Alhamdulillah dan tahniah buat Siti Sairah yang selamat bersalin anak kelima baru-baru ini. Difahamkan ibu dan anak kini berada dalam keadaan baik. Berkongsi khabar gembira itu di Instagram, adik kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza tersebut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata baharu ini.

IKLAN

Dedah Siti Sairah atau nama sebenarnya Siti Nursairah Tarudin, “Tepat jam 00:00 pagi 8/8/23 saya telah masuk wad di MSU Medical Centre untuk persediaan awal menjalani pembedahan kelahiran anak yang ke-5.

Kali ni baby minta keluar mengikut tingkap walaupun kita dah bersalin 4x secara normal.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan ketentuan Allah dan doa kalian semua. Korang semua terima kasih tau. Doa tak putus-putus dari mula akak mengandung masa Famili Duo lagi sehinggalah tarikh bertuah ini.”

“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin

Tambah penyanyi berusia 40 tahun ini lagi, “Syukurku Ya Allah semuanya dipermudahkan. Sepanjang tempoh mengandungkan anak kecil ini ada dugaan dan cabaran tapi alhamdulillah Allah menyempurnakan semuanya.

Pengalaman pertama buat saya melahirkan anak secara pembedahan. Saya usaha juga untuk melahirkan secara normal tapi kali ini adik baby nak ikut tingkap pula. Rezeki hero walid dan ibu.”

Siti Sairah juga menerima kejutan apabila suami tercinta sempat membuat dekorasi belon berwarna putih dan biru serta ucapan ‘Welcome’ di wad isteri sebelum melahirkan anak.

IKLAN

Daripada dekorasi dan ucapan Siti Sairah yang menggelarkan bayi tersebut sebagai ‘hero’, ramai dapat meneka jantina anak kelimanya. Bagaimana pun ibu penyayang ini belum mendedahkan jantina dan wajah anak kepada umum.

IKLAN
“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin
“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin
“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin

Berita kehamilan isteri Mohd Sharidan Johari ini diketahui peminat ketika Siti Sairah pada Januari lalu ketika dia bersaing dalam program realiti nyanyian Famili Duo. Dia juga pernah dilaporkan mengalami keguguran dua kali.

Pelantun lagu Akhir Cinta ini berkahwin dengan Mohd Sharidan 24 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Siti Nurkhalishah Alisha.

“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin
“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin
“Kali ni Baby Keluar Ikut ‘Tingkap’,” 4 Kali Bersalin Normal, Siti Sairah Syukur Selamat Lahir Anak Ke-5!
Kredit Instagram @sitinursairahtarudin

Menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/rezeki-di-sebalik-bertanding-program-nyanyian-siti-sairah-hamil-anak-kelima-lepas-keguguran-2-kali/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI