Setiap wanita pasti ingin pakaian yang diapakai nampak elok dan terletak di badan. Lagi-lagi baju yang ditempah khas untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Namun bukan semua baju yang ditempah kha situ menjanjikan hasil yang cantik dan sempurna. Sebab itulah anda perlu menitikberatkan beberapa aspek penting agar baju yang ditempah siap pada waktu yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang masalah. Jom lihat 7 tip penting ini!

IKLAN

1. KENALI BENTUK TUBUH ANDA

Tidak semua fesyen sesuai dengan semua bentuk tubuh. Begitu juga dengan corak pakaian yang adakalanya tidak sesuai dengan anda. Usah terikut-ikut fesyen terkini selagi anda belum benar-benar yakin fesyen itu menonjolkan diri anda, jangan jadi mangsa fesyen.

2. BAWA BAJU CONTOH

Kalau anda kurang yakin dengan cara tukang jahit ambil ukuran, boleh berikan baju contoh yang paling cantik dan kena dengan anda. Dengan cara ni, risiko untuk tersalah potong atau ukur rendah.

3. JANGAN TAHAN NAFAS DAN TONJET KAKI SEMASA SEDANG DIUKUR

Tidak dapat terima kenyataan perut semakin ke depan atau ketinggian tak mencukupi? Rilekslah. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jika anda tahan nafas atau tonjetkan kaki, ukuran yang diambil akan ralat. Mulalah timbul baju labuh atau pinggang ketat.

4. JANGAN TUKAR TUKANG JAHIT DI SAAT AKHIR

IKLAN

Sudah biasa dengan tukang jahit A tetapi bila rakan anda kata tukang jahit B lebih elok, mulalah anda teringin nak cuba hasil tangan tukang jahit B. Tak salah nak cuba tetapi janganlah korbankan baju raya pada tukang jahit yang anda tidak tahu hasil dan kualiti kerjanya. Nak cuba boleh, tapi bukan untuk baju raya.

5. KAIN TIDAK MENCUKUPI

Beli kain cukup-cukup sahaja 4m tanpa mengambil kira bidang kain. Rancangnya pula hendak dibuat baju berkepok-kepok. Ada kain yang diterima tidak sesuai dengan ukuran si pemakai, jika hendak dipotong sebarangan bimbang jejas corak kain. Sebaiknya jika badan besar, belilah kain ela bidang 45, 4m setengah dan kalau bidang 60, beli kain ukuran 4m. Kanak-kanak 5 tahun kebawah beli kain 2m dan jika kanak-kanak usia 6 ke 12 tahun beli kain lebih kurang 3m ke 3.5m.

IKLAN

6. HANTAR LEBIH AWAL

Ha, yang ini paling penting! Jangan tempeh last minute! 3 bulan sebelum adalah waktu paling sesuai dan terbaik terutamanya jika anda ingin menempah baju fesyen terkini. Barulah tukang jahit ada masa untuk alter jika ada yang tidak kena.

7. BUKAN YOYO

Kalau anda sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk langsing di hari raya, sebaiknya anda tidak menempah pakaian terlalu awal. Iyalah, masa tempah ukuran lain, bila dah siap ukuran sudah bertukar. Sudahnya tukang jahit yang menjadi mangsa hamun.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI