Hari ini 18 Oktober 2022 genaplah usia anak sulung kepada Saida Tarudin yang ke-25 tahun. Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6.

IKLAN

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih Perhatian
“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih PerhatianBerkongsi posting di akaun Instagramnya, Saida menitipkan ucapan serta doa buat anak sulungnya, Nyssa Ghazali yang cukup menyentuh jiwa. Ucapan dan doa yang sangat bermakna dari seorang ibu buat seorang anak.

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih PerhatianNyssa merupakan zuriat dari pekahwinan Saida yang pertama. Dia dikurniakan dengan empat cahaya mata.

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih PerhatianDi posting tersebut, Saida berkongsi beberapa foto ‘throwback’ bersama Nyssa. Jelas terlihat, hubungan ibu dan anak ini sangat rapat. Nyssa juga mewarisi kecantikan ibunya serta manis dipandang.

Tak sekadar itu, Saida pernah berkongsi bersama Nona bahawa anak gadisnya itu berbakat besar dalam bidang kecantikan khususnya solekan.

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih PerhatianTulis Saida di ruangan kapsyen:-

Selamat ulangtahun kakak sayang @nyssaghzli anak yang kuat, ibu sentiasa mendoakan segala urusanmu dipermudahkan, Amin. Berjaya dunia akhirat. Aminn. LOVE U SO MUCH.”

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih PerhatianTurut menitipkan ucapan ialah Siti Sairah, adik kepada Saida.

“Happy birthday kakakkkk @nyssaghzli

IKLAN

Memetik kata-kata Saida yang pernah dikongsi bersama Nona buat Nyssa agar anak sulungnya itu sukses dalam bidang yang diminati iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih PerhatianMenurutnya lagi, mereka umpama sahabat baik. Jika bersembang mereka gemar berkongsi tentang kecantikan dan juga fesyen. Itulah persamaan jiwa yang dimiliki oleh ibu dan anak ini.

IKLAN

Bagi Nyssa pula, antara rahsia kecantikan ibunya ialah sentiasa murah dengan senyuman dan berjiwa bersih.

“Kakak Anak Yang Kuat” Puteri Sulung Genap 25 Tahun, SAIDA ‘Throwback’ Foto Berdua Raih Perhatian“Ibu sering berpesan, sentiasa murah dengan senyuman dan hati kena ikhlas. Secara tak langsung kecantikan dalaman dan aura awet muda itu akan terserlah. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsi kepada saya. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri.”

Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin @nyssaghzli

Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI