
Melihat penampilan dan raut wajah Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah pasti ramai tidak menyangka personaliti ini sudah pun mencecah usia 77 tahun. Mana tidaknya, meniti usia lewat 70an isteri Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ini tampil anggun dan sihat bertenaga!
Kecantikan semula jadi yang dimiliki Toh Puan Datuk Seri Utama Raja Noora Ashikin Raja Abdullah mengundang rasa kagum dalam kalangan wanita. Pastinya ibu kepada Toh Muda Datuk Rizal Ashram Ramli ini mementingkan penampilan dan kesihatan diri.
Keanggunan Toh Puan Raja Noora

Walau sudah bergelar nenek kepada tujuh cucu namun beliau kekal anggun dalam kelas tersendiri dan mesra rakyat.
Menelusuri latar belakang isteri Tun Ramli Ngah Talib ini, Toh Puan Raja Noora dilahirkan pada 4 Februari 1948. Beliau dibesarkan di Ipoh, Perak dan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta pada 1 Disember 1973.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata yang juga sepasang kembar perempuan iaitu Rizal Ashram, Ramelle Ashram, Putri Azalea Ashram dan Putri Yasmin Ashram.

Tidak hanya pernah bergelar isteri bekas Menteri Besar Perak, Toh Puan Raja Noora merupakan seorang pegawai bank lulusan Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.
Wanita Terpelajar, Toh Puan Raja Noora
Figura berpendidikan tinggi ini memiliki kelulusan Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM).
Beliau pernah bertugas sebagai pegawai bank dan penasihat pelaburan di Chartered Merchant Bankers sebelum menubuhkan firma sekuriti tetapi meninggalkannya demi beri perhatian sebagai isteri Menteri Besar Perak ketika itu.

Tun Ramli mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei lepas. Bersempena ulang tahun ke-84 Tun Ramli Ngah Talib pada 29 Julai, Toh Puan Raja Noora menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang juga anugerah tertinggi pulau Pinang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Semoga rumah tangga Tun Ramli dan Toh Puan Raja Noora sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta kekal bahagia hingga ke syurga.
Miliki kulit sihat dan bermaya macam Toh Puan Raja Noora dengan amalkan supplemen kolagen ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





Memetik kenyataan Suhana kepada Vogue, “Berpindah ke luar negara ketika baru berusia 16 tahun adalah keputusan terbaik dalam hidup saya. Hidup dalam persekitaran berbeza dan bertemu dengan bermacam-macam orang telah banyak membantu menambah keyakinan diri. Tinggal jauh dari keluarga juga buatkan saya lebih menghargai ‘rumah’ dan insan tersayang.”


















