Mereka hidup dalam zaman yang berbeza dengan zaman kita. Zaman kita berlari-lari di padang, bermain buaian dan berbasikal… Kemudian tika senja dipanggil pulang sebelum dicekup hantu, oh zaman itu semua sudah berlalu.

Anak-anak sekarang jauh sudah advanced. Mereka lebih fasih berbahasa Inggeris dan matang tanpa kita sedari. Bayangkan setiap hari menatap skrin telefon dan menonton rancangan kartun kesukaan di hujung jari, zaman mereka ini tiada istilah ‘nanti’.

IKLAN

Bila kita cakap ‘nanti’, perasan tak riak wajah anak-anak? Seperti kurang sabar, bukan?

Menurut pakar-pakar psikologi di Universiti Harvard, Dr.Michele Borba dan Deborah Temkin, ibu bapa sendiri mesti berkembang mengikut zaman untuk membesarkan anak-anak yang sukses. Bagaimana caranya? Ikut 5 tip ini.

(1) Tanamkan Rasa Penyayang

Anak-anak akan belajar tentang sifat ini apabila kasih sayang diberikan pada mereka. Bila rasa disayangi, mereka akan mula percaya, ambil berat dan dengar kata-kata kita.

Menurut pakar psikologi, ada banyak cara untuk menyayangi anak-anak. Antaranya dengan meluangkan masa bersama-sama, bermain dan berkongsi sesuatu yang anda berdua sukai. Anda juga boleh berkongsi rahsia, malah kerapkan bertanya perasaan dan pendapatnya.

(2) Wujudkan Sifat Memahami Keadaan Orang Lain

Kemahiran untuk memahami keadaan orang lain hanya akan dipelajari melalui ibu bapa sendiri. Tunjukkan bagaimana caranya dan mereka akan meniru cara untuk mengasihani atau bersimpati dengan betul.

Sebagai ibu bapa, anda perlu menerangkan bahawa sifat ini bukan hanya untuk ahli keluarga atau kawan-kawan rapat saja. Berikan layanan berhemah tak kira kepada sesiapa pun termasuklah pembantu rumah, pelayan restoran, pekerja kedai dan sebagainya.

IKLAN

(3) Menjadi Role Model dan Mentor

Kanak-kanak seperti span, mereka menyerap dan belajar banyak perkara dari persekitarannya. Mereka memerhatikan nilai etika yang kita amalkan dan bertindak serupa seperti mana kita menangani krisis kehidupan.

Pakar psikologi pendidikan awal di Harvard berkata, sikap ibu bapa selalunya akan diwarisi oleh anak-anaknya. Jadi teliti bagaimana sikap kita sendiri tentang kejujuran, keadilan dan kasih sayang. Begitu juga cara kita mengawal kemarahan dan emosi lain. Terangkan mengapa kadang-kadang anda marah atau membuat silap.

Tiada orang yang sempurna, tapi anda boleh mengaku salah jika berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya di depan mereka.

IKLAN

(4) Asuh Cara Menunjukkan Empati

Asuh sifat semula jadi dalam diri kanak-kanak ini dengan melatih dan beri tunjuk ajar selalu. Bentuk mereka supaya memandang daripada perspektif orang lain dan ajarkan bahawa empati itu adalah satu tindak balas yang murni.

Anda boleh membantu mereka mengamalkan empati dengan berbincang tentang dilema etika bersama-sama. Tak perlulah berdebat bersungguh-sungguh. Bincangkan sesuatu yang ringan seperti ‘Patut ke mereka jemput rakan sekelas baru ke parti harijadi

(5) Bantu Bangunkan Sifat Mengawal Diri Sendiri & Perasaan

Kanak-kanak akan memberontak jika keinginan mereka sering tak dipenuhi. Antaranya apabila kita suka memberi janji mahu membelikan sesuatu tapi mengingkarinya. Ibu bapa boleh membantu anak-anak menguruskan perasaan ini dengan tidak berjanji bulan dan bintang. Jadi realistik. Apa yang dijanjikan, harus ditepati. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI