Kehadiran cahaya mata memang dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Tiada ungkapan yang boleh digambarkan apabila doktor mengesahkan isteri positif hamil.

IKLAN

Kegembiraan tersebut tergugat apabila berlaku tanda atau simptom yang jarang berlaku di awal kehamilan. Alangkah terkejut bukan kepalang setelah rawatan lanjut mengesahkan, anda menghidap penyakit Kandungan Anggur.    

Kemajuan sains dan teknologi tidak dapat menelah proses persenyawaan yang berlaku antara sperma (dari lelaki) dan ovum (benih perempuan). Proses persenyawaan masih dipenuhi misteri.

Persenyawaan di antara seekor sperma dan sebutir ovum selalunya akan menghasilkan bukan sahaja janin tetapi juga uri (juga dikenali sebagai plasenta). Sel uri ini akan berkembang bersama-sama janin, lalu membentuk satu organ yang berupaya berakar-umbi dan membolehkan kandungan melekat dengan kuat di dinding rahim.

Apabila perkembangan sel uri ini terhalang atau terhenti, maka berlaku perubahan penuh misteri yang dikenali sebagai throphoblastic disease. Trophoblastic disease ini pula terbahagi kepada dua iaitu:

  • Hydatidiform mole (Kandungan anggur)
  • Choriocarcinoma (Barah yang selalunya terbentuk dari kandungan anggur)

Hydatidiform mole atau lebih dikenali sebagai kandungan anggur ini adalah penyakit yang bukan barah. Namun ianya mempunyai potensi untuk bertukar menjadi barah di kemudian hari.

Penerangan Kandungan Anggur

Hydatidiform mole merupakan satu penyakit kandungan dalam rahim yang mempunyai perubahan uri sehingga terbentuk seperti jambak anggur-anggur kecil. Manakala kandungan anggur ini pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  1. Complete mole
  2. Partial mole

KANDUNGAN ANGGUR Boleh Jadi Barah? Apa Yang Anda Mesti Tahu Tentang Penyakit Serius Ini?

IKLAN

Complete mole adalah apabila semua tisu dalam kandungan anggur ini membentuk tisu-tisu yang menyerupai buah anggur yang kecil-kecil. Tidak terdapat sel janin yang terbentuk bersama tisu complete mole ini.

Lain pula dengan partial mole apabila kandungan mempunyai kedua-dua jenis tisu iaitu tisu iaitu yang mempunyai rupa bentuk janin dan tisu yang menyerupai anggur-anggur kecil.

Bagaimana Ia Terbentuk?

IKLAN

Bagi kandungan anggur complete mole, 95 peratus kes ini berlaku kerana seekor sperma (mempunyai 23 kromosom) bersenyawa dengan sebutir ovum yang kosong (tidak mempunyai kromosom). Sperma tadi seterusnya menggandakan bilangan kromosom dan terbentuk sel uri yang mempunyai 46 kromosom (selalunya 46XX). Tetapi proses ini tidak membentuk janin. Apa yang terbentuk adalah kandungan anggur.

Bagi kes partial mole pula, ia selalu berlaku kerana sebutir ovum bersenyawa dengan dua ekor sperma. Kali ini, ia menghasilkan janin dan sel uri yang membawa sejumlah 69 kromosom (69XXY).

Petanda seorang wanita hamil dihidapi kandungan anggur adalah seperti:

  1. Pendarahan sejak awak kehamilan; darah merah, keluar ketulan darah atau tisu-tisu yang menyerupai buah anggur.
  2. Muntah yang berlebihan sehingga kekeringan dan lemah badan. 25 peratus pesakit yang mengalami masalah kandungan anggur akan muntah berkali-kali akibat hormon HCG tinggi akibat kandungan anggur tadi.
  3. Rahim yang lebih besar daripada tarikh kandungan.
  4. Masalah darah tinggi dan pre-eclampsia boleh berlaku di awal kehamilan jika kandungan yang dibawa adalah kandungan anggur.
  5. Gejala-gejala penyakit hyperthyroid seperti berdebar dan tangan menggeletar.
  6. Masalah batuk berdarah dan susah bernafas.

Jika mengalami petanda atau gejala seperti di atas, doktor akan melakukan ujian ultra bunyi (ultra sound) dan dapat mengenal pasti penyakit ini dengan segera. Dalam 20 peratus kes kandungan anggur, wanita boleh juga mempunyai ovarian cysts yang dapat dikesan melalui mesin ultrabunyi tadi.

Ovarian cysts ini juga dikenali sebagai theca lutein cysts. Ini terbentuk akibat hormon HCG yang tinggi. Dalam kes complete mole, pemeriksaan ultra bunyi tidak akan menjumpai janin. Bagi kes partial mole pula  kadang-kadang janin boleh dilihat melalui pemeriksaan yang sama. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI