Bersandarkan prinsip untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan pengalaman serta ilmu yang dimiliki menjadi pemacu kepada Datin Sri Dr Yetti Murni Zamris untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan berteraskan perkhidmatan kesihatan wanita.

Jihad Perniagaan DR MURNI Demi Kesihatan Wanita, Miliki 42 Cawangan Klinik Siti Seluruh Malaysia

IKLAN

Sebelum berkhidmat di Putrajaya dan menceburi bidang keusahawanan, Dr Murni pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan serta bertugas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Alor Gajah Melaka.

Kata penerima Nona Best Entrepreneur in Healthcare Industry Award yang mesra disapa sebagai Dr Murni ini: –

“Saya menceburi bidang ini kerana pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Maka. dapatlah saya memberi sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat seterusnya menerapkan nilai-nilai murni kepada ramai orang.”

Klinik Siti diasaskan pada tahun 1991 oleh ibu mentua Dr Murni iaitu Datin Dr Siti. Kemudian, pada tahun 2016 pengurusan klinik ini telah diambil alih oleh suaminya, Dato’ Sri Dr Muhammad Ali.

Jihad Perniagaan DR MURNI Demi Kesihatan Wanita, Miliki 42 Cawangan Klinik Siti Seluruh Malaysia

 

Sepanjang bekerja di Klinik Kesihatan yang memfokuskan khidmat kesihatan kepada ibu dan anak, Dr Murni mendapati berlakunya isu-isu berkaitan pengurusan dan kekangan masa yang terhad bagi golongan ibu mengandung bagi mendapatkan khidmat di Klinik Kesihatan.

Maka, tercetusnya inisiatif pembukaan Klinik Siti yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad serta cuti umum bermula pukul 8 pagi sehingga 11 malam,.

“Kini, saya juga seorang pengarah serta pemegang saham syarikat Siti Healthcare Sdn Bhd yang mengendalikan pengurusan Klinik Siti. Manakala Siti Healthcare Sdn Bhd memastikan khidmat yang ditawarkan memberi penjagaan kesihatan yang baik dan mengikut garis panduan ditetapkan oleh Kementeriaan Kesihatan Malaysia.

IKLAN

“Saya bertanggungjawab menetapkan garis panduan bagi Klinik Siti yang juga memfokuskan kepada penjagaan kesihatan kaum wanita.

Jihad Perniagaan DR MURNI Demi Kesihatan Wanita, Miliki 42 Cawangan Klinik Siti Seluruh Malaysia

“Selain itu, para doktor yang berkhidmat di Klinik Siti diberi latihan yang lebih dalam menguasai perkhidmatan yang ditawarkan khususnya “Ultrasound”. Doktor-doktor ini dilatih untuk lebih menguasai perkhidmatan scan seperti scan 3D4D, screening anatomy, scan Breast & Tyroid dan lain-lain yang ditetapkan.

“Kami mempunyai lebih 100 doktor wanita yang menerajui setiap cawangan Klinik Siti. Pada masa sama, masih boleh berkhidmat dan menguruskan keluarga serta anak-anak dengan masa bekerja yang lebih fleksibel,” kongsi Dr Murni yang berusia 37 tahun.

BIJAK BAHAGI MASA
“Pada mulanya, pengurusan masa antara kerjaya, keluarga dan diri sendiri sedikit terjejas. Saya mengalami sedikit kesukaran tetapi setelah beberapa tahun berkecimpung dalam bidang ini akhirnya saya dapat mengurus segalanya dengan lebih baik. Paling penting, saya turut mendapat sokongan yang kuat daripada pihak keluarga terutamanya suami.

IKLAN

“Mengimbau kembali detik paling sukar ialah ketika dunia dilanda pandemik COVID-19. Sejujurnya ketika itu, pihak pengurusan dan syarikat juga mengalami detik yang sukar bagi meneruskan operasi serta perniagaan.

Jihad Perniagaan DR MURNI Demi Kesihatan Wanita, Miliki 42 Cawangan Klinik Siti Seluruh Malaysia

“Apa pun, kami berbalik kepada niat asal penubuhan Klinik Siti adalah untuk membantu, bukan hanya golongan pesakit malah tenaga kerja Klinik Siti agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Dengan niat yang ditanamkan serta izin dari Yang Maha Esa, Klinik Siti kembali bangkit dan terus berkhidmat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik,” jelas Dr Murni.

DORONGAN SUAMI
“Sokongan yang kuat semestinya dari suami saya. Kejayaan seorang lelaki dengan adanya sokongan yang kuat dari seorang wanita.

“Begitu juga kejayaan seorang wanita adalah berdasarkan sokongan kuat dari seorang lelaki yang progresif sekali gus mendorong saya agar lebih berjaya dan maju. Tidak ketinggalan adalah sokongan daripada keluarga, ibu serta anak-anak,” ujarnya.

Baca artikel penuh dalam edisi istimewa NONA SUPERWOMAN 2022 yang sudah pun berada di pasaran. Dapatkannya sekarang!

Konsep: Azniza Aziz
Arahan Seni: Kiffy Razak
Foto: Sharinizam Othman
Solekan: Mimie Romyza
Tajaan Lokasi: Hotel Concorde Shah Alam

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI