Susulan pelbagai tragedi yang menimpa anak-anak di bawah jagaan pengasuh, pemilihan mencari pengasuh untuk menjaga anak kesayangan tidak seharusnya dipandang remeh. Mana tidaknya, kita harus menyerahkan si anak dengan seseorang yang kita belum pernah kenal. Tentu bermacam-macam hal bermain difikiran kita. Adakah selamat membiarkan anak dijaga pengasuh? Makanan apa yang diberi kepada anak? Dan sejauh mana kita harus memberi kepercayaaan kepada pengasuh untuk menjaga anak? Adakah kita perlu serahkan kepercayaan 110%? Iya lah, mereka akan bersama si anak lebih daripada separuh hari.

Bagi wanita yang berkerjaya, sememangnya tidak dapat dielakkan untuk menyerahkan tugasan menjaga anak kepada orang lain tidak kira sama ada kepada pengasuh mahupun taska. Mahu atau tidak, kita terpaksa meninggalkan anak untuk mencari rezeki. Kalau tempat kerja boleh bawa anak bersama-sama, seronok la kan?

IKLAN

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diambil kira dalam pemilihan pengasuh dan perlu diteliti dengan sebaik mungkin. Sebagai ibu dan ayah, kita harus memikirkan soal anak terlebih dahulu sebelum perkara lain. Ini antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu ayah terutamanya kepada pasangan muda yang baru pertama kali mendapat cahaya mata.

 

1. MELAWAT KAWASAN

Haa… ini penting. Sebelum menghantar anak terutamanya bayi yang masih kecil, perhatikan sekitar kawasan rumah pengasuh tersebut. Waktu pertama kali datang ke rumah, perhatikan kebersihan dalam rumah dan susun atur perabot. Ini kerana kebersihan rumah adalah sangat penting untuk seorang bayi. Kalau lantai berhabuk dan penuh berang-barang kecil bayi akan kutip dan makan saja apa yang dia nampak. Kalau rumah bersih, InsyaAllah pengasuh pun akan jaga anak kita dengan bersih. Pastikan juga susun atur perabut kurang bahaya untuk anak kecil.

 

2. KENALI LATAR BELAKANG PENGASUH

Sebelum habis maternity leave, pastikan anda dah survey dulu pengasuh-pengasuh pilihan untuk anak anda dan cuba berkenalan terlebih dahulu. Kemudian baru boleh pilih yang terbaik untuk menyerahkan tugasan menjaga anak anda. Selain bertujuaan untuk mengeratkan silaturahim, cara ini boleh membuat kita untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi terutamanya tentang latar belakang pengasuh termasuk siapa suami pengasuh tersebut dan adakah selama ini mempunyai pengalaman menjaga budak.

 

3. SARANAN DARI ORANG DIPERCAYAI

IKLAN

Jikan anda mendapat saranan daripada kenalan, jiran atau saudara-mara tentang pengasuh yang pernah menjaga anak mereka,ia adalah terbaik kerana ini membuktikan pengasuh itu mempunyai reputasi yang baik dalam penjagaan anak-anak. Namun, menjadi hak anda untuk menilai sendiri terlebih dahulu personaliti pengasuh tersebut.

 

4. BILANGAN ANAK DIBAWAH JAGAAN PENGASUH

Jika bilangan anak yang diasuh terlalu ramai, mungkin akan menyebabkan anak kita terabai. Pihak kerajaan juga ada menetapkan pengasuh hanya boleh menjaga tiga orang sahaja. Ini kerana menguruskan anak-anak ramai secara serentak adalah sukar. Dan pengasuh perlu mendapatkan bantuan suami atau anak-anak yang lain jika mahu menjaga lebih.

IKLAN

 

5. RUTIN HARIAN PENGASUH

Pastikan anda tahu rutin harian pengasuh anak anda untuk memastikan keselamatan anak anda. Adakah akan ada sentiasa ada orang di rumah untuk menjaga anak-anak. Pastikan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak anda pada setiap hari adalah perkara yang boleh membantu mereka dalam proses anak-anak untuk membesar dan selesa ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

 

Semua ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan anak anda. Jika anak berada di bawah jagaan orang yang dipercayai pasti kita dapat melakukan kerja dengan aman tanpa perlu risau tentang banyak perkara.