Sudah tentu momen terindah ketika menyambut Syawal sangat dirindui. Ini kerana sudah dua tahun berturut-turut umat Islam menyambut lebaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tiada aktiviti kunjung-mengunjung sanak saudara dan rakan taulan apa tah lagi untuk mengadakan rumah terbuka.

IKLAN
Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina

Anak kesayangan Dato’ Sri Haji Mohd Sarit Haji Yusoh yang merupakan mantan Ahli Parlimen Temerloh ini juga menyimpan memori indah apabila berbicara tentang rumah terbuka. “Daripada saat saya lahir sampai umur saya mencecah 19 tahun, hari raya pastinya menjadi hari yang saya nanti-nantikan,” cerita Intan Amalina Dato’ Sri Mohd Sarit tentang pengalaman manis menyambut hari raya.

Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Majalah Nona

Tambahnya lagi, “Ini adalah kerana setiap kali tiba hari raya kedua, kami selalunya akan membuat rumah terbuka di kediaman kami di Temerloh, Pahang. Temerloh merupakan kawasan ayah saya, semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) dan Ahli Parlimen dahulu.

RUMAH TERBUKA

Setiap tahun kami akan menerima kunjungan lebih kurang 20,000 orang tetamu tak kira bangsa dan agama. Memang sangat meriah dan acara rumah terbuka ini sentiasa saya nantikan setiap tahun untuk beramah mesra dengan semua tetamu.

IKLAN
Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina
Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina

Paling mencuri perhatian apabila semua tetamu gembira menikmati juadah istimewa ayam goreng KFC. Setiap tahun semua tetamu dapat menikmati ayam goreng KFC kerana kebetulan masa itu ayah saya merupakan Pengerusi KFC Holdings Bhd,” cerita anak bongsu Pakar Motivasi, Datin Sri Dato’ Fadzilah Muhammad Ali ini.

Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Majalah Nona

JUADAH RAYA

IKLAN

Sambutan hari raya bagai tidak lengkap sekiranya tidak menyajikan juadah istimewa sempena hari kemenangan umat Islam itu. Wanita yang mesra disapa Intan ini juga mempunyai selera yang tersendiri ketika menikmati juadah hari raya. “Sudah semestinya juadah raya yang paling saya suka adalah masakan ibu.

Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina
Jamu 20 Ribu Tetamu Ayam Goreng KFC, Kenangan Terindah RUMAH TERBUKA Peguam CANTIK Ini
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina

Rendang campur memang juadah kegemaran saya yang dimakan bersama ketupat palas. Kadang-kadang jika bukan musim raya bila tiba-tiba rasa teringin, ibu saya akan menyediakan juadah istimewa ini,” terang Intan yang mengikut jejak ibunya minat menjahit, mengait dan melukis.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI