Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Ramai pemimpin dunia menghormati kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini.

IKLAN

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah

Sebagaimana yang diketahui, tahun ini usia suami kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ini memasuki 96 tahun. Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah

Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarah dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.

Beliau berjaya membuktikan bahawa usia hanyalah angka! Bapa Pemodenan ini kekal sihat dan mampu bergerak aktif di usianya sekarang. Bapa kepada Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar ini telah berkongsi rahsianya kekal sihat menerusi paparan video di laman sosial TikTok.

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah
Foto: Instagram @chedetofficial

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat itu, beliau berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukannya ialah berjalan kaki. “Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah
Foto: Instagram @chedetofficial

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah

IKLAN

Saya pun mengantuk juga nak tidur. Tapi saya tak mahu tidur. Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada exercise. Jadi lepas kita tidur, lama-lama sangat tidur, nak bangun pun tak larat, tak kuat,” kata beliau.

Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini turut menyentuh aspek berkaitan keupayaan otak apabila memasuki peringkat berusia. Tun Mahathir menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan otak. “Satu lagi perkara, pemikiran kita.

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah

IKLAN

Kalau kita tak fikir, otak kita itu kebolehannya berkurangan. Sebab itu walaupun kita sudah berumur, tetapi kita kena aktif. Aktif tubuh badan, aktif akal fikiran. Jadi kalau kita bercakap dengan orang, berbahas dengan orang, menulis, membaca, itu semua activate kita punya brain. Barulah otak mampu kekal aktif,” kata beliau.

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah
Foto: Instagram @chedetofficial

Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir Di Usia 96, Tidur Buat Badan Jadi Lemah

Tun Mahathir bersama Tun Hasmah sudah 65 tahun mendirikan rumahtangga. Ianya bukan suatu tempoh yang singkat apatah lagi menempuh kehidupan alam perkahwinan. Sememangnya pasangan ini wajar dijadikan contoh terutama pasangan muda yang baharu mendirikan rumahtangga.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI