Diskaun jualan akhir tahun yang bertebaran sekarang ini sememangnya sangat mengujakan. Namun dalam keterujaan itu pastikan anda tidak membelinya secara sembarangan. Usah mudah tertipu dengan ganjaran-ganjaran yang ditawarkan.

IKLAN

Teliti dahulu dari segi keperluan, harga serta kualiti. Adakah ia berbaloi? Lebih-lebih lagi dalam membeli barangan-barangan rumah. Sebaiknya, tahan dahulu keinginan anda untuk membeli barang-barang berikut jika tiada keperluan.

PERABOT

Fikirkan dahulu sebelum anda memutuskan untuk membelinya. Jangan sampai gara-gara diskaun hebat anda mudah gelap mata lalu membelinya tanpa memikirkan faktor keperluan. Percayalah, dengan membeli perabot-perabot pada harga diskaun di akhir tahun sebenarnya kurang efisien.

Kemungkinan yang dijual adalah model lama sedangkan di tahun baru semestinya anda mahu menghadirkan perabot-perabot paling baru. Barulah nuansa hunian anda lebih menarik dan segar! Jadi, nantikan saja model perabot terbaru di bulan Januari atau Februari yang boleh anda pilih untuk menghias interior kediaman. Barulah harganya berbaloi dengan kualiti perabot.

IKLAN

TEKSTIL

Diskaun jualan akhir tahun turut melibatkan barangan tekstil atau fabrik yang digunakan untuk mengisi interior hunian. Jenis dan model tekstil yang dijual juga koleksi lama meskipun harganya murah. Namun, jangan mudah terpancing.

IKLAN

Tunggu saja model dan rekaan tekstil terbaru pada bulan Januari atau Februari supaya interior kediaman anda mengikut trend semasa. Sekaligus, model paling trendy dan terkini pada tahun baru dapat dinikmati saat anda ingin menggantikan suasana interior pada kediaman.

ELEKTRONIK

Barangan elektronik yang sering menjadi objek diskaun ialah telefon pintar, smart TV, pemanas air, lampu dan sebagainya. Sebaiknya anda tidak terlalu terburu-buru untuk membeli barangan elektronik yang ditawarkan pada harga diskaun.

Ini kerana pasti akan ada produk elektronik terbaru yang jauh lebih sesuai dengan konsep dekorasi kediaman anda. Meskipun terlalu banyak diskaun jualan pada akhir tahun ini, ingatlah usah mudah goyah. AMY MOHD