Jika anda wanita bertudung, sejauh mana soal kesihatan rambut dititikberatkan? Adakah memadai dengan hanya bersyampu dan oles perapi semata-mata?

IKLAN

Perasan atau tidak, masalah rambut gugur kita makin membimbangkan? Sampai tak sanggup bayangkan bila bersikat, bergumpal-gumpal banyaknya! Rambut pun makin nipis dan jarang.

Diam-diam inilah masalah yang dialami kebanyakan wanita. Keguguran rambut sememangnya ‘penyakit’ tidak berkesudahan sejak dulu lagi. Diikuti masalah kelemumur, rambut kering bercabang dan nampak kusam… Semua ni adalah tanda-tanda rambut rosak sebelum ia gugur dari kepala.

SALAH DARI AWAL

Tahukah anda, mengeringkan rambut secara air-dry atau membiarkan rambut kering dengan sendirinya adalah penyebab rambut rosak?

Inilah penemuan terbaru sains yang mengejutkan ramai orang.

Apabila rambut basah, serat-seratnya akan kembang dan lemah. Ditambah pula keadaan lembap dan dibiarkan basah lebih lama, batang rambut akan lebih cepat putus atau frizzy tanpa kita sedari.

Mengeringkan rambut secepatnya adalah jalan terbaik untuk memelihara kesihatan rambut. Cara yang betul juga penting kerana kaedah pengeringan yang salah juga boleh menambah masalah sedia ada.

IKLAN
Kajian Terbaru Dedah Punca Rambut Gugur & Rosak, Awal-Awal Lagi Amalan Kita Dah Salah!
Pengering rambut ghd Helios

Nona mendapatkan pandangan saintis ghd, Dr Tim Moore berkaitan hal di atas.

“Anda perlu lebih berhati-hati pada fasa mengeringkan rambut semasa basah. Rambut basah ni lebih cepat putus dan rosak pada suhu tinggi. Begitu juga kalau dibiarkan kering sendiri selepas dilap dengan tuala.

IKLAN

Cara yang betul adalah meramas (scrunching) dalam gerakan membulat, bukan menggosok-gosok rambut basah dengan tuala untuk mengeringkannya.

Kemudian sebaiknya gunakan alat pengering rambut dengan tetapan sejuk atau perlindungan suhu untuk mengeringkan rambut basah.

Apabila ia semakin kering, suhu alat pengering bolehlah dinaikkan secara berperingkat,” ulas Dr Tim.

Kajian Terbaru Dedah Punca Rambut Gugur & Rosak, Awal-Awal Lagi Amalan Kita Dah Salah!
ghd Helios antara pilihan alat pengering rambut dengan tetapan terbaik

RAHSIA RAMBUT SIHAT WALAU BERTUDUNG

  1. Selepas kering, jangan biarkan begitu saja. Sapukan minyak argan atau sebarang minyak rambut yang baik untuk kesihatan kutikel yang tadinya terbuka sewaktu dikeringkan. Penggunaan minyak rambut juga membuatkan rambut kembali segar dan nampak bermaya, walaupun kita bertudung.
  2. Teknik ikatan rambut juga mestilah betul. Jika rambut panjang, jangan ikat terlalu kuat bagi mengelakkan ia putus atau berpintal pada getah rambut.
  3. Jangan pakai tudung dalam tempoh terlalu lama. Jika berpeluh, seeloknya buka tudung dan biarkan ia kering dahulu sebelum memakai semula. Untuk wanita berkerjaya, sela waktu solat Zohor atau Asar mungkin baik untuk tujuan ini.
  4. Beri perhatian pada pemakanan anda. Rambut juga sebahagian sel-sel yang tumbuh dari nutrisi makanan, jadi amalkan diet seimbang agar ia tumbuh lebih lebat dan sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI