Lebih 30 tahun berlalu sejak kali pertama filem komedi romantik, Pretty Woman ditayangkan ke seluruh dunia. Filem box-office yang dibintangi Richard Gere dan Julia Roberts itu pernah mencipta fenomena jualan tiket tertinggi di Amerika malah alunan lagu Roxette ‘It Must Have Been Love’ segar ke hari ini.

Tolak ke tepi soal ‘pekerjaan’ Vivian Ward. Wanita itu dibayar untuk menemani Edward Lewis, seorang ahli perniagaan kaya termasuk ke majlis-majlis bisnes yang dihadirinya. Dalam tempoh seminggu, Vivian menikmati layanan lima bintang dan berbelanja busana mewah, dengan syarat tertentu.

IKLAN

Jujurnya Pretty Woman bukanlah sebuah filem cinta tapi berkisarkan duit dan status yang boleh membeli segala-galanya. Macam kisah cinta antara dua darjat versi Hollywood!

Julia Roberts Dibayar RM1.2 Juta Sehari, Ini Fakta Filem PRETTY WOMAN Selepas 32 Tahun Tayangan!
Moviestore Collection/Shutterstock

 

Julia Roberts Dibayar RM1.2 Juta Sehari, Ini Fakta Filem PRETTY WOMAN Selepas 32 Tahun Tayangan!
Moviestore Collection/Shutterstock

 

Tahukah anda bahawa poster filem ikonik Pretty Woman sebenarnya bukanlah badan sebenar Julia Roberts? Wajah beliau hanya ‘ditampal’ kerana ia sebenarnya adalah badan Shelley Michelle!

 

8 Fakta Menarik Lagi Tentang Pretty Woman

1. Skrip asal filem tulisan J.F. Lawton ini dibayar $3,000, senilai dengan harga Edward ‘membayar’ Vivian selama seminggu.

2. Pengakhiran filem ini sebenarnya tidak menyatukan Edward dan Vivian. Menurut Vanity Fair, ia seharusnya berakhir dengan Vivian menaiki bas ke Disneyland hasil ‘upahnya’ menemani Edward selama seminggu.

3. Skrip filem juga telah diolah menjadi seindah Disney. Mengikut jalan cerita asal, Vivian sepatutnya dihalau keluar dari limo yang mereka naiki kerana tersalah anggap bahawa Edward jatuh cinta kepadanya.

IKLAN
Julia Roberts Dibayar RM1.2 Juta Sehari, Ini Fakta Filem PRETTY WOMAN Selepas 32 Tahun Tayangan!
Moviestore/Shutterstock

 

Julia Roberts Dibayar RM1.2 Juta Sehari, Ini Fakta Filem PRETTY WOMAN Selepas 32 Tahun Tayangan!
Touchstone/Kobal/Shutterstock

 

4. Jenama kereta mewah Ferrari dan Porsche menolak tawaran penerbit untuk membuat kemunculan kereta mereka dalam filem ini kerana enggan dikaitkan. Mungkin kerana itu Edward Lewis dilihat memandu kereta berjenama Lotus.

IKLAN

5. Selain daripada kasut tinggi Chanel, team produksi perlu mereka setiap look Vivian dalam filem ini. Semua sut Edward juga ditempah khas menggunakan fabrik terbaik Itali mengikut saiz Richard Gere.

6. Rantai berlian dan delima yang diberikan oleh Edward kepada Vivian bernilai $250,000. Pasukan keselamatan sentiasa berada di set semata-mata demi menjaga barangan kemas itu.

7. Julia Roberts dibayar sebanyak $300,000 atau RM1.2 juta sehari untuk menjayakan filem ini.

8. Menerusi Pretty Woman, Julia Roberts dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik dalam Oscar Academy Awards 1991. Beliau juga memenangi Anugerah Golden Globe pada tahun yang sama.

Sumber: E Online

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI