Ruang mencuci sering kali tidak mendapat perhatian khususnya dari segi kekemasan. Sedangkan ruang ini juga penting untuk diberikan sentuhan dekorasi dan penataan. Ruang mencuci yang tidak kemas pasti sedikit sebanyak akan mengganggu keindahan rumah. Ruang mencuci yang kemas dan cantik mampu memberi pengaruh positif ketika melakukan aktiviti mencuci pakaian.

IKLAN

Ruang mencuci bercirikan minimalis dan efisien dapat memberikan ketenangan tanpa perlu menggunakan ruang yang besar. Untuk memudahkan lagi, kadangkala ruang mencuci disertakan sekali dengan sudut untuk seterika. Berikut tip yang boleh anda jadikan panduan.

TENTUKAN TEMPAT

Untuk rumah yang besar, ruang mencuci boleh dibuat di basement rumah dan jauh daripada ruang utama rumah. Sekurang-kurangnya bunyi kuat daripada mesin basuh tidak mengganggu hunian. Jika rumah berkeluasan sederhana atau keci, ruang mencuci boleh dibuat dengan memaksimumkan ruang yang ada. Contoh, berhampiran dengan bilik mandi, dapur atau halaman belakang rumah. Pastikan terdapat saluran air untuk mesin basuh dan tempat menjemur pakaian.

IKLAN

OPTIMUMKAN PENGGUNAAN RUANG

Di ruang mencuci yang minimalis, memaksimumkan penggunaan ruang adalah satu kemestian. Agar tidak mengambil ruang terlalu banyak dan kos. Sebagai pembatas anda boleh menggunakan tirai atau pembahagi ruang jenis lipat. Untuk tempat seterika boleh menggunakan kerusi atau meja yang mudah dilipat dan disimpan.

IKLAN

PENATAAN BARANG

Susun dengan baik semua barang yang diperlukan untuk keperluan mencuci. Anda boleh menggunakan almari minimalis yang mempunyai banyak pembahagi. Selain menjadikan ruang mencuci tidak berselerak ruang ini juga lebih luas. Sediakan bakul untuk pakaian kotor dan tempat khusus untuk baju yang sudah dikeringkan agar tidak bercampur. AMY MOHD