Tiada jalan pintas untuk kurus! Itu ungkapan paling tepat bagi menggambarkan situasi yang dialami Syarifah Anne Syed Anuar sepanjang misinya mengejar berat badan ideal. Melihat susuk tubuh Anne sekarang, pasti ramai yang tidak menyangka wanita berusia 34 tahun ini dulunya pernah bertubuh gempal.
Meskipun berjaya mencapai berat badan yang diimpikan, Anne tanpa berselindung mengakui pernah menjadi ‘mangsa’ produk pelangsingan badan. Terpengaruh dengan iklan pil kurus yang dijual di pasaran selain mahu mendapat hasil yang cepat dan mudah, tindakan Anne tersebut nyata memerangkap dirinya sendiri.
“Sejujurnya dulu saya pernah amalkan ubat-ubat kurus. Tapi kesannya hanya sementara dan bagi saya, diet seimbang adalah lebih baik. Ubat-ubat kurus ni cuma beri kesan dalam masa singkat je dan kalau kita tak terus amalkan, berat badan boleh naik mendadak. Sepanjang ambil ubat dan pil kurus, kesannya agak menakutkan terutama bila jantung saya berdegup kencang dan rasa pening. Terus saya pergi jumpa doktor dan dinasihatkan untuk tak amalkan lagi pil berkenaan.”
Keadaan Anne sekarang selepas kurus
“Pil yang Anne ambil itu dapat saranan daripada mana-mana doktor ke?” celah penulis. “Bukan, pil yang saya ambil tu kebanyakannya dijual secara online,” terangnya.
Daripada saiz XL, kini Anne sudah mampu memakai saiz yang jauh lebih kecil. Semuanya hasil pemakanan sihat dan diet seimbang serta rutin senaman yang konsisten. Nampak mudah, bukan? Hakikatnya tanpa semangat yang kental, segala-galanya hanya tinggal angan-angan.
Ads
Perbezaan tahun lepas dan sekarang
“Berat saya sebelum ni 70 kg dan sekarang alhamdulillah, 56kg. Masa yang saya ambil untuk dapat berat sekarang cuma tiga bulan saja, mulai Julai 2017 hingga September tahun lalu. Memang banyak cabarannya untuk sampai ke tahap ni. Cabaran terbesar saya adalah bila terpaksa harungi sehala kritikan dan pandangan dari orang sekeliling yang suka mempersendakan niat saya untuk kurus.
Mungkin mereka fikir saya tak mampu dan berangan saja untuk turunkan berat badan. Paling sukar nak lupa bila ramai orang tegur fizikal diri saya yang makin gemuk. Memang malu sangat dan confident level pun merosot teruk. Bila berbadan besar, pergerakan diri jadi terbatas dan selalu rasa malas.
Ads
Antara menu sihat AnneMenu pilihan oat AnneMenu Oat pilihan Anne
Ditanya individu yang menyokong usahanya untuk kurus, tanpa berfikir panjang Anne lantas menjawab, “Ibu saya. Beliaulah yang banyak beri semangat dan sokongan untuk saya turunkan berat badan. Setiap pagi jika hari cuti, ibu akan teman saya joging. Lebih-lebih lagi, dia memang tak suka anak-anaknya tak menjaga kesihatan diri.
Ads
Sebelum saya amalkan diet yang bersesuaian dengan diri, saya akan buat research terlebih dulu. Ambil tahu apa jenis pemakanan dan diet seimbang daripada sumber Internet juga daripada tip-tip yang pernah diamalkan rakan-rakan waktu mereka alami masalah berat badan. Biasanya pada waktu pagi saya lebih berselera dengan bersarapan oat. Tengahari pula saya makan nasi macam biasa cuma kurangkan kuantiti nasi dan banyakkan makan sayur-sayuran serta ulam-ulaman.
Kudapan yang paling saya gemar sekarang biasanya buah-buahan atau paling kurang pun buah tomato ceri. Waktu petang, saya akan ambil makanan berprotein seperti ayam dan sup sayur. Kalau masih rasa lapar, saya makan oat atau ambil buah-buahan. Malam, memang saya tak makan sebab waktu last saya makan adalah sebelum pukul 7.”
Sejak berkongsi kisah kejayaannya menurunkan berat badan, laman media sosial Anne kian menjadi perhatian sehingga ada yang menjadikan wanita ini sebagai rujukan untuk mendapatkan diet seimbang di samping menurunkan berat badan. Malah, Anne juga dilihat semakin aktif memuat naik hidangan sihatnya bersama rakan media sosial yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memikul tanggungjawab sebagai isteri besar ganjaran pahalanya. Tetapi setiap apa yang isteri lakukan, akan terpalit kepada maruah suami biarpun sekecil-kecil perbuatan. 5 perkara perlu isteri ambil tahu agar maruah suami terpelihara.
Melalui perkongsian Ustaz Fawwaz Mat Jan, terdapat satu benda yang mula hilang dalam masyarakat hari ni iaitu pesanan atau nasihat ibu bapa kepada anak-anak perempuan yang ingin bernikah…MENJAGA MARUAH SUAMI.
“Dulu ibu bapa akan mengingatkan anak-anak perempuan supaya bangun lebih awal dari suami dan memastikan sarapan untuk suami disediakan walaupun ringkas. Tempat tidur suami pula tersedia agar suami selesa sebaik pulang ke rumah,”ujarnya.
Malah, Ustaz Fawaaz juga menyenaraikan 5 perkara yang boleh mencalar maruah suami:
Suka menceritakan keburukan suami pada orang lain
Biasalah orang peremouan, apabila berjumpa dengan rakan kadang-kadang secara sedar atau tidak akan menceritakan keburukan isteri suami sehingga menjatuhkan maruah suami. Sekiranya bercerita untuk menyelesaikan masalah tidak mengapa tetapi jika sekadar untuk mengata, akan jatuh hukum berdosa!
Malah, bercerita kepada adik-beradik juga tidak boleh kerana bimbang ia akan mencalar maruah si suami
Isteri tidak menyokong suami
Apa yang suami buat tak mau sokong bahkan bangkang. Contoh mudah, lelaki suka jika diberi sokongan walaupun hanya untuk benda simple. Bila suami bertanya di hadapan tetamu, cubalah memberikan jawapan positif. Jangan malukan suami.
Penampilan diri
Terlalu berhias juga menjatuhkan kehormatan suami. Fesyen yang menonjol dan tidak menutup aurat, suami akan terkesan dengan pandangan orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila orang mula berkata-kata. Begitu juga jika isteri terlalu selekeh, badan berbau, tudung berkedut dan lain-lain.
Akhlak
Akhlak kaum wanita boleh mencalarkan maruah suami terutama isteri yang mulut laser. Maruah suami tercalar bila orang perempuan banyak berada di luar rumah. Orang akan mempersoalkan sama ada si isteri sempat atau tidak menguruskan rumahtangga.
Rumah tidak diurus dengan baik
Sampaikan pada anak-anak perempuan, apabila ada tetamu bersihkan atau kemaskan rumah seperti yang sepatutnya. Jangan biarkan kasut berselerak, rumah tak dibersihkan, najis cicak merata-rata, tandas kotor dan macam-macam lagi.
Perkara Yang Menjatuhkan Maruah Suami – Ustaz Fawwaz Mad Jan.#TakTengokMemangRugi#MohonShare#TagRakanAnda#TazkirahPendek.Kredit: Kuliah Ustaz Fawwaz Mad Jan/PROJEK ZONKULIAH bergerak secara percuma tanpa tajaan mana-mana pihak dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan kami. Sekiranya Projek ini bermanfaat, kami mengalu-alukan para sahabat semua bersama-sama kami menjayakan dan memastikan kelangsungan projek ini dengan menyumbang sedikit dana untuk membiayai kos bulanan dan operasi keseluruhan projek ke AKAUN MAYBANK BERIKUT : NO AKAUN : 557250054584 (PRODUKSI ZONKITA)
Atas sambutan luar biasa koleksi tudung bawal bertatahkan mutiara, kali ini Che Ta berjaya ‘restock’ berkotak-kotak tudung viral tersebut demi memenuhi permintaan pelanggan!
Laris dijual pada hujung Januari lepas, tak sampai tiga bulan tudung harga berpatutan milik pelakon dan usahawan cantik ini ‘mendarat’ di pasaran.
Stok yang tiba dalam bulan Ramadan ini pastinya sesuai dimiliki pembeli untuk digayakan ketika Aidilfitri nanti. Bijak strategi pemasaran ibu tiga anak ini!
Berkongsi khabar gembira itu, Che Ta memuat naik video menunjukkan dirinya berada di sebuah gudang yang penuh dan dikelilingi dengan kotak-kotak tudung berkenaan.
“Sampai dah, sampai dah! Tudung Bawal Che Ta bertatahkan mutiara 20 warna. Pilih ambil! Nak beli dekat mana? Dari stokis-stokis kami di seluruh Malaysia.”
Tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi ini bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan yang kini berusia 50 tahun semakin rancak mendalami dunia perniagaan. Bersandarkan popularitinya, tidak hairanlah apa saja produk yang dijual pasti ‘laku keras’ dan jadi rebutan pembeli khususnya peminat setia.
Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin yang turut mendapat sambutan hangat di pasaran.
Kemenangan Loh Kean Yew di final Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (WBF) di Huelva, Sepanyol baru-baru ini merupakan hadiah hujung tahun terbaik buat rakyat Singapura. Meskipun dilahirkan di Pulau Pinang, namun juara badminton dunia ini sebenarnya merupakan atlet negara jiran.
Berusia 24 tahun, Loh yang memiliki ketinggian 175cm merupakan pemain badminton perseorangan lelaki Singapura sejak tahun 2015.
Memetik laporan Berita Harian Singapura, Presiden Halimah Yacob turut memuji pencapaian jejaka tampan ini yang berjaya mengharumkan nama Singapura biarpun dalam keadaan pandemik sejak dua tahun kebelakangan ini.
“Kata pepatah, seluruh kampung harus bekerjasama untuk mendewasakan seorang kanak-kanak. Serupa dengan ini, sebuah ekosistem juga diperlukan untuk memberi sokongan kepada seorang juara.” Presiden Halimah Yacob
Instagram @lohkeanyew
Instagram @lohkeanyew
Instagram @lohkeanyew
Loh Kean Yew menjadi warga Singapura pertama menjadi juara badminton dunia selepas menewaskan pemain nombor ke-14 dunia dari India, Srikanth Kidambi, dalam straight set 21-15, 22-20 di final Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (WBF) di Huelva, Sepanyol, untuk meraih gelaran dunia itu.
Walaupun bersaing dengan kecederaan buku lali, tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda buat sementara, semangat Loh untuk bekerja keras memenangi kejohanan dunia itu amat mengagumkan.
“Terima kasih kerana yakin akan keupayaan saya dan kerana sentiasa hadir untuk menyokong saya.
Ia adalah sesuatu yang amat bermakna bagi saya kerana saya tahu saya mempunyai sokongan hebat sepanjang perjalanan ini.” Loh Kean Yew
Instagram @lohkeanyew
Instagram @lohkeanyew
Selain mengucapkan taniah kepada Persatuan Badminton Singapura (SBA), Institut Sukan Singapura (SSI) dan penajanya, Li-Ning, Loh memberi penghargaan kepada jurulatih, rakan sepasukan dan pasukan sokongan yang lain.
Lengkap pakej atlet bertaraf dunia, segak dan mengharumkan nama negara yang diwakilinya, pencapaian Loh Kean Yew pasti sesungguhnya menjadi inspirasi kepada atlet-atlet lain di Singapura! Syabas.
Instagram @lohkeanyew
Foto: Instagram @lohkeanyew
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.