Ads

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik!

Datuk Mastura Yazid Jaga Kesihatan Diri & Mental
Datuk Mastura Yazid Jaga Kesihatan Diri & Mental

Sesibuk mana pun Datuk Mastura Yazid dengan tugas harian, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini tetap mencari masa untuk ‘reward’ diri sendiri. Bagi pemimpin wanita ini, pendekatan seumpama itu penting bagi memastikan kesihatan diri terutama mental dan emosinya terjaga setelah penat bekerja. Tidak hairanlah pada usia 60an, beliau tampil bertenaga dan dikagumi kerana berfikiran optimis.  

Artikel https://www.nona.my/sambung-phd-usia-60an-kegigihan-datuk-mastura-yazid-kejar-ilmu-cetus-inspirasi/

Peribadi Datuk Mastura Yazid

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik! Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik!

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik!

Berkongsi perkembangan diri, Datuk Mastura memberitahu beliau sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan kepimpinan.  

Memandangkan keempat-empat anak lelaki kesayangan sudah pun mendirikan rumah tangga dan berkeluarga, mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini memanfaatkan masa terluang dengan rutin pembelajaran selain melakukan aktiviti kegemaran khususnya berkaitan seni dan muzik.  

Artikel https://www.nona.my/mira-filzah-akui-mentua-datuk-mastura-lebih-pandai-bergaya-ibu-lagi-fesyen-daripada-saya/

Ujar Datuk Mastura Yazid, “Saya pencinta muzik dan filem-filem yang saya suka ialah period film iaitu filem zaman dahulu especially European Film. Saya juga suka mengarang puisi, sajak dan penggemar fesyen.  

I love dancing. Kalau muzik pula, saya suka classical and R&B music. Selain itu, saya suka pergi shopping sendirian atau pergi kafe seorang diri, minum kopi dan membaca.” 

Ads

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik! Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik!

Tambahnya lagi, “I go for a long drive, put on music dan kalau saya rasa saya nak pergi Port Dickson, saya terus pergi dan just telefon kawan-kawan, kami gather, have coffee and all that.

Saya juga suka pergi ke konsert. Macam saya kata dekat anak-anak saya, saya nak tengok konsert Afghan di Jakarta atau kat Singapore. Saya suka tengok tarian-tarian seperti zapin dan movies.” 

Cara Datuk Mastura Hargai Diri & Waktu

Ruang waktu yang dimiliki ibu empat cahaya mata ini diisi dengan sebaik mungkin. Malah katanya, jika seseorang itu meminati sesuatu bidang ia perlu dilakukan dengan bersungguh sungguh kerana percaya tindakan tersebut akan membuahkan hasil.  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA (@majalahnona)

Ads

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik! Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik!

“I am very curious. Saya selalu nak tahu kenapa dan mengapa. Saya tak boleh menerima sesuatu tu secara total sebegitu saja. Buatlah sesuatu, apa saja walaupun gosok gigi kerana cinta kepadaNya.  

Kecintaan kepada apa saja is very important. You have to love what you do. Kalau tidak, tak guna melakukannya. Akhirnya kita akan tengok, kalau kita buat sesuatu kerana paksa dan the result sangat berbeza sekali.  

Apa saja yang berlaku kepada kita, apa saja yang akan berlaku kepada kita, sebab Allah Taala itu cukup sayang kepada kita. Kalau perkara itu perkara yang tak berapa baik, sebab ada perkara lebih baik akan berlaku kepada kita.

Ada halangan di depan supaya Allah Taala menjaga kita. Kita harus menjaga juga tubuh badan kita, ini adalah anugerah Allah SWT. So age it just a number.” 

Ads

Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik! Jaga Kesihatan Diri & Mental, Datuk Mastura Yazid Cari ‘Me Time’ Dengan Aktiviti Seni & Muzik!

Datuk Mastura Yazid merupakan isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar. Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar. 

Allahyarham suaminya iaituDatuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2016. 

Allahyarham ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak. 

Pada 31 Mei lalu, bapa tersayang Datuk Mastura iaitu Tan Sri Mohd Yazid Baba meninggal dunia. Bercerita mengenai sosok bapa kesayangan, kenangan bersama Allahyarham Tan Sri Mohd Yazid pasti meninggalkan momen indah kepada dirinya.

“Arwah seorang yang tegas dan bercakap tentang niat yang ikhlas dalam perjuangan. Kalau dia jumpa saya akan cakap pasal politik. Semenjak saya umur 8 tahun lagi saya memang diasuh menceburi politik tetapi ketika saya berkahwin dengan arwah Datuk Wan, my husband, saya tinggalkan semua tu sebab saya mementingkan keluarga dan juga untuk membesarkan anak.  

Masa arwah suami saya meninggal, seperti Allah Taala dah susun hidup saya bahawa saya macam ‘dilatih’ oleh arwah bapa saya dan my arwah husband lepas tu jadi seorang ahli politik. Saya tak kekok sebab saya dah diasuh daripada awal dan bapa saya dah pesan kepada saya, I want you to be the next Rafidah Aziz.

Saya bertanding di kawasan Rafidah Aziz pernah menjadi wakil rakyat. Keajaiban kuasa Allah dan susunanNya sangat cantik sekali,” jelasnya. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Shikin maembong Pakai Tudung

Shikin Maembong Pakai Tudung, Suami & Anak Non Stop Puji Cantik,...

Shikin Maembong pakai tudung dan mengakui keputusan itu lahir daripada gerakan hati. Suami, Cat Farish serta anak-anak tidak henti memuji penampilannya.