Selain berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, rupa-rupanya selebriti cantik Janna Nick turut mempunyai bakat terpendam sebagai pelumba kereta. Terlibat secara langsung dalam Toyota Gazoo Racing dari musim pertama… kemenangan akhirnya berpihak kepada Janna apabila dia berjaya naik podium setelah bergelar Juara di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad lepas.
Merupakan satu-satunya pelumba wanita Top 3 dalam perlumbaan tersebut, gadis berusia 24 tahun ini berpeluang mengalahkan Nabil Ahmad dan Aiman Tino selaku pemenang tempat kedua dan ketiga. Antara rakan artis yang turut serta dalam Toyota Gazoo Racing pada 23 dan 24 Februari lalu termasuk Akim Ahmad, Datin Diana Danielle dan Wany Hasrita.
Berkongsi detik kemenangan bersama para peminat, Janna turut berkongsi foto dirinya memakai suit pelumba sambil ditemani ibunda tersayang. Jelasnya, “I can finally call myself a professional racer!!! Nanti bila aku ada anak, aku nak bagitau dia… dulu mak racer tau.”
Turut gembira dengan kemenangan tersebut ialah pengajar teknikal sukan permotoran, Shazly Farith Ilias yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Janna Nick sepanjang berada di litar lumba.
“Setelah hampir 6 pusingan dan 13 perlumbaan berhempas pulas berkongsi ilmu, sedih tawa Bersama Janna Nick bermula dari sesi latihan musim pertama Toyota Gazoo Racing 2017 hingga musim kedua akhirnya membuahkan hasil pada TGR pusingan kali ini di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang. Tahniah Janna atas prestasi yang amat membanggakan.”
Sebelum ini, aktres dan isteri kepada Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle juga pernah memenangi perlumbaan kereta Toyota Gazoo Racing Musim Pertama.
Kredit: Instagram Janna Nick & Shazly Farith Ilias