Beg tangan semestinya menjadi kesukaan para wanita untuk memilikinya samada untuk keperluan mahupun dijadikan sebagai koleksi peribadi. Terdapat pelbagai jenama beg tangan di pasaran yang boleh dijadikan pilihan hati dari harga puluhan ringgit hingga ke ratusan ribu ringgit. Setiap beg tangan mempunyai nilai tersendiri yan membuatkan setiap beg hadir dengan harga yang berbeza. Namun anda harus bijak dalam memilih beg yang berkualiti kerana terlalu banyak lambakan beg tiruan di luar sana. Jom Nona kongsikan tip mudah untuk mengetahui beg anda ori ataupun fake!

Jangan Bikin Malu, Kenal Pasti HANDBAG Anda Original Atau Fake!

IKLAN

 

1. PERHATIKAN JAHITANNYA

Mesti ramai yang tahu tengok pada jahitannya, tapi bagaimana untuk mengetahui jahitan tersebut palsu atau tulen? Setiap satu item yang dihasilkan  oleh jenama terkenal diseluruh dunia akan diperiksa dengan teliti mengenai kecacatannya sebelum dijual. Semua jahitan mestilah sempurna dan tidak ada benang longgar atau sebarang kecacatan visual atau ketidaksempurnaan yang lain. Setiap perincian halus harus diteliti dengan baik.

 

2. CINCIN LOGAM, ZIP & BUTANG

Beri khusus kepada barang-barang kecil seperti logam, butang, zip, plat dan kunci. Kualiti barangan tersebut sepatutnya sempurna dan ia mempunyai nombor atau nama yang dicetak di badan metal tersebut yang merupakan tanda kualiti dan kesasihan. Sebagai contoh, setiap beg Hermes mempunyai ukiran logo Hermes Paris dibuat di Perancis di belakang flap yang menunjukkan tahun dan bahan yang digunakan.

Jangan Bikin Malu, Kenal Pasti HANDBAG Anda Original Atau Fake!

3. MATERIAL BEG

Jenama yang terkenal tidak menggunakan kulit yang jenis keras dan kasar. Mereka menggunakan  bahan halus, berkualiti tinggi sahaja. Barangan dengan  trim kulit tidak boleh berminyak atau melekit. Sesetengah beg tangan  berjenama boleh menjadi lembut dan fleksibel tetapi ia mengekalkan bentuknya tidak kira apa sekalipun.

Yang pastinya, LovebiteMY ada buat promo sempena Hari Wanita. Dapatkan offer RM38 + 8% cashback untuk bag sehingga RM900. Gunakan kod promo 38WOMENDAY dan klik sini untuk lihat beg-beg idaman anda:

IKLAN

Jangan Bikin Malu, Kenal Pasti HANDBAG Anda Original Atau Fake!

4. TULISAN JENAMA

Terlalu semak  yang terperinci hingga tidak perasan  perkara utama iaitu ‘nama’ jenama tersebut. Barang-barang palsu sering mempunyai nama-nama yang dicetak dalam font yang berbeza, huruf-huruf yang berbulu bahkan dengan salah ejaan.

Jangan Bikin Malu, Kenal Pasti HANDBAG Anda Original Atau Fake!

IKLAN

5. NOMBOR SIRI

Salah satu taktik peniaga atau rakan anda untuk meyakinkan beg tangan itu adalah tulen denga adanya nombor siri. Kononnya nampak berprestij dan kesasihan di mata anda. Tapi mereka lupa bahawa label dengan nombor itu dimeteraikan  dan dilampirkan dengan cara yang istimewa, menjadikan mustahil untuk dibuang tanpa merosakkannya. Bagi yang palsu pula, biasanya ia mempunyai pelekat dengan nombor yang hanya ditampal di suatu tempat permukaan.

 

6. PACKAGING

Ingat bahawa beg tangan berjenama mahal sentiasa mempunyai pembungkusan yang mahal, sering dibuat daripada bahan yang paling berkualiti tinggi. Bungkusan beg berharga tidak akan mempunyai sebarang kecacatan warna. Semua aksesori tambahan perlu dibungkus secara keseluruhan dengan beg.

Jangan Bikin Malu, Kenal Pasti HANDBAG Anda Original Atau Fake!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI