ialah Asam Pedas Ikan Pari, Lemak Cili Padi Ketam, Sup Tulang dan Dendeng Berlado.
Saya turut mengusahakan Char Kuew Teow Basah di kiosk USJ Subang Jaya yang dilakukan sepanjang masa.
Para pelanggan juga boleh membuat tempahan menu untuk katering, majlis harijadi, hari raya dan sebagainya. Saya turut mengusahakan perniagaan makanan berasaskan durian.
Salah satunya aiskrim gelato diperbuat daripada isi durian D34. Saya mempunyai team terdiri daripada chef berpengalaman yang sama-sama melakukan R&D. Alhamdulillah sambutannya sangat luar biasa,” kongsi Serina.
SOKONGAN PADU DARIPADA BAPA
“Papa menyokong apa saja produk yang saya keluarkan. Papa lah orang pertama yang akan beli. Nasihat Papa, kalau nak buat biar sampai berjaya. Jangan mudah putus asa, usah berhenti dalam mencari rezeki.
Keluar dari zon selesa dan belajar untuk bangkit daripada kesilapan. Itulah kata-kata hikmah daripada Papa yang saya semat sebagai jati diri. Tujuan utama saya mengusahakan perniagaan makanan bagi membantu golongan ibu tunggal dan tidak berkemampuan.
Saya amat memahami perasaan para ibu tunggal di luar sana yang bertungkus lumus mencari duit. Apa yang saya lakukan ialah membantu memasarkan produk-produk mereka menggunakan jenama Selina Simply Delicious,” kongsinya bersemangat.
Serina pernah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai jurucakap bagi menginspirasi kaum wanita untuk sukses. Serina berharap agar empayar perniagaannya itu semakin berkembang ke tahap yang lebih tinggi di samping terus dapat membantu dan berkongsi rezeki bersama golongan ibu tunggal.
Kredit foto: @serinaredzuawan
Isteri Diduga Pendarahan Ketika Hamil, Dr Say Nasihat Jangan Ambil Mudah

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hidup. Apatah lagi apabila mendapat khabar gembira itu setelah beberapa lama melafazkan akad dan nikah.
Pasangan doktor sama cantik dan sama padan ini, Dr Say dan Dr Azura begitu gembira dan berkongsi dengan seluruh pengikutnya di laman Instagram saat disahkan hamil beberapa bulan lalu.
Namun, sebagai manusia biasa, pasangan doktor ini juga tidak terlepas dengan ujian. Dr Say atau nama sebenarnya Dr Shazril Shaharuddin telah berkongsi di laman Instagramnya apabila isteri tercinta mengalami pendarahan ketika mengandung.
Kongsi Dr Say, “Bini kena tahan ward 3 hari. Pakar cakap kemungkinan uri lekang sikit (mild abruptio placentae) tapi mereka yakinkan yang its nothing serious sebab tumbesaran baby tak terganggu dan bila scan tiada darah beku di belakang uri (no retroplacental clot).
Bini dibenarkan pulang masih dengan final diagnosis of indeterminate APH. Pakar menasihati supaya banyakkan bed rest dan sekiranya masih ada sikit-sikit pendarahan its normal. Hati kami sedikit tenang memikirkan yang its nothing too serious,” kongsinya.
Pasangan ini mendapatkan pendapat kedua pula, “Tiba masa untuk our regular ANC dengan our regular Pakar Sakit Puan. Kami cerita balik episod pendarahan bini dan terus dia bising awat tak inform dia. Lepas kena schooling by dia, first thing yang dibuat was scan dari bawah (transvaginal ultrasound) and incidentally dia found out yang pangkal rahim bini sedikit pendek yakni 3cm (normal 4 – 5cm).
Dia tambah lagi, kalau pangkal rahim memendek bawah 2.5cm ada 20% kemungkinan kelahiran pra matang akan berlaku. Bini baru 28 minggu pregnant dan pangkal rahim tinggai 0.5cm ja sebelum 20% kemungkinan kelahiran pra matang berlaku. Terduduk kami dibuatnya. Kami bagai jatuh ditimpa tangga.
Maka pangkal rahim nak kena ikat (cervical cerclage) ka? Jawabnya tak, hanya perlu masukkan ubat hormon dari bawah (transvaginally) sehingga 36 minggu untuk mengelakkan pangkal rahim daripada terus memendek. Untuk tahu sama ada pangkal rahim bini saya memendek atau tak is next appointment on 9 March.
Sekarang baru kami tau kenapa keguguran semasa second trimester atau kelahiran pra matang berlaku. One of it is how competent your pangkal rahim is. Tansvaginal ultrasound is not routinely done maka mungkin terlepas ukuran pangkal rahim ni.
Kami akur yang segala kejadian ada hikmahnya. Sekiranya bini tiada pendarahan kemungkinan kami takkan tahu pasal status pangkal rahimnya. Alhamdulillah kami managed to catch it before things got even worse. Kejadian ni juga menjadikan bini lebih berwaspada yang mana dia tidak lagi buat kerja berat dan tidak lagi jalan laju,” ujarnya.
Nasihat Dr Say, “Do take bleeding in pregnancy seriously. Jangan anggap pendarahan sikit-sikit tu normal until unless your doctor says so. Doakan yang baik-baik untuk Say Jr saya,” katanya.
Ustaz Ebit BELANJA McDonalds dan KFC Pada PARA FRONTLINERS Covid-19

7 hari dalam tempoh kuarantin ini banyak perkara yang membuka mata kita. Ramai syarikat tampil menghulur bantuan kepada frontliners yang bertungkus-lumus bekerja sinag dan malam untuk memastikan musuh utama kita tika ini, Covid-19 tidak terus mencari ‘perumah’ baharu.
Dalam perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew di akaun Instagramnya, beliau turut terkesan dengan segala jasa frontliners yang bersekang mata bekerja dan terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tanggungjawab kerjaya.
“Terasa kasihan bila tengok polis tentera yang saat ini bergabung bersama menjaga negara. Seharian tadi saya beli McDonald bawakan untuk mereka. Syukur pada Allah. Sungguh-sungguh mereka jaga semua jalan seluruh kl dan Malaysia. Ada yang penat letih,” tulisnya di akaun Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Ustaz Ebit adalah di antara penceramah bebas yang sering mengadakan oertemuan bersama insan-insan gelandangan, sering menyampaikan ceramah secara terbuka di tempat-tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja malah beliau juga sering berceramah di kelab-kelab malam dengan niat untuk memberikan nasihat agama kepada mereka.
Di kala ini, Ustaz Ebit mengambil inisiatif untuk turut sama membantu frontliners biarpun di mana sahaja mereka berada. Kata beliau lagi, kegembiraannya lebih berganda apabila mendapat pertolongan daripada kakitangan restoran segera itu.
“Ya Allah happy rasa dapat memberi sedikit kata semangat dan tumpang pahala dan kebaikan mereka. Adik McD tadi memang baik sangat. Terima kasih adik McD Gombak. Semua membantu tolong saya masukkan dalam kereta dan saya hadiahkan mereka buku doa.
Saudaraku duduklah dirumah. Jangan susahkan tugas mereka. Penat ada yang melawan kadang kesana sini. Panjang jalan jem. Mudahkanlah abang polis dan tentera kita ini. Yang keluar jangan bawa laju-laju. Bahaya untuk mereka. Terimalah ya Allah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah.”
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Apabila membaca caption yang ditulis Ustaz Ebit sendiri, kita sendiri juga berasa sedih dan sayu melihat pengorbanan frontliners yang berada di hospital. Ketika beliau singgah sebentar bagi penyampaikan KFC untuk kakitangan di sana, doa yang dititip cukup ‘membelah jiwa’.
“Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah.”
Selain sumbangan berupa makanan, baru semalam Ustaz Ebit dan pasukannya berusaha mencari portable shower yang disewa khusus buat petugas Hospital Putrajaya. Kemudahan ini pastinya akan digunakan oleh mereka yang ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah usai tugasan di hospital.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Meremang juga apabila memikirkan sejauh mana Covid-19 akan terus mengganas. Kata Ustaz Ebit, selagi kita mempunyai kudrat dan kewangan, mungkin boleh digunakan sebaiknya untuk saham akhirat. Ustaz Ebit juga tidak lupa untuk mendapatkan stok topeng muka kerana di mana-mana pun ia menjadi cukup terhad penggunaannya.
Memilih untuk membeli topeng muka dan disampaikan kepada yang memerlukan. 10,000 topeng muka itu akhirnya dapat dibeli dari pelbagai sumber walaupun dengan harga yang sangat mahal.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
“Akhirnya saya dapat beli 10 ribu mask dari beberapa orang yang menjualnya. Walau mahal dari biasa. Takperlah. Syukur saya dah hadiahkan pada yang minta pada saya sebelum ini. Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah.”
Kredit video: Instagram Ustaz Ebit Lew