Penyanyi terkenal Justin Bieber telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya seorang model terkenal Hailey Bieber. Walaupun masing-masing masih muda tetapi pasangan ini memilih barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM3,144,075.00 ($750,000).

IKLAN

Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan

Pasangan sama cantik sama padan ini telah berkahwin pada bulan September tahun lalu dan dikatakan berkahwin semula dalam sebuah majlis di sebuah resort mewah, Montage Palmetto Bluff di Bluffton, Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan

Jelas terpancar kebahagiaan di mata Justin dan Hailey sambil merakamkan momen terindah dalam hidup mereka dengan berposing di photo booth majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan

Lebih istimewa apabila Hailey telah menyarung set barang kemas termasuk RM2,096,050.00 ($500,000) cincin pertunangannya, jenama barang kemas mewah, Tiffany dan RM515,628.30 ($123,000) sepasang anting-anting berlian.

IKLAN
Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan
Anting-anting Hailey, platinum dengan berlian lebih 5 karat.
Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan
Cincin Hailey; Tiffany Soleste® 18k emas bersama berlian
Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan
Cincin Justin; Tiffany Classic™ 18k gold, 4.5 mm

Ketika majlis tersebut berlangsung Hailey telah memadankan cincin pertunangannya dengan diamond wave shape band juga dari jenama mewah Tiffany. Justin pula tidak mahu ketinggalan dengan memakai lavender grillz yang bernilai RM104,802.50 ($25,000). Teringat zaman dulu-dulu tengok mak-mak yang pakai gigi emas.

Justin Bieber & Isterinya Bergaya Dengan Barangan Kemas Lebih RM3 Juta Untuk Potret Perkahwinan

IKLAN

Justin dan Hailey masing-masing berkongsi kegembiraan dengan seluruh peminatnya dengan berkongsi momen bahagia mereka di media sosial. Kongsi Justin, “Looking forward to forever with you @haileybieber,” coret Justin. Manakala Hailey pula membalasnya, “Forever with my favorite human,” kata Hailey pula.

Justin dan Hailey juga telah menyewa sebuah eksekutif jet untuk terbang ke majlis perkahwinan mereka. Dikatakan harga sewaan untuk eksekutif jet tersebut mencapai RM56,593.35 ($13,500). Antara tetamu selebriti yang hadir memeriahkan majlis, Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Usher termasuk ahli keluarga rapat pasangan ini.

Semoga perkahwinan dua selebriti ini kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI