ROSMA

Siapa sangka, dari penyanyi kini Rosma merupakan salah seorang usahawan berjaya tanah air. Beralih untuk serius dalam bidang perniagaan apabila kerjaya seninya dilihat kurang bersinar, selebriti yang ‘lahir’ daripada program realiti Akademi Fantasia Musim 1 ini tidak lelah mengejar kejayaan.

Berkat usaha gigih selama hampir tujuh tahun, Rosma bangga membangunkan legasi KR Successful Sdn Bhd di samping suami tercinta, Khai.

IKLAN

Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Rosma memberitahu bisnes yang diasaskan sejak tahun 2014 tersebut kian rancak merencana jualan. Apatah lagi sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rosma mengakui permintaan pelanggan terhadap produknya adalah berlipat kali ganda.

Bercerita tentang bisnes, alhamdulillah berjalan dengan baik. Lagipun saya dah mula berniaga online dari tahun 2014 jadi bila berlaku PKP tak rasa sangat sebab kita memang fokus platform digital. Tak dinafikan jualan dapat berganda daripada biasa memandangkan orang duduk di rumah sekarang.

“Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya!

Waktu PKP tahun lalu pun sambutan menggalakkan walau ada beberapa kesulitan termasuk dari segi penghantaran. Tapi bila berlakunya PKP kedua ni, kita dah ada pengalaman dan semua tu dapat di atasi dengan mudah. Syukur.

Mengimbas perjalanan awal menceburi bidang keusahawanan, Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik menjelaskan produk MS SenaRos sudah mula dipasarkan sejak lapan tahun lalu.

“Ia ialah minuman detoks yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan selain menstabilkan hormon dan sistem pencernaan serta memberi tenaga tambahan. Walau sebagai peniaga, kita nak produk terjual tapi saya lebih suka memberi knowledge kepada pelanggan terlebih dahulu dan menegaskan mereka tentang kepentingan pemakanan.

MS SenaRos ni boleh dijadikan bantuan untuk amalan gaya hidup sihat tapi 80 peratus mereka yang berjaya turunkan berat dan tampil lebih langsing serta sihat terletak pada pemakanan sendiri.”

“Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya!

Tambahnya lagi, “Tak pernah tercetus idea pun nak buat bisnes ni tapi sebab Khai suka berniaga, dia yang bagi idea memandangkan masa saya bersalin anak pertama memang gigih turunkan berat. Bila hamil anak kedua, Khai bagi idea keluarkan produk berkaitan slimming. Dari idea tu, kami ‘cantikkan’ lagi sehinggalah wujudnya MS SenaRos sekarang.”

Jika kebanyakan usahawan muda selesa berkongsi gaya hidup kepada umum, lain pula situasinya bagi Rosma dan Khai. Biarpun rezeki dalam bidang perniagaan makin melimpah, namun pasangan romantis ini lebih bahagia berkongsi dengan orang sekeliling.

“Kami hidup bersederhana saja. Ada masa, memang perlu reward diri dengan barang yang diidamkan selama ini tapi kami lebih mengutamakan keluarga. Misalnya bawa mereka pergi bercuti dan luang masa bersama-sama.

Untuk diri sendiri memang saya tak beriya sangat. Rasanya dalam setahun, baru sekali pergi shopping. Waktu muda dulu memang ketagih shopping tapi sejak kahwin, Khai banyak ajar saya macam mana nak uruskan duit.

IKLAN

Lagi-lagi musim PKP, kita pakai apa ada je. Jenis saya memang suka kasut, tapi sekarang ni banyak tengok je dari membeli. Sebab saya fikir ada benda yang jauh lebih penting daripada semua itu.

Kalau ada rezeki duit lebih, kita bagi bantuan untuk orang lain lagi baik. Asalkan dapat membantu ikut kemampuan. Dulu saya pernah cakap, ‘Kalaulah ada duit banyak nak tolong orang.’ Jadi bila Allah dah bagi rezeki macam sekarang, saya kena buat.”

“Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya! “Kami Hidup Sederhana Je, Ada Masa ‘Reward’ Diri Tapi Lebih Utama Keluarga,” ROSMA Enggan Boros Walau Dah Berjaya!

Biarpun kedua-duanya sibuk menguruskan empayar niaga namun sebagai ibu bapa, Rosma enggan memandang remeh keperluan dan aktiviti anak-anak. Jelas Rosma, walau macam mana sibuk sekalipun dia dan Khai tetap akan cari masa untuk bersama anak-anak.

“Saya sebenarnya sangat mementingkan keluarga. Bukan saya seorang, suami juga memang sangat mementingkan anak-anak. Apa-apa saja kita buat pun anak-anak menjadi keutamaan dalam kehidupan kami. Walau macam mana pun, saya kalau boleh setiap bulan saya memang akan sentiasa bawa anak saya keluar.

IKLAN

Pergi hotel misalnya, bawa mereka tidur di luar. Tapi dalam keadaan pandemik ni kita sebagai ibu bapa kena buat aktiviti dengan mereka. Sebab anak-anak saya, iyalah budak sekarang suka gajet.

Jadi kalau kita nak elak mereka jauh dari gajet, memang perlu lakukan aktiviti dan juga meluangkan masa dengan mereka sebaik mungkin.

Bila kami buat kerja, memang kami bekerja sepenuhnya. Tapi bila kat rumah kita kena banyak luangkan masa dengan mereka sebab inilah masa saya dengan anak-anak. Bila mereka dah besar esok, saya dah tak dapat lagi momen macam ni dengan mereka. So bila ada ruang atau kami bawa mereka keluar memang kami habiskan masa sebaik mungkin dengan anak-anak saya.”

Rosma mendirikan rumah tangga bersama Khai pada 26 April 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.

 

 

Kredit foto: Instagram Rosma

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI