Tak kisah lah apa jua tohmahan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, keluarga mahupun suaminya sendiri, Datin Seri Nur Shahida dilihat begitu tenang menerima semuanya dengan hati positif hanya kerana mahu yang terbaik untuk orang tersayang.
“Jadi perempuan ni kena ‘high class‘ sabarnya. Kena kuat hadapai apa jua yang mendatang”, jelas Datin Seri Shahida di laman instagram miliknya.
Menurut beliau juga, ia normal untuk seorang wanita mengharapkan sesuatu yang indah hadir dalam kehidupan walaupun realitinya tak seindah mimpi.
Ads
“Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak. Pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu”, jelas isteri kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri.
Ads
“Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Kalau boleh semua yang dilakukannya adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling. Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat semua orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi kehidupan. Kesedihan baginya ialah apbila orang yang dia sayang menangis, down, stres atau sakit”, tambahnya lagi.
Ads
Setuju sangat dengan pendapat daripada Datin Seri Shahida ni. Jadi perempuan kena ‘mahal’ dan pandai menjaga harga diri. Lagipun, menjadi tugas seorang wanita untuk menjadi isteri dan ibu terbaik untuk keluarga. Untung Dato’ Seri Aliff Syukri dapat isteri yang bukan sahaja cantik dan baik budi pekerti, bahkan mempunyai kesabaran tinggi sehingga sanggup melayan apa jua kerenahnya asalkan bahagia.
sumber gambar: Instagram @shahidadherbs
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, genap 25 tahun usia perkahwinan Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had dan suami, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Setiap tahun, 23 Julai adalah tarikh paling istimewa bagi pasangan bahagia ini. Detik mereka disatukan sebagai suami isteri.
Tiga cahayamata menjadi pelengkap kebahagiaan DS Norazlina dan suami.
Menjengah di Instagram peribadinya, DS Norazlina memuat naik koleksi gambar nikahnya. Berseri-seri DS Norazlina yang menyarungkan kebaya moden rona krim lengkap dengan selendang.
Tulisnya di ruangan kapsyen: –
“Well, we had our share too you know. 25 years ago or else simply say quarter of a century ago! (Baru rasa betul-betul “vintage”)
“I was soooo young. He was of course younger too! So this is us back then. We decided to tie the knot so fast only after a year kita orang dating. Hahahaha.. macam mana tu? Itulah jodoh namanya.”
Menurut DS Norazlina, selama 25 tahun ini bermacam cabaran serta susah senang diharungi bersama suami.
“Alhamdulillah for the 25 years of marriage and all the ups and downs that happen in between.”
DS Norazlina yang kini berusia 48 tahun ini turut berseloroh, hanya setelah 25 tahun beliau dapat berkongsi gambar-gambar nikahnya itu yang dianggap legend.
“This is definitely a blast from the past! Been waiting to get to the silver jubilee baru share gambar-gambar nikah legend ni. Hahhaha.. Time surely flies!”
Semoga DS Noralina dan DS Abdul Rahman Dahlan kekal bahagia bersama anak-anak tersayang.
Rata-rata para pengikut di Instagram menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Malah, ramai juga yang memuji kecantikan DS Norazlina yang dikatakan persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Perkongsian DS Norazlina itu turut mendapat perhatian bekas penyampai berita terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim.
Untuk info, DS Norazlina merupakan pengasas Lawabana Sdn Bhd yang menguruskan perniagaan Roomaku dan The Tepen Cafe.
Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur manakala keluarganya berasal dari Kedah dan Pulau Pinang.
Beliau menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk Diploma Reka Bentuk Grafik.
DS Norazlina kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Auckland University of Technology di New Zealand jurusan Reka Bentuk Grafik.
Sebelum terlibat dalam dunia penyiaran, Datin Seri Norazlina memulakan kariernya sebagai pereka grafik bebas dan pengarah seni di pelbagai agensi reka bentuk serta pengiklanan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila tengok penampilan Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan ini terus terbayangkan pesona Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mana tidaknya, kedua-dua wanita hebat ini berkongsi penampilan yang hampir sama dan disenangi ramai. Apatah lagi Tunku Azizah dan Emine Erdogan dipertemukan sekitar hujung tahun lalu selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 pada 18 Disember tahun lepas.
Lahir pada 16 Februari 1955 di Istanbul, isteri Recep Tayyip Erdogan bukan hanya dikagumi rakyatnya kerana sifat ramah dan penyayang bahkan Emine juga aktif menceburi bidang sosial, kebajikan dan politik. Penglibatan wanita berusia 64 tahun ini dalam dunia kebajikan sudah mula berputik sebelum beliau menyandang jawatan Wanita Pertama Turki lagi. Namun, kegiatan Emine dalam bidang berkenaan semakin rancak selepas berkahwin dengan Presiden Turki berkenaan pada 4 Julai 1978.
Hasil perkahwinan selama 41 tahun tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Anak sulung mereka Ahmet Burak Erdogan berusia 40 tahun, diikuti Necmettin Bilal Erdogan, 38 tahun, Esra Erdogan, 36 tahun dan anak bongsu perempuan yang pernah berkhidmat sebagai ketua penasihat presiden yang juga bapanya pada tahun 2013 iaitu Sumeyye Erdogan berumur 34 tahun.
Meskipun kerap bertemu pemimpin-pemimpin dunia dan menjalani kehidupan mewah namun Emine tetap mempamerkan sisi seorang muslimah yang hebat. Memiliki darah keturunan Arab, Emine Erdogan sentiasa membuka mata masyarakat khususnya dalam kalangan isteri pemimpin dunia dengan penampilannya yang sopan dan menutup aurat. Malah, beliau dilihat gemar mengenakan persalinan labuh, longgar serta bertudung litup. Aura Emine mampu membuatkan kaum wanita menoleh ke arahnya beberapa kali.
Ketika kunjungan Emine dan suaminya ke Malaysia… beliau kelihatan selesa dan ramah bertemu Raja Permaisuri Agong, isteri Perdana Menteri, dan Timbalan Perdana Menteri. Pakaian yang digayakan juga sederhana dalam segala segi. Antara isteri pemimpin dunia yang pernah menerima kunjungan Emine ialah bekas isteri Barrack Obama iaitu Michelle Obama, isteri Donald Trump; Melania Trump, Ratu Jordan iaitu Ratu Rania dan isteri Perdana Menteri Jepun, Akie Abe.
Selain memperjuangkan nasib golongan kanak-kanak dan wanita di negaranya, Emine juga lantang menyuarakan pandangan beliau terhadap isu penindasan umat Islam di seluruh dunia. Salah satu daripada ribuan kempen kanak-kanak dan wanita yang diadakan Emine ialah ‘Mothers and Daughters at School’ yang membuka peluang kepada golongan ini mendalami bidang akademik dan menguasai kebolehan membaca serta menulis.
Enggan berpuas hati dengan kejayaan itu, beliau seterusnya menyertai persidangan antarabangsa ‘Women in Business Life’ sebagai tanda sokongan kepada penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan politik.
Paling menyentuh perasaan adalah ketegasan beliau membela nasib dan mengekang penindasan terhadap umat Islam seperti yang berlaku di Gaza, Myanmar dan Pakistan. Terpanggil untuk membantu saudara sesama Islam, Emine dan Recep Tayyip Erdogan telah pergi ke Myanmar pada tahun 2012 semata-mata untuk memberi bantuan kemanusiaan
kepada etnik minoriti Islam Rohingya biarpun berdepan ancaman keselamatan di sana. Semoga Emine dan Presiden Turki ini terus menjadi suara pembela umat Islam di seluruh dunia dan diharapkan agar usaha serta kebaikan yang ditonjolkan menjadi suntikan inspirasi kepada semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Such an inspiration! Contoh anak muda yang pandai berdikari serta wajar dijadikan sebagai inspirasi.
Penyanyi dan pelakon berbakat besar berusia 28 tahun, Daiyan Trisha baru-baru ini telah berkongsi detik paling bermakna apabila membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya, Mohd Nasaruddin dan Samsiah Mohd Nor.
Sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz menjadi ‘kejutan paling best’ sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang disambut pada November 2020.
Biarpun perancangan asalnya tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa berahsia selama beberapa bulan namun Daiyan tetap bersyukur kerana hajat untuk membuat kejutan itu akhirnya tercapai.
“Saya menempah kereta itu pada Disember 2020 dan alhamdulillah akhirnya saya dapat buat kejutan kepada kedua ibu bapa sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka. Rasa seronok sangat sebab dapat menggembirakan mereka,” kongsi Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin. Daiyan merupakan anak ke-2 daripada 5 adik beradik.
Selain di laman Instagram, Daiyan turut berkongsi momen menyentuh emosi itu di saluran Youtube miliknya. Turut dikongsi ialah rakaman video ketika dia dalam proses membeli kereta mewah tersebut bermula Disember 2020.
Tulisnya di ruangan kapsyen Instagram:-
“Tangkap gambar dengan kereta tapi bukan kereta saya hehehe.. Terima kasih atas doa anda semua. U all are so wonderful and kind. Salah satu matlamat Daiyan memang nak belikan kereta untuk parents at least dalam 2-3 tahun lagi.
Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Daiyan walau dalam keadaan pandemik COVID-19. Jadi Daiyan fikir, buat apa tangguh kalau untuk parents. Sekarang masa yang sesuai untuk menggembirakan mereka. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Alhamdulillah dah sampai kat tangan Papa dan Mummy.
Pesanan saya, peluklah dan tunjuk yang kita sayang mereka. Lakukan apa saja untuk membalas budi mereka. Memang takkan pernah cukup tapi sekurang-kurangnya kita cuba.”
Ternyata kejutan dilakukan Daiyan menjadi. Jelas kelihatan di riak wajah kedua ibu bapanya bahawa mereka sangat bahagia dikurniakan seorang anak yang bukan saja cantik malah baik budi pekertinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyuarakan rasa bangga dan terharu dengan sikap Daiyan yang sangat memuliakan ibu bapa. Mereka turut menjadikan Daiyan sebagai sumber inspirasi. Tak ketinggalan, beberapa rakan artis turut memberi kata-kata positif buat Daiyan agar terus menjadi contoh anak muda yang terbaik.
“This is what being an independent and hardworking woman/daughter is all about! Isn’t that feeling the best feeling in the world.” @julianaevans
“May Allah bless u n family. Keep on spreading positivity.” @cikmanggis
“Alhamdulillah congrats girl!” @yuna
Sebelum ini, pada Mac 2019 Daiyan pernah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya di mana dia berkongsi kegembiraan apabila berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 25 tahun. Hebatnya Daiyan Trisha!
Daiyan mula bergiar aktif dalam dunia hiburan ketika usianya 20 tahun dan mula mendapat perhatian menerusi telefilem berjudul Dee di Astro Ceria. Daiyan merupakan graduan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
Selain bergelar penyanyi dan pelakon, Daiyan juga seorang penulis. Kebanyakan karya lagu-lagunya ditulis sendiri. Bakat menulis itu diwarisi dari ibunya yang juga seorang penulis terkenal. Semoga Daiyan terus memberi inspirasi buat seluruh wanita khusunya generasi muda.
Kredit Foto: Instagram @daiyantrisha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.