MashaAllah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa kini bergelar nenek. Selamat menimang cucu sulung, Ustazah Norhafizah dan suaminya iaitu Ustaz Dr Azahar Yaakub menerima kehadiran bayi comel itu selepas menantu, Aisyah Zafirah melahirkan anak sulung baru-baru ini.
IKLAN
Berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial selepas cucu tersayang genap berusia tujuh hari, Ustazah Norhafizah memanjatkan kesyukuran atas kelahiran si kecil berkenaan.
“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah SAW. Alhamdulillah dapat kami sempurnakan akikahnya, tahniknya dan memberi nama kepada bayi solehah ini pada hari yang ketujuh.
Kami namakan si comel ini dengan nama SARA EL LATHEEFA. Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti dan dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia.”
Ujar nenek berusia 47 tahun yang juga graduan ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam itu, “Kata Tokwannya iaitu Ustaz Dr Azahar makna El-Latheefa itu ialah kelembutan yang memberi impak positif yang besar. Aamiin.
Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Kami mendoakan agar Asyraf Murtadha dan Aisyah Zafirah dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.
Semoga sahabat2 semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan.”
IKLAN
Asyraf yang juga anak kedua kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah dan Ustaz Dr Azahar sah bergelar suami Aisyah Zafirah pada tanggal 2 Februari tahun lalu.
Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 21 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga terpilih sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Kongsikan perkembangan terkini Alya
Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah turunkan, Alya kini sibuk dengan penggambaran drama dan bidang peragaan. Drama terbaharu Alya ialah Ku Punya Hati arahan Azmi Hatta. Selain itu, Alya juga sedang menjalani penggambaran untuk drama Dia Pria Terhebat arahan Pali Yahya.
Kredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimnKredit Instagram @alyimn
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar. Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja. Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum. Dia seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
Dalam usia 21 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang. Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan. Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Kagum dengan cara didikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap puteri-puterinya. Baginda bukan hanya seorang ibu yang pandai memasak bahkan turut mendidik anakanda tersayang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah mewarisi bakat memasak serta rajin ‘turun’ ke dapur.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sepanjang Ramadan ini, Tunku Azizah memanfaatkan masa yang ada dengan memasak pelbagai juadah kegemaran seisi keluarga. Setiap hari ada sahaja menu yang dikongsikan Raja Permaisuri Agong buat tatapan peminat setia baginda di laman media sosial. Malah ramai yang menanti-nantikan juadah dan hidangan air tangan Tunku Azizah.
Menjelang lebaran tidak lama lagi, baginda turut tidak ketinggalan menyediakan aneka biskut raya. Namun apa yang paling mencuri tumpuan ialah keberadaan dua puteri baginda iaitu Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan di dapur yang sama. Kedua-dua anakanda baginda dilihat tenang menghasilkan pelbagai biskut raya di samping Raja Permaisuri Agong.
Tunku Azizah dalam pada itu terpanggil untuk berkongsi pengalaman zaman kecilnya bersama peminat. Titah baginda di Instagram Air Tangan Tunku Azizah, “Kami adik-beradik memang dididik oleh Bonda lagi kecil, dibawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri. Tak pernah order.
Buat fruit cake, harissa dan siapkan dewan untuk hari berbuka. Dan saya teruskan tradisi itu apabila saya mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong. Setiap raya, saya buat sendiri semua dan sekarang saya sedang didik anak dara saya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula.”
Tersentuh mendengar pengakuan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana tidaknya, meskipun baginda mempunyai pembantu namun tetap mahu menyediakan air tangan sendiri buat keluarga. Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula walau berstatus puteri raja tetapi kedua-duanya kelihatan tidak kekok berada di dapur. Kagum dengan cara Tunku Azizah menanam minat memasak terhadap kedua-dua puteri baginda.
Difahamkan sehingga 19 Ramadan ini, aneka biskut raya telah berjaya dihasilkan Tunku Azizah dan puteri-puteri baginda. Antaranya seperti biskut cornflakes, chocolate crinkle, kacang, tart, milo, semperit, anzac, biskut manik, spumoni biscuit termasuk fruit cake air tangan Tunku Azizah sendiri. Tengok biskut raya Raja Permaisuri Agong kita ini memang terliur dibuatnya!
Ketika ulang tahun keputeraan puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan… Raja Permaisuri Agong turut tidak melepaskan peluang menyediakan sendiri kek anakanda tersayang. Besarnya kasih seorang ibu! Titah Tunku Azizah, “Masa saya kecil, bonda saya buat cake birthday sendiri untuk kami semua and I remember it with fond memoriea satu hari nanti bila Jihan ada anak sendiri, Jihan pun akan buat cake sendiri untuk anak-anak dia. Tradition must go on.”
Benarlah, kalau dah namanya jodoh takkan ke mana. Walau berlainan bangsa dan agama serta terpisah hampir dua tahun namun jodoh di antara Nur Hazirah Muhammad Zamzuri dan jejaka Ukraine, Bogdan Gladkyi tetap tersimpul kemas seperti yang tercatat di Luh Mahfuz.
Tidak pernah terlintas berkahwin dengan lelaki dari luar negara, wanita kelahiran Pulau Pinang ini menganggap ia takdir terindah buat dirinya dan ‘rezeki’ untuk lebih mendekatkan suami dengan Islam dan menghayati keindahan agama yang satu ini bersama-sama.
Masih dalam mood pengantin baru, Nur Hazirah yang mesra disapa Zira mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak bergelar isteri. Malah dia sendiri seakan tidak percaya jejaka tampan yang berjaya menambat hatinya pada pandangan pertama ketika berkunjung ke taman tema popular di Pulau Pinang kira-kira dua tahun lepas kini merupakan suaminya yang sah.
“22 Januari 2022, Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Allah bagi kesihatan yang baik untuk ayah, boleh jadi wali untuk anak ketiga dia. Dengan sekali lafaz, masuklah ke alam perkahwinan.”
Menceritakan kembali detik perkenalan, graduan farmasi ini mendedahkan pertemuan dengan suami bermula ketika dia bersama saudara perempuan pergi ke Escape Penang pada Disember 2019.
“Itu pertama kali saya pergi ke Escape Penang bersama beberapa orang saudara perempuan. Masa tu suami bekerja di sana sebagai high dive dan ada show yang dia kena lompat dari ketinggian 25 meter. Saya waktu tu tengah buat video dan perasan kelibat suami.
Kebetulan ada kawan yang kerja di sana dan saya mula bertanyakan tentang lelaki tadi. Memang saya ni jenis suka bergurau. Tak sangka, tiba-tiba kawan bawa jumpa dan kami pun bertukar-tukar nombor telefon. Dari situ kami mula saling mengenali dan lebih sebulan kenal, dia luah hasrat untuk ke fasa lebih serius sebab kami rasa serasi dan selesa.”
Mengulas keistimewaan suami, ini jawapan wanita berusia 28 tahun berkenaan. “Saya tertarik dengan sikap jujurnya. Boleh dikatakan semua yang dia buat, dia akan beritahu. Beberapa minggu kenal, dia mula kenalkan saya kepada ibu bapanya menerusi video call. Dia juga faham dengan budaya kita dan belajar mengenali Islam.
Sebelum kami kenal lagi suami dah mula belajar Islam. Bila kami dah ke arah untuk berkahwin, dia lagi berusaha untuk mendalaminya. Selama kami berkawan, mak ayah saya memang tahu. Tapi dia tak pernah jumpa mereka dan family saya.”
Dedah anak ketiga daripada empat beradik ini lagi, “Nak dijadikan cerita, pada 16 Mac 2020 dia kena balik Ukraine sebab tak boleh kerja kerana situasi Covid-19. Bila dia balik Ukraine, saya rasa macam hubungan kami takat itu saja. Tapi kami keep in touch sepanjang berjauhan dan merancang untuk buatkan hubungan kami berjaya.
Suami kerja ikut kontrak dan tak tentu tempat kerja. Kadang dia bertugas di China, Korea dan macam-macam lagi. Enam bulan duduk di Ukraine, dia kemudian dapat kontrak baru ke Korea. Dari situ dia dah ada plan untuk future kami.”
Puas mengharungi segala cabaran insan bercinta, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 22 Januari 2022. Dalam majlis akad nikah itu, Zira menerima mas kahwin RM5,000 dan wang hantaran RM25,000.
“Suami peluk Islam 10 Januari 2022 dan kami selamat bernikah 22 Januari di Pejabat Agama Balik Pulau. Seterusnya mengadakan majlis resepsi di Lexis Penang pada 30 Januari lepas. Alhamdulillah family terima baik pilihan saya dan semuanya berjalan lancar.”
Mengulas hikmah kahwin campur Zira berkata, “Memang banyak dan besar cabaran bila kahwin campur. Kami juga tak terlepas buat salah. Tak dinafikan ada bergaduh sebab tak sefahaman dari sudut agama dan budaya. Cara kami dibesarkan berbeza tapi kami berusaha adapt perbezaan ini.
Lagipun kami dalam proses baru berkahwin dan masih cari keserasian hidup sebagai suami isteri. Paling penting, kena saling memahami dan belajar.”
Moga rumah tangga yang dibina Zira dan Bogdan terus diberkati, berkekalan hingga ke jannah serta menjadikan mereka insan yang lebih baik.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...